Aksi Heroic Mendy Termasuklah Save Dengan Menggunakan Muka

Pengurus pasukan Chelsea mengakui pasukannya sangat bernasib baik ketika menentang Brentford dan berterima kasih kepada aksi heroic Edouard Mendy termasuklah melakukan save dengan menggunakan mukanya.

Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy telah melakukan aksi menyelamat bertaraf dunia bukan satu, bukan dua tetapi sangat banyak untuk mempertahankan kelebihan satu gol.

Brentford menggila untuk mencari gol penyamaan terutamanya pada baki 20 minit terakhir perlawanan dengan Brenford berkampung di dalam kotak penalti Chelsea.

Hantaran silang kiri kanan, lambungan yang tidak berkesudahan dengan rembatan dan tandukan demi tandukan dengan tenang diselamatkan oleh Edouard Mendy satu demi satu.

Pemain bintang dari Senegal itu telah melakukan tiga aksi menyelamat yang luar biasa dengan hadangan demi hadangan untuk menyelamatkan gawang.

Bermula dengan percubaan pemain gantian Saman Ghoddos disusuli aksi menyelamat dengan muka ekoran rembatan Pontus Jansson sebelum menepis tipis percubaan lipatan maut Christian Norgaard pada hujung perlawanan.

Thomas Tuchel nyata berterima kasih dan memuji Mendy dan memberitahu kepada BBC Match of the Day programme selepas perlawanan:

“Kami sangat kuat untuk tempoh 70 minit pertama perlawanan dan sangat bernasib baik untuk baki 20 minit perlawanan.”

“Kami berjaya tamatkan perlawanan dengan tiga mata dan terima kasih kepada Edouard.”

“Ia seperti perlawanan merebut piala di penghujung, mereka mengambil risiko dan atmosfera disana telah memberi mereka dorongan.”

“Dia sangat fokus pada separuh masa pertama. Mereka memberi kau masalah dengan lontaran jauh dan set pieces. Mereka cipta banyak peluang besar dan Edouard merupakan kunci kepada clean sheet.”

Ini merupakan clean sheet yang ke-20 Edouard Mendy di Premier Leaague hanya selepas 38 perlawanan sahaja sejak beliau beraksi di divisyen tertinggi liga Inggeris.

Seawal sepak mula permainan, Chelsea bermain dengan baik dan menguasai perlawanan, Romelu Lukaku berjaya menjaringkan gol pembukaan namun telah dibatalkan kerana offside.

Gandingan Romelu Lukaku dan Timo Werner nampak padu tapi tidak berbisa untuk memecahkan benteng berganda yang telah dibina oleh pemain Brentford.

Permainan penuh berdisiplin Brentford akhirnya bocor pada penghujung perlawanan separuh masa pertama yang berpunca dari bola muntah dan menemui Ben Chilwell.

Pemain pertahanan itu tidak dikawal terus melepaskan satu rembatan padu dan bola masuk dari celahan pemain Brenford menyukarkan penjaga gol menyelamatkan gawang.

Edouard Mendy kini dianggap sebagai pemain terbaik dunia dan menimbulkan keraguan kenapa pemain yang begitu hebat ini tidak tersenarai untuk anugerah Ballon d’Or.

Bekas penjaga gol Liverpool, Brad Friedel berpendapat bahawa, Mendy merupakan penjaga gol terbaik di Premier League ketika ini dan melabel Mendy sebagai ‘underrated’.

“Mendy kini merupakan penjaga gol terbaik.” Ujar Brad Friedel kepada The Sun.

“Mendy juga merupakan pemain paling underrated ketika ini, Mendy masih lagi kurang dikenali walaupun kini telah bermain untuk musim kedua di England.”

“Ramai yang tidak tahu mengenai beliau ketika menyertai Chelsea dari Rennes. Mendy mencatatkan 16 clean sheet musim lalu dari 31 perlawanan liga.”

“Dan Mendy juga telah memainkan peranan penting ketika Chelsea menjuarai Champions League dan telah menyamai rekod Champions League dengan 9 clean sheet.”

Sejak ditandatangani, Mendy berjaya merampas kedudukan Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol utama kelab, dengan mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan.

Mendy yang menandatangani perjanjian bersama Chelsea dari Rennes pada tahun lalu, hanya kekurangan tiga clean sheet sahaja untuk mendapatkan Golden Glove Premier League yang dimenangi oleh Ederson (19) musim lalu.

Walau bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan Senegal itu tetap berjaya mencatatkan sembilan clean sheet dalam aksi saingan Champions League.

Ia merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau kini berjaya untuk menyamai rekod Keylor Navas dan Santiago Canizares yang mencatatkan clean sheet terbanyak dalam satu musim.

BACA:  Premier League 2020/21: Chelsea 0-0 Manchester United