Pogba Menyeru Semua Melakukan DAB Untuk Melawan Coronavirus

Paul Pogba telah menyeru semua umat manusia supaya melakukan DAB untuk melawan Coronavirus yang menjadi kini telah menjadi satu Pandemic.

Penularan COVID-19 menyebabkan Serie A, La Liga, Premier League dan Bundesliga serta aktiviti sukan digantung bagi mengelakkan jangkitan.

DAB merupakan satu gaya keraian gol yang dipopularkan dan diperkenalkan oleh Paul Pogba pada 2016.

Gambar khidmat pesanan masyarakat daripada itu telah dimuat naik oleh pemain tengah Manchester United itu di laman Twitter beliau.

“DAB melawan Coronavirus. Ikuti nasihat WHO untuk menghadapi COVID-19.”

“DAB bila batuk, DAB bila bersin, DAB melawan Coronavirus.”

Nampak kelakar dan tak masuk akal bukan? Malah Pogba telah ditroll kerana memuat naik poster tersebut tapi hakikatnya itu satu kebenaran.

Jika anda batuk gunakan kain atau tisu untuk menutup mulut dan segera dibuang, jika tiada anda disarankan menggunakan lengan seperti gaya DAB Pogba itu.

Lebih kurang DAB la gayanya dan jika boleh elakkan menutup menggunakan tangan kerana COVID-19 boleh tersebar melalui batuk atau bersin.

Tindakan Pogba dalam menyebarkan pesanan kepada masyarakat dalam melawan Coronavirus ini mendapat pujian Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tedros Adhanom Ghebreyesus merupakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) yang kelapan telah retweet ciapan daripada Pogba itu.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia itu telah memuji ciapan Pogba dan disusuli dengan ucapan terima kasih.

“Satu hantaran yang hebat Paul Pogaba! Terima kasih kerana mengikut saranan WHO untuk memastikan orang lain selamat dari COVID-19, terutamanya dengab berkongsi bersama yang lain.”

“Bersama menjadikan dunia lebih selamat.”

Ketua Pengarah WHO pun mengakui dan berterima kasih kepada Pogba kerana membantu menyebarkan kesedaran, mereka yang troll Pogba tu tak tau nak cakap menda la.

Video di bawah ini menerangkan bagaimana DAB menular masuk ke dunia sukan dan menjadi satu gaya keraian gol.

Resipi Melakukan DAB seperti Pogba

Untuk melakukan DAB terdapat beberapa disiplin yang perlu dilakukan.

1. Tundukkan Kepala

Kepala hendaklah dtundukkan ke depan sesedap rasa kalau ke belakang tak jadi tunduk dia jadi dongak.

2. Bengkokkan Lengan

Kemudian bengkokkan lengan kiri atau kanan mengikut citarasa masing-masing.

3. Luruskan Tangan

Selepas tangan dibengkokkan tangan satu lagi samada kiri atau kanan perlu diluruskan ke belakang.

Pergerakan ini perlu dilakukan secara serentak, jika tangan kanan dibengkokkan maka tangan kiri akan diluruskan kebelakang dan sebaliknya.

Ulang 3 disiplin diatas untuk mendapat satu gerakan DAB yang kemas dan tak gogek.

Ini contoh DAB sambil menari, ni level-level lejen je dapat buat.

Ini pula contoh DAB berirama senandung semalam, ku teringat peristiwa silam, di mana aku dan si dia, cinta benar cinta.

BACA:  Pogba: Kami Akan Kejar Manchester City