Rangkuman Aksi Debut Takumi Minamino Bersama Liverpool

Akhirnya penantian untuk menyaksikan debut Takumi Minamino bersama Liverpool telah tiba di saingan Piala FA.

Tangga 6 Januari 2019 menyaksikan Takumi Minamino membuat penampilan pertama bersama Liverpool menentang musuh setempat Everton.

Seperti mana semua maklum pemain kebangsaan pasukan Jepun iaitu, Takumi Minamino telah sah menjadi milik pasukan paling agung di muka bumi, Sang Penakluk Dunia, Liverpool FC.

Liverpool FC mengumumkan perkara itu secara rasmi kepada para peminat Liverpool yang tertunggu-tunggu kehadiran pemain tersebut sebelum tahun 2020.

Minamino pastinya menjadi tambahan yang sangat penting kepada skuad Jurgen Klopp. Gaya pemainan lincah dan intensif pemain itu sangat sesuai dengan Liverpool.

Beliau sebelum ini sudah 2 kali beraksi menentang Liverpool bersama RB Salzburg dalam saingan UCL. Aksinya ini membangkitkan rasa berahi Klopp untuk memiliki beliau.

Dan ketika aksi di Anfield, Minamino mencetuskan kebangkitan 3 gol pasukannya untuk mengikat Liverpool 3-3. Namun sayang sekali mereka tewas kerana gol Mohamed Salah.

Aksi cemerlang beliau membuatkan Minamino mulai menjadi perhatian dunia dan menjadi rebutan.

Liverpool dilaporkan membayar klausa pelepasan sebanyak £7.25 juta untuk pemain tersebut yang mereka rasakan bernilai lebih £20 juta.

Jurgen Klopp turut teruja kerana berjaya mendapatkan Takumi Minamino di dalam pasukannya.

Liverpool berjaya menewaskan Everton dengan jaringan lencong cantik Curtis Jones untuk membolehkan Liverpool meneruskan saingan di Piala FA.

Gol itu nyata menjadi sebutan dan bualan nampak penampilan Takumi Minamino masih berada dalam radar para peminat bola sepak dunia.

Dalam debutnya Takumi Minamino bermain selama 70 minit sebelum digantikan oleh Chamberlain.

Pemain Jepun itu telah mempamerkan tenaga seperti yang diperlukan oleh Klopp dalam pasukannya.

Minamino telah berkeliaran tanpa henti walaupun jarang mendapat bola dan terus menekan back-line pasukan Everton.

Minamino bermain dengan baik di sebagai False 9 (nombor 9 palsu) yang selalu dimainkan oleh Roberto Firmino.

Korang tengok sendiri la video ni.

BACA:  Aksi Ben White Menganjing Minamino Mencuri Perhatian Peminat