Ralf Rangnick ternyata tidak berpuas hati dengan VAR ketika pasukannya ditendang keluar oleh pasukan liga bawahan, Middlesbrough di hadapan penyokong sendiri.
Menurut Rangnick, dengan rekod 30 percubaan ke arah gawang. Sudah cukup memberitahu dunia bahawa Manchester United adalah pasukan yang paling berhak menang ke atas pasukan yang digelar Boro itu. Dah dekat dekat dengan beruk juga bunyinya tu kan.
VAR membuat keputusan kontroversi apabila membenarkan gol Matt Crook yang sebelum perlawanan beriya menyatakan dia mengidolakan Ronaldo Siuuu dan peminat tegar Manchester United. Tapi dalam perlawanan dibantai dan dimalukannya pasukan United dengan gol kontroversi.
Matt Crooks on facing Ronaldo (Middlesbrough star):
“It will probably be a bit surreal. Obviously I was growing up as a United fan when Ronaldo and Rooney. If I had the chance to go up against him (Ronaldo), I think that would probably be the biggest thing." pic.twitter.com/jRz9w9JGBd
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) February 3, 2022
Sebelum Crook menunjal bola masuk ke dalam gawang, pemain bernama Duncan Watmore telah mengawal bola dengan tangannya, menurut Rangnick.
Rangnick yakin bahawa tangan Watmore ada dikemutkan sedikit untuk mengawal bola. Rangnick langsung tidak menyangka bahawa bola bola api, yang dahulunya kecil, dah menjadi besar.
Namun VAR tak sependapat dengan Rangnick kerana menurut mereka, Watmore tidak sengaja handball. Perkara itu membuatkan ayahanda gegenpressing yang diklaim menjadi pengetua Klopp dan Tuchel ini bengang.
Wajahnya yang bengis di tepi padang membuatkan pengadil keempat terpaksa menjelaskan dia tentang peraturan handball terbaru. Mungkin terlalu sibuk memikirkan soal taktikal gegenpressing, membuatkan dia lupa sebenarnya peraturan handball sudah diubah oleh IFAB.
Di mana, telah berlaku perubahan ke atas peraturan handball yang tak disengajakan dalam fasa build up yang membawa kepada gol.
Dalam peraturan terbaru menjelaskan: Jika pemain yang menyerang handball secara tak sengaja, dan pemain lain yang menjaringkan gol [bukan pemain yang handball tak sengaja tadi] – maka sekarang ini, gol itu akan diberikan. Musim lalu, ianya kemungkinan besar tidak diberikan.
Namun begitu, pemain masih dikira melakukan kesalahan, jika mereka handball tak senjaga, dan kemudian pemain itu sendiri yang menjaringkan gol tersebut.
Seterusnya pemain tidak boleh menjaringkan gol menggunakan tangan walaupun ianya secara tak sengaja.
Nothing to do with VAR, Rio…as a pundit, surely you keep up with rule changes? pic.twitter.com/MyNrBouhXt
— N Jamo (@nevjamo) February 4, 2022
Rangnick bengang
Rangnick kemudian mempertahankan hujahnya. Sambil menegaskan sekali lagi bahawa Manchester United berhak menang.
“Pada momen mereka menjaringkan gol, sudah terang lagi bersuluh, VAR tidak sepatutnya membenarkan gol ini diberikan. Kami tidak berada di dalam posisi yang terbaik pada detik itu, terlalu terbuka dan membenarkan lawan kami menyerang balas.”
“Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini,” kata Rangnick tanpa banyak songeh,
Rangnick: "In the moment when they scored, it was clear that VAR would not allow this goal to stand. We were not well positioned in that moment, too open and allowed them the counter, we should have won the game." #mufc
— TheRedDevils🔴🔴 (@RedDevils__MUFC) February 5, 2022
Kemudian Rangnick mengecam penjelasan VAR yang menurutnya tidak boleh diterima. Macamana Watmore boleh dikatakan accidental handball kalau pemain itu mengawal bola dengan tangannya secara sengaja.
“Macamana ianya boleh dikira tidak disengajakan jika dia mengawal bola di udara dengan tangannya? Ia jelas sekali tidak sepatutnya diberikan gol, dan akhirnya sekali saya sangat terkejut kerana ianya dikekalkan.”
Rangnick on Middlesbrough's goal: "How can it be accidental if he controls the ball up in the air with his hand? It was clear it should not stand but in the end I was really surprised it stood." #mulive [itv]
— utdreport (@utdreport) February 4, 2022
Manchester United meneruskan suwey mereka dalam penalti. Jika sebelum ini dua pemain mereka iaitu Jadon Sancho dan Rashford menjadi bahan jenaka di sekolah asrama penuh budak budak kecil kerana membuatkan England tersingkir penalti.
Sebelum itu mereka gagal menggapai Piala UEL kerana tewas dalam penentuan penalti di tangan Villarreal. Satu lagi perlawanan yang diklaim oleh Bruno Fernandes sebagai perlawanan yang mereka sepatutnya menjadi juara kerana pasukan lebih baik.
Kemudian Eric Bailly meneruskan DNA suwey penalti Manchester United selepas terpengaruh dengan video youtube penalti Bruno Fernandes dan menirunya sambil ditambah skil no look, juga membuatkan pasukannya bungkus awal. Tapi ni tak apalah, sebab misi dia nak pastinya Sadio Mane terus kekal di Piala AFCON. Jadi kira ada tujuan hidup la ni.
Kali ini mereka kalah lagi dalam penentuan penalti. Ronaldo turut gagal menyempurnakan penalti pada masa sebenar perlawanan. Ke-suwey-an itu ditambah dengan fakta bahawa Manchester United tak pernah menang mana mana penentuan penalti dalam sejarah penganjuran Piala FA Inggeris yang sudah berusia 151 tahun.
Manchester United have NEVER won a penalty shootout in the 151-year history of the FA Cup 😳 pic.twitter.com/tAdLJEUESh
— ESPN UK (@ESPNUK) February 4, 2022
Walaupun kalah, Manchester United masih ada UCL dalam tangan mereka seperti yang didakwa Bruno Fernandes. Kerana Piala FA ini adalah ternyata sudah dirancang oleh pihak tertentu bahawa mereka nak United kalah. Sedangkan Rangnick jelas sekali menegaskan mereka yang patut menang.
Kekalahan ini berlaku di tengah tengah pasukan mereka sedang menanti nasib Mason Greenwood yang masih berusaha dalam temuduganya mahu menjadi banduan.