Perasaan untuk menonton saingan premier league selepas ini pastinya berbeza dan agak tidak menyeronokkan. Ia mungkin berlanjutan sehingga satu atau dua tahun lagi.
Mana tidaknya, pelbagai peraturan baru telah ditetapkan untuk saingan premier league selepas ini dan antara yang paling teruk adalah keraian berpasukan sudah tidak lagi dibenarkan.
Penyambungan semula saingan liga untuk top tier premier league sudah dibincangkan dalam seminggu ini dan dijangka akan kembali bersambung dalam masa terdekat ini.
Good morning! Here is a thread of our top stories from yesterday.
First, an exclusive from @JBurtTelegraph: Team celebrations, shirt-swapping and spitting could be banned – for as long as a year – when the Premier League resumes. https://t.co/OLowybrYto
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) May 7, 2020
Kerajaan UK juga bakal mengumumkan untuk melonggarkan perintah darurat yang bakal diumumkan pada hari Ahad nanti.
Dengan itu, usaha pihak FA untuk menyambung semula baki perlawanan liga musim ini bakal terlaksana dan akan diumumkan tarikh rasminya nanti.
Sekiranya saingan liga kembali bersambung ia pasti sangat berbeza dengan perlawanan yang berlangsung tiada lagi penonton di stadium dan tidak pasti sampai bila ia akan berterusan begitu.
Selain dari itu terdapat banyak lagi peraturan baru yang telah ditetapkan apabila saingan liga kembali bersambung nanti.
Menurut laporan dari Telegraph, selain dari meraikan jaringan secara berpasukan, para pemain turut dilarang untuk bertukar jersi selepas tamat perlawanan.
Mereka juga sama sekali tidak dibenarkan untuk berkongsi minuman seperti yang diamalkan sebelum ini demi untuk menjimatkan masa.
Team celebrations, spitting and swapping shirts 'will be banned' under health protocols https://t.co/9wAe1wM1Lo
— MailOnline Sport (@MailSport) May 7, 2020
Perkara paling ditekankan adalah, para pemain tidak lagi dibenarkan untuk meludah dan sekiranya mereka didapati meludah di atas padang, pengadil bakal melayangkan kad kuning kepadanya.
Untuk peraturan lain masih belum diketahui hukuman yang bakal mereka terima.
Semua peraturan yang ditetapkan ini adalah langkah untuk memastikan semua pemain dalam keadaan selamat dan dijangka akan berterusan sehingga satu tahun.
Isu paling diambil berat adalah tentang meludah yang mana peraturan itu akan dilaksanakan di padang latihan juga.
Di padang latihan akan diuruskan oleh kelab itu sendiri manakala di atas padang permainan pengadil akan melayangkan kad kuning dan mungkin lebih dari itu.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson akan mengumumkan peraturan baru tentang situasi lockdown yang akan diumumkan pada hari ahad nanti setelah mereka melalui perintah berkurung selama hampir tiga minggu.
Players must keep social distancing ⚽️
Team celebrations, swapping shirts and spitting during games are just three things that will banned when the Premier League resumes. https://t.co/atyTN5X8Qf
— Legit.ng (@legitngnews) May 7, 2020
Bercakap di Dewan Rakyat minggu ini Johnson menjelaskan mengapa hari Minggu adalah tarikh pengumuman, dengan mengatakan, “Saya hanya ingin menjelaskan kepada Dewan sebagai penghargaan mengapa ia berlaku pada hari Ahad kerana saya pasti anda akan berminat dengannya.
“Sebabnya sangat mudah. Kita harus yakin dengan data yang ada mampu untuk mendukung kemampuan kita bagi melakukan ini dan data baru akan muncul secara berterusan dalam beberapa hari ke depan.”
Peraturan baru itu akan dikuatkuasakan pada hari Isnin nanti yang mana ia akan memungkinkan untuk saingan bola sepak kembali berlangsung dengan semua peraturan yang ditetapkan.
Apa saja pengumuman yang akan diumumkan pada hari Ahad nanti ia pastinya mahu semua 20 pasukan dalam saingan premier league, ketua pasukan, PFA dan penganjur liga untuk bertemu dan mendapatkan kata sepakat untuk segala yang perlu bagi membolehkan saingan liga kembali bersambung.
Premier League return could see team celebrations and shirt swapping banned https://t.co/eOPl3LckWS via @NewsNowUK
— Lynn Hamer (@evilbluebird) May 7, 2020
92 perlawanan lagi akan berlangsung untuk menghabiskan baki musim ini dengan peraturan baru yang ditetapkan termasuk lima pertukaran pemain dalam satu perlawanan.
Walau beraksi tanpa penonton, para peminat boleh menonton kesemua baki perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di TV.