Premier League, FA, EFL Dan WSL Tangguhkan Perlawanan Di England

Premier League, FA, EFL dan WSL sebulat suara telah bersetuju untuk menggantung kesemua perlawanan bola sepak profesional di England.

Penangguhan ini dibuat sehingga 4 April dan bergantung kepada nasihat kesihatan dan keadaan pada waktu itu.

Chief Executive Premier League, Richard Masters berkata:

“Pertama sekali, kami berharap Mikel Arteta dan Callum Hudson-Odoi dan mereka yang dijangkiti Covid-19 ini cepat sembuh.”

“Dalam situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini, kami berkerjasama rapat dengan kelab, kerajaan, FA dan EFL bagi menjaga kesihatan dan kebajikan pemain, staf dan penyokong yang merupakan keutamaan kami.”

“Dalam cabaran yang dihadapi kini, Premier League mensasarkan untuk menjadualkan semula perlawanan yang ditangguh termasuklah perlawanan pasukan akademi apabila situasi kembali selamat.”

Arsenal telah membuat satu pengumuman tergempar apabila telah mengesahkan bahawa pengurus mereka, Mikel Arteta positif Covid-19.

Ekoran keputusan ujian kesihatan membabitkan Arteta ini, pusat latihan London Colney telah ditutup.

Pengumuman ini dibuat melalui laman sesawang rasmi Arsenal. Semua kenalan rapat Mikel Arteta akan dikuarantin mengikut panduan yang ditetapkan kerajaan.

Arteta juga telah mengeluarkan kenyataan ringkas yang nyata kecewa dengan apa terjadi pada dirinya.

“Ini satu perkara yang mengecewakan tapi aku menjalani ujian selapas berasa tidak sihat. Aku akan kembali bertugas apabila dibenarkan.”

Selepas Mikel Arteta, Chelsea pula membuat pengumuma bahawa pemain mereka Callum Hudson-Odoi juga telah disahkan positif Covid-19.

Semua pemain yang berhubungan dengan Callum Hudson-Odoi telah dikuarantin mengikut garis panduan kesihatan yang ditetapkan kerajaan.

Callum Hudson-Odoi telah menunjukkan simpton pada pagi isnin dan tidak dibenarkan turun berlatih untuk pencegahan dan ujian beliau positif Covid-19.

BACA:  Arsenal Sahkan Mikel Arteta Positif Covid-19