Kepulangan Edouard Mendy ke bumi Senegal telah disambut dengan penuh meriah oleh penduduk tempatan, yang meraikan beliau seperti seorang pahlawan selepas kejayaannya menjulang Champions League.
Penjaga gol berusia 28 tahun itu telah melalui musim yang sungguh cemerlang bersama kelab, dengan beliau kekal menduduki kedudukan sebagai penjaga gol No 1 Chelsea.
Sejak ditandatangani, Mendy berjaya merampas kedudukan Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol utama kelab, dengan mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan.
Edouard Mendy is the first African goalkeeper to win the UCL 🏆
He kept 10 clean sheets in 12 games, conceding just twice 🤯
INCREDIBLE 👏 pic.twitter.com/JkvcHllFey
— ESPN FC (@ESPNFC) May 29, 2021
Mendy yang menandatangani perjanjian bersama Chelsea dari Rennes pada tahun lalu, hanya kekurangan tiga clean sheet sahaja untuk mendapatkan Golden Glove Premier League yang dimenangi oleh Ederson (19) musim lalu.
Walau bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan Senegal itu tetap berjaya mencatatkan sembilan clean sheet dalam aksi saingan Champions League.
Ia merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau kini berjaya untuk menyamai rekod Keylor Navas dan Santiago Canizares yang mencatatkan clean sheet terbanyak dalam satu musim.
Mendy juga berjaya mencatat clean sheets ketika aksi kemenangan 1-0 Chelsea menewaskan Manchester City dalam aksi perlawanan akhir di Estadio Do Dragao di Portugal bulan lalu.
2014: Edouard Mendy registered for unemployment and began to look for jobs outside of football.
2021: Edouard Mendy lifts the Champions League for Chelsea.
Never. Give. Up.#UCL #UCLFinal pic.twitter.com/Rg9HyNeTjn
— Goal (@goal) May 29, 2021
Terbaru, terdapat satu rakaman yang sedang tular di media sosial ketika ini, yang mana Mendy telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh warga Senegal.
Peminat kanak-kanak tidak henti-henti bersorak menyebut nama beliau dengan Mendy juga kelihatan seronok mendapat sambutan yang begitu menakjubkan itu.
Edouard Mendy is a national treasure in Senegal after winning the Champions League with Chelsea 🙌🇸🇳 pic.twitter.com/work5TdPaB
— ESPN UK (@ESPNUK) June 4, 2021
Edouard Mendy getting a lot of love from his fellow Senegal team mates & congratulating him for winning the @ChampionsLeague. pic.twitter.com/SmjDT6wP5k
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) June 4, 2021
“Inspirasi kepada anak muda. Tak kira pasukan mana kamu sokong, kamu tak boleh benci situasi ini.”
“Menjadikan impian dan harapan seseorang yang tidak ada kerja selama bertahun. Tidak ada boleh tandingi ini, keraian dan Piala kemenangan.”
“Dia telah mencetuskan semangat bola sepak kepada ramai kanak-kanak di sana.”
“Dia berhak untuk diraikan seperti ini.”
Begitulah komen-komen dari para peminat yang mengagumi sambutan masyarakat terhadap kepulangan Mendy.
Mendy juga menegaskan yang Chelsea bermain permainan yang sangat sempurna ketika bertemu City dan beliau turut mendedahkan yang dirinya sangat berbangga dan sangat gembira untuk menikmati detik-detik yang dilalui ketika ini.
May 2015, unemployed and looking for a job after being released by Cherbourg.
May 2021, first African goalkeeper to win the European Cup in the Champions League era.
Edouard Mendy deserves the best 🏆🔵 #CFC pic.twitter.com/MeOW1eWQda
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 29, 2021
Bintang Senegal itu memberitahu akhbar Perancis, L’Equipe bahawa:
“Saya sangat berbangga dan sangat gembira meraikan setiap detik yang saya lalui ketika ini, ia sesuatu yang janggal untuk karier seseorang pemain.”
“Kami berjaya membina keyakinan yang begitu tinggi sejak ketibaan Thomas Tuchel. Terutama ketika bertemu Manchester City, dengan kami berjaya menewaskan mereka sebanyak dua kali. Kami tahu kami lebih bagus berbanding mereka secara fizikalnya.”
– Unemployed at 23
– First pro contract at 24
– Promotion & avoids relegation from Ligue 1 at Reims
– Moves to Rennes & scouted by Petr Cech at 27
– Champions League winner in his first season with Chelsea at 29What an five years for Edouard Mendy! 👏👏 pic.twitter.com/vLhF3r9XoF
— talkSPORT (@talkSPORT) May 29, 2021
“Secara statistik, mengikut data, kami mengatasi mereka. Kami tahu yang kami akan bermain perlawanan yang sempurna untuk menang dan dapatkan Piala ini. Dan secara taktikal, kami memang bermain dengan sempurna.”