Van Der Vaart ‘Tibai’ Harry Maguire Tanpa Belas Kasihan

Sebelum sepak mula perlawanan antara Manchester United bertemu Villarreal kemarin, bekas pemain midfield Tottenham Hotspur, Rafael Van der Vaart memanfaatkan kesempatan yang ada untuk membantai Harry Maguire.

Sebelum para pemain United mendapatkan semangat baru selepas mencatatkan kemenangan bertemu gergasi La Liga itu, Van der Vaart terlebih dahulu menibai ketua pasukan setan merah itu tanpa rasa belas kasihan.

Legenda Belanda itu sememangnya mempunyai sejarah pernah memaki hamun Maguire sebelum ini, dan menjelang aksi perlawanan penting setan merah dalam saingan Champions League, beliau tidak melepaskan peluang untuk sekali lagi melakukannya.

Setan merah berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 untuk menewaskan Villarreal, seterusnya melayakkan diri mereka beraksi di pusingan kalah mati saingan Champions League musim ini.

Dalam perlawanan itu sendiri, Harry Maguire sepertinya mahu membuktikan kemampuan sebenar beliau selepas mempamerkan aksi dungu dalam beberapa perlawanan terakhir bersama Man United sebelum ini.

Beliau berjaya membantu United mencatatkan clean sheet dalam perlawanan tersebut, dengan Ronaldo dan Sancho muncul sebagai penjaring gol dalam membantu kemenangan 2-0 setan merah itu.

Dalam perlawanan pertama Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat itu, terdapat pelbagai pandangan negatif dari pelbagai pihak terhadap skuad setan merah.

Bahkan, sebelum sepak mula perlawanan lagi, Van der Vaart sudah mula membantai ketua pasukan setan merah itu tanpa belas.

Pertama sekali, beliau menganggap Maguire “benar-benar tahi” dengan menyuarakan hal itu secara langsung di TV, dan kemudiannya beliau terus membantai ketua pasukan setan merah itu tanpa belas.

“Saya banyak bercakap tentang Harry Maguire, saya cuba elakkan diri dari dia. Tapi dia benar-benar tahi. Saya sudah kerap kali katakan ini.”

Jelas legenda berusia 38 tahun itu kepada siaran TV Belanda, Ziggo Sport.

“Saya tak boleh terima yang Man United bayar €90 juta untuk dapatkan dia. Itulah tingginya nilai dia! Di mana yang mereka nilai dia? Kamu boleh cari pemain macam dia dekat mana-mana liga amatur di Netherlands.”

Pemain berusia 28 tahun itu sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim ini, terutama ketika beraksi bersama Manchester United.

Beliau walau bagaimanapun telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Maguire bahkan turut berjaya menjaringkan gol dari dua perlawanan secara berturut-turut untuk skuad The Three Liones, seterusnya memecahkan rekod sebagai pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman untuk England.

Maguire beraksi bersama John Stones sebagai dua centre-back untuk skuad Gareth Southgate, yang mana mereka berjaya layak ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020, dan turut berjaya layak beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, persembahan di pentas antarabangsa sama sekali tidak mampu untuk mengubah persepsi Van der Vaart terhadap beliau.

Bekas bintang Premier League itu tidak henti-henti menghina Harry Maguire seolah-olah ada dendam dalam dirinya terhadap bekas bintang Leicester City itu.

Menurut sumber laporan dari talkSPORT, Van der Vaart pada musim panas lalu turut menghentam Harry Maguire dengan menyatakan:

“Saya rasa Maguire setiap kali dia pulang ke rumah, dia akan beritahu isteri dia bahawa: ‘saya sangat tahi dalam bola sepak, tapi saya dapat banyak hasil. Mereka semua percaya saya bagus.’ Saya betul-betul rasa dia begitu, dia ketawakan kita semua.”

Walau bagaimanapun juga, Maguire telah membuktikan yang beliau tidak sentiasa pamerkan aksi hambar dan dungu, dengan beliau turut mampu beraksi dengan baik.

Beliau cemerlang mengawal barisan pertahanan United sepanjang aksi bertemu Villarreal kemarin, dan hasilnya beliau berjaya mencatatkan clean sheet.

Maguire selepas ini tidak akan diturunkan ketika aksi bertemu Chelsea dalam saingan Premier League, kerana beliau masih dalam penggantungan.

Beliau digantung selepas menerima layangan kad merah ketika aksi kekalahan 4-1 Manchester United bertemu Watford dalam saingan Premier League sebelum ini.

Manchester United ketika ini berada di kedudukan kelapan dalam carta saingan Premier League, dengan mereka hanya mampu mengutip 17 mata sahaja dari 12 perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Maguire: 'Haters' Nak Kami Jatuh Kerana Cemburu Dengan Sejarah Kelab Kami Yang Hebat