Ramalan Angkuh Van der Vaart, Belanda Menang Mudah 3-0 vs Argentina

Rafael van Der Vaart telah mencetuskan keriuhan yang mengundang kecaman apabila dengan angkuh meramalkan Belanda akan menang mudah dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan menentang Argentina.

Belanda berdepan Argentina yang dikuasakan oleh Lionel Messi untuk merebut tempat ke separuh akhir Piala Dunia dengan Van der Vaart yakin akan mendapat kemenangan ‘mudah’.

Rafael van Der Vaart sudah pasti menyokong pasukan bimbingan Louis van Gaal untuk menewaskan La Albiceleste, meramalkan kemenangan 3-0, sambil memperlekehekkan rakan-rakan sepasukan Lionel Messi.

Menurut laporan OP1, bekas pemain Belanda itu berkata:

“Messi menunjukkan dirinya sekali lagi kejohanan ini, tetapi pemain di sekelilingnya.. tidak begitu hebat.”

Ditanya ramalan skor, dia menjawab:

“Ia akan menjadi mudah! 3-0 Belanda.”

Sememangnya, ramalan berani Van der Vaart yang turut meremehkan pemain Argentian selain Messi menimbulkan kemarahan peminat dalam talian, mereka telah melabel sikap Van der Vaart itu sebagai satu ‘keangkuhan’ dari media Belanda.

Seorang pengguna Twitter menulis:

“Sama seperti orang membenci Inggeris kerana ‘keangkuhan’ mereka, Belanda sebenarnya adalah negara yang paling angkuh terutamanya bagi negara yang tidak pernah memenangi Piala Dunia.”

“Saya bukan peminat Argentina tetapi bagaimana saya mahu mereka ini menjadi rendah diri…”

Pada kebiasaannya kata-kata sebegini pasti akan memakan diri lalu akan menjadi bahan troll dan meme di media sosial kecuali Gary Neville.

Dan ramai juga tidak sabar untuk melihat reaksi Van Der Vaart selepas Belanda tewas.

“Tidak sabar untuk melihat Van Der Faart dan seluruh media Belanda memakan kata-kata mereka esok.”

“Terlalu banyak bercakap mereka akan kalah teruk.”

“Jika Argentina berjaya menang menentang Belanda, kami memasak lelaki ini untuk selamanya.”

Raphael Van der Vaart, yang menikmati pengalaman di Real Madrid sebelum menandatangani kontrak dengan Tottenham, juga mengimbas kembali pertarungannya dengan Messi.

“Saya bermain menentang Messi. Anda tidak dapat menangkapnya. Anda mahu menendangnya tetapi dia sudah tiada,” jelasnya.

“Sekarang dia lebih perlahan dan dia berjalan lebih banyak, tetapi dia masih boleh memberikan hantaran penting itu. Ronaldo bergantung pada badan dan golnya tetapi Messi lebih daripada sekadar gol.”

Bagi Van Der Vaart, Lionel Messi sudah melepasi masa kemuncaknya namun masih lagi tidak boleh dipandang rendah kerana keupayaannya membuat hantaran masih lagi jahat.

“Saya bermain di Real Madrid. Kami meletakkan Sergio Ramos pada Messi. Jika dia pergi ke arah itu? Anda pergi bersamanya. Jika dia pergi ke tandas? Anda pergi bersamanya.

“Selepas perlawanan, dia dipermainkan. Sangat sukar untuk mempertahankannya. Mungkin lebih baik kita tidak menandainya.”

Sementara itu seorang lagi legenda Belanda, Marco Van Basten pula melahirkan keyakingan bahawa Justin Timber mampu untuk mengekang Lionel Messi sepanjang perlawanan walaupun Van Der Vaart berpendapat lebih baik tidak langsung menjaga Messi.

Marco Van Basten percaya Argentina akan bergelut jika pemain bintang mereka Messi didiamkan sepanjang perlawanan.

“Jika kami mempunyai pemain yang boleh menanda Messi selama 90 minit, kami perlu melakukannya. Itali juga melakukannya dengan [Diego] Maradona.”

“Tanpa Messi, Argentina jauh lebih kurang. Timber mungkin boleh melakukannya,” kata Van Basten

“Messi sama sekali tidak bertahan dengan pasukan, anda cukup bermain 11 lawan 10. Anda hanya perlu sedar bahawa dia bukan orang yang menerima bola sebaik sahaja kami kehilangan bola.”

Selepas Van der vaart dan Marco Van Basten kenyataan lucu dari Van Gaal juga menjadi tumpuan utama media sebelum perlawanan dan kem Argentina tenang dan fokus kepada permainan.

BACA:  Van Der Vaart 'Tibai' Harry Maguire Tanpa Belas Kasihan