Premier League Sahkan Garis Panduan Baru VAR Berkait Penilaian Offside

Premier league akan membuat perubahan besar berkait peraturan offside yang ditentukan oleh VAR pada musim baharu nanti.

Musim lalu, kebanyakkan peminat begitu terkesan dan tidak berpuas hati dengan keputusan dari VAR, dan ia sangat kerap berlaku.

Boleh dikatakan setiap minggu akan ada sahaja masalah atau kontroversi yang akan dicetuskan oleh VAR dan membangkitkan kemarahan para penyokong.

Antara insiden yang paling banyak cetuskan kontroversi adalah berkait keputusan dalam menilai kedudukan offside.

Terlalu banyak keputusan berkait offside yang tidak memihak kepada pemain penyerang atau penjaring gol dalam penilaian yang dibuat oleh VAR.

Terdapat beberapa insiden, yang mana gol telah dibatalkan hanya kerana VAR mendakwa pemain berada dalam kedudukan offside, dan selepas melihat rakaman, yang offiside adalah ketiak atau lebih teruk lagi hujung kuku.

Hal tersebut jelas tidak disenangi oleh para peminat yang merasakan keputusan tersebut terlalu menzalimi pemain.

Walau bagaimanapun, Martin Ziegler dari The Times, telah melaporkan yang beberapa perubahan yang significant akan dilakukan menjelang musim 2021/22 nanti.

Lanjutan dari mesyuarat tahunan Premier League, mereka akan menggunakan kaedah ‘thicker lines’ dalam menentukan situasi berkait offside.

“Thicker lines’ jelas memberi kelebihan kepada pemain penyerang jika berlaku keraguan dalam situasi offside.

Untuk musim baharu nanti, sekiranya pemain ditangkap offside kerana hujung kuku atau ketiaknya melebihi garisan, mereka tidak akan dikenakan hukuman pembatalan gol seperti yang berlaku pada musim ini.

Proses ini telah diperkenalkan oleh UEFA dan digunakan dalam saingan Dutch League, yang mana situasi keraguan yang melibatkan jarak 10cm, keputusan adalah ditangan pembantu pengadil, jadi tidak perlu rujuk VAR kalau gol dijaringkan dalam situasi seperti itu.

Bahkan, berbanding menggunakan garis nipis seperti Premier League, Eredivisie lebih memilih untuk menggunakan garisan setebal 5cm untuk menentukan offside atau tidak pada skrin VAR.

Maka, kalau sudah menggunakan garisan tebal seperti itu, tidak akan ada lagi lah isu offside kerana bayang-bayang, kuku, ketika, bulu badan dan sebagainya.

Bintang utama Tottenham Hotspur, Harry Kane baru-baru ini turut menegaskan tentang ketidak puas hatian beliau tentang jumlah gol yang dibatalkan kerana offside.

Dan beliau sendiri meluahkan kekecewaannya ketika dirinya sendiri berhadapan dengan situasi tersebut sebelum ini.

“Saya tak rasa perlu dibatalkan, tapi saya fikir tentu ada cara untuk mereka mengubah sikit garis panduan berkait hal tersebut.’

Jelasnya kepada Gary Neville di acara The Overlap.

“Terdapat banyak jaringan yang dibatalkan kerana offside dan jarak offside itu terlalu kecil. Ia seolah meragut terus detik kegembiraan menjaringkan gol, yang mana ia merupakan perasaan terhebat yang akan kamu nikmati dalam dunia bola sepak.”

“Ketika VAR masuk campur, saya rasa semua orang, terutama penyokong, mereka akan rasa, ‘ok, kita dah ada jawapan untuk situasi ini, kad merah atau bukan.”

“Namun ia masih lagi salah satu hal berkait pandangan, ia masih melibatkan keputusan yang kamu tau, ia adalah situasi 50:50, jadi semua orang tak pasti. Situasi macam ini memang semua orang berharap pada VAR, jadi saya rasa tak perlu batal, cukup mereka ubah sedikit.”

Penelitian dan kajian terbaru yang melibatkan 33,000 penyokong, hampir 44% menganggap VAR telah membunuh keseronokkan bola sepak.

BACA:  Rangnick Salahkan VAR Punca Pasukan Yang Patut Menang Tak Menang