UEFA: Champions League dan Europa League Ditangguhkan

The Union of European Football Associations(UEFA) telah mengumumkan penangguhan semeua perlawanan dalam pertandingan anjuran UEFA.

Maka perlawanan Champions League dan Europa League minggu hadapan akan ditangguhkan.

Penularan Covid-19 di Eropah yang diwartakan sebagai pandemic di seluruh dunia menyebabkan keputusan ini dibuat.

Banyak negara telah menggantung segala aktivi yang melibatkan orang ramai.

Penggantungan ini melibatkan semua kejohanan kelolaan UEFA:

1. Champions League – Round of 16 second leg pada 18 dan 18 Mac.

2. Europa League – Round of 16 second leg pada 19 Mac.

3. UEFA Youth League – Semua perlawanan suku akhir

Keputusan akan dibuat bila perlawanan ini akan diadakan semula.

Berikutan penundaan perlawanan ini maka undian suku akhir, Champions League dan Europa League pada 20 Mac juga ditangguh.

Semalam UEFA telah menjemput 55 wakil ahli persatuan bersama lembaga European Club Association and the European Leagues, wakil FIFPro untuk satu mesyuarat melalui videoconference.

Mesyuarat ini untuk membincangkan mengenai penularan wabak Coronavirus dan inilah keputusan yang mereka perolehi.

Berikut merupakan pemain dan pengurus bola sepak Eropah yang telah disahkan positif Coive-19:

1. Timo Hubers (Hannover)
2. Daniele Rugani (Juventus)
3. Jannes Horn (Hannover)
4. Manolo Gabbiadini (Sampdoria)
5. Mikel Arteta (Arsenal)
6. Callum Hudson-Odoi (Chelsea)

Itali menjadi negara pertama menggantung segala aktiviti sukan termasuklah bola sepak iaitu Serie A kerana penularan wabak Coronovirus yang semakin serius.

Keputusan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Italy, Giuseppe Conte dalam satu sidang media kecemasan.

Pemain Juventus, Daniele Rugani telah disahkan positif Coronavirus menyebabkan pasukan Juventus telah dikuarantin.

Rugani telah menunjukkan simpton Covid-19 dan Juventus telah menggantung segala aktiviti kelab.

Selepas Serie A, La Liga juga telah mengambil langkah yang sama seperti Itali apabila menggantung perlawanan sehingga 3 April 2020.

Keputusan penggantungan perlawanan ini telah diumumkan melalui satu siaran media di laman sesawang rasmi La Liga.

Pemain Real Madrid telah dikuarantin selepas seorang pemain bola keranjang Real Madrid telah disahkan positif Coronavirus.

Semua perlawanan akan digantung selama dua minggu.

Ekoran penularan ini, perlawanan Real Madrid dan Juventus di saingan Champions League telah ditunda.

BACA:  Italy: Serie A Dan Semua Acara Sukan Digantung