Pogba Kecewa Bukan Kepalang Terkena Libasan Penyu Maguire

Harry Maguire telah melakukan aksi ala scorpion kick yang terkena telinga Pogba. Ianya sangat menyakitkan. Jika di Amerika orang sebut gerakan itu Sweet Chin Music yang popular dengan nama penggusti WWE Shawn Michaels.

Di mana Sweet Chin Music meruju kepada satu gerakan dengan tendangan ala karate yang dilepaskan secara mengejut ke atas dagu lawannya oleh Shawn Michaels.

Gerakan itu kemudian disenaraikan sebagai salah satu gerakan paling bahaya dalam gusti. Ini memerlukan dua penggusti berada di kedudukan yang tepat untuk mengelakkan kecederaan serius.

Tetapi di Malaysia kita ada Manaf Mamat yang pernah melakukan libasan ekor penyu. Itulah istilah yang diberikan kepada gol pemain itu ketika menentang Selangor satu ketika dulu.

Dalam aksi berdepan dengan Pukki dan rakan rakannya. Maguire tidak mahu melepaskan peluang melakukan libasan ke arah lawannya ehh, rakannya sendiri.

Insiden itu berlaku pada minit ke-60. Ketika pemain pemain sama sama melonjak cuba memenangi bola. Secara tak sengaja, Maguire melakukan aksi mengait telinga Pogba.

Pogba yang terkena libasan itu benar benar marah dan kecewa. Jelas sekali Pogba kecewa dan menepuk nepuk tanah ataupun permukaan padang dengan sekuat hatinya.

Sememangnya ianya insiden yang sukar dielakkan. Cuma persoalannya, kenapa mesti Maguire dan selalunya dia? Malah ada peminat United sendiri menyatakan, sahlah Si Maguire ni double agent atau ejen talam dua muka.

Pogba menahan kesakitan di telinganya.

Ada juga yang menyakat bahawa sebenarnya Maguire sudah berlatih gerakan itu. Cuma menunggu masa untuk melepaskannya pada masa sesuai.

Namun begitu, insiden itu tidak mengubah hakikat bahawa Manchester United baru sahaja melakukan kebangkitan paling dramatik musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan juara 20 kali Liga Inggeris itu mendahului 2-0 dan kemudian diikat 2-2.

Namun United yang terkenal dengan label Raja Kepulangan Semula ataupun King Of Comeback itu membuktikan bahawa mereka masih rajanya.

United berjaya menang dengan 3-2. Membuatkan penyokong lawan tergamam kerana sudah sedia menunggu United kehilangan mata.

Ronaldo mencatatkan angka luar biasa musim ini. 21 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan.

Pundit Ini Jelaskan Betapa Bagusnya Maguire Dan Kerap Menjadi Mangsa Fitnah

Seorang pundit bebas di Tiktok dengan nama Irfan RDZ merungkai analisis taktikal tentang betapa bagusnya Maguire.

Namun biasalah, kalau kita bagus mesti ada yang dengki kan?

Itu sudah menjadi lumrah dalam dunia ini. Kalau dia tak bagus takkan dia dibeli dengan nilai GBP80 juta. Hanya satu semester sahaja di Manchester United terus mendapat mandat sebagai kapitan kelab?

Siapa yang boleh melakukannya? Hanya Maguire!

Ronaldo yang bertahun menggelek lawan dengan gol power, meninggalkan kelab ke Real Madrid dan kembali lagi pun masih belum dapat jawatan kapten seperti Maguire.

Biodata Harry Maguire.

Harry Maguire ialah pemain bola sepak profesional Inggeris, lahir pada 5 Mac 1993. Dia bermain untuk Manchester United dalam Liga Perdana sebagai Bek Tengah. Lebih menarik pemain yang digelar kepala kotak ataupun slabhead itu merupakan kapten Manchester United yang paling berjaya memenangi hati lawan setakat ini.

Latar belakang

Dia memulakan perjalanannya dengan bola sepak di sekolah, di mana di Immaculate Conception Catholic Primary School, dia mula bermain bola sepak. Dia membuat penampilan sulung untuk pasukan remaja pada usia 17 tahun untuk Sheffield United menentang Cardiff City.

Debut

Maguire membuat penampilan sulung dalam skuad kebangsaan pada 8 Oktober 2017 menentang Lithuania di Vilnius, dan membuat penampilan sulung di England U21 pada 13 November 2012.

Bangkit menuju kehebatan

Maguire menjadi tumpuan semasa Piala Dunia FIFA 2018, apabila aksi mantapnya di bahagian belakang membantu England mara ke separuh akhir. Dia juga menjaringkan gol pertama England pada suku akhir menentang Sweden.

Lalu dia membuat perpindahan sensasi menggegarkan dunia dengan menjadi bek tengah termahal dalam sejarah memecahkan rekod Virgil Van Dijk.

Beliau juga berjaya membuat penampilan unggul bersama Manchester United dalam Liga Juara Juara Eropah. Lebih membanggakan dia adalah kapten, sebaris nama lain seperti Roy Keane.

Maguire malah dianggap akan menjadi nadi penting dalam benteng Score if You Can.

Back 4 yang pernah dianggap sebagai sangat mahal dan berkualiti tinggi.

Maguire turut dianggap mampu sebaris Van Dijk:

malah ada yang menganggap Maguire lebih baik daripada Van Dijk, Rudiger dan Ruben Diaz.

Irfan tampil dengan analisis beberapa kesilapan Maguire yang seringkali menjadi bahan jenaka orang yang berhati busuk.

“Ok gaes ni aku nak ajar korang sedikit tentang taktikal bola sepak.”

“Korang yang selalu fitnah cakap Maguire ni tak bagus, ahhh, jom tengok video ini.”

Irfan merujuk kepada video yang pertama di mana menurutnya bukan Maguire yang salah tetapi De Gea yang gatal gatal pergi hantar bola kepada Maguire. Malangnya Maguire pula dituduh dungu dan tak bagus.

Seterusnya, Irfan menjelaskan bahawa Maguire sudah berusaha sedaya upaya namun rakan rakannya seringkali membuat onar di hadapannya.

Dalam insiden semasa perlawnan menentang Spurs, Irfan berkata:

“Nampak tak apa yang dia buat tu dah betul dah, dia jaga Shaw bukan dia jaga bola. Bailly buat apa kat situ? Tak nak tolong dia.”

“Kau tengok tu dia betul betul sayang Shaw. Dia jaga Shaw tu.”

Seterusnya berlaku juga situasi di mana De Gea dan padang yang bersalah walaupun Maguire sudah berusaha. Saksikan video analisis penuh ilmiah di sini:

@irfan.rdz #ad #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fansmanchesterunited #manchesterunitedfans #footballtiktok #football ♬ original sound – irfan rdz

@irfan.rdz

#ad #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fansmanchesterunited #manchesterunitedfans #footballtiktok #football

♬ original sound – irfan rdz – irfan rdz

Dengan itu seharusnya peminat peminat bola sepak melindungi Maguire daripada serangan anasir yang dengki dengan beliau termasuk Vidic yang meminta Rangnick merehatkan Maguire.

Kalau dia tak bagus takkanlah Henderson puji dia kan. Duduk sebantal tu katakan.

BACA:  Senarai Pemain Pengganti Harry Maguire