Reaksi Jurgen Klopp kepada Diego Simeone yang koyak teruk selepas tamat perlawanan disaingan Champions League yang menyaksikan Atletico Madrid tewas 3-2 kepada Liverpool sangatlah priceless.
Pengurus Atletico Madrid yang berasal dari Argentina itu terus berlari masuk ke dalam terowong menuju ke bilik persalinan ketika Jurgen Klopp mahu berjabat tangan.
Melihat gelagat Diego Simeone di stadium Wanda Metropolitano itu ramai berpendapat Diego Simeone koyak lalu mengabaikan Klopp tanpa mahu berjabat tangan.
Simeone left without shaking Klopp’s hand and Klopp was NOT happy.
They play at Anfield on November 3 🍿
(via @btsportfootball) pic.twitter.com/bICVC9AokQ
— B/R Football (@brfootball) October 19, 2021
No handshake between Simeone and Klopp as the Reds edge Atletico in a five-goal thriller! 😮💨
FT: Atletico 2-3 Liverpool pic.twitter.com/V4yYMxCPfr
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 19, 2021
Jurgen Klopp dirakam telah mengangkat ibu jari tanda like melihat Diego Simeone yang tergesa-gesa masuk ke terowong. Mungkin nak terberak kot.
Ada juga yang cuba membela Diego Simeone dengan menyatakan bahawa itu merupakan tradisi dan perangai turun termurun Simeone untuk setiap perlawanan sama ada menang seri atau kalah.
“Hanya di sini untuk memaklumkan, mengambil kira bahawa akan ada orang akan membuat cerita bukan-bukan, Diego Simeone melarikan diri selepas SETIAP perlawanan. Ini adalah tradisi miliknya. Menang, kalah atau seri. Tidak ada kena mengena dengan Jürgen Klopp.
—
Ia hanya sesuatu yang selalu dia lakukan.”
Just here to inform, considering the fact people wanna make this into something; Diego Simeone runs off after EVERY game. It's a tradition of his. Win, lose or draw. Has nothing to do with him snubbing Jürgen Klopp.
It's simply something he has "always" done.
— Jonas Adnan Giæver (@CheGiaevara) October 19, 2021
"I wanted to shake his hand but he was running off. I don't think he did anything wrong."
"Next time we see each other we will definitely shake hands."
Jürgen Klopp reacts to Liverpool edging Atletico and Simeone not shaking his hand at full-time…
🎙 @TheDesKelly pic.twitter.com/8TTvjANGjD
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 19, 2021
Dalam temuramah, Jurgen Klopp menjelaskan situasi itu dengan kemarahan yang melanda Diego Simeone dan yakin mereka akan berjabat tangan apabila bertemu lagi.
“Aku nak berjabat tangan dengan beliau, kami berdua sangat beremosi. Beliau marah dengan perlawanan, bukan perkara lain.”
“Bila kami bertemu lagi kami 100% akan berjabat tangan.”
Joleon Lescott on Simeone not shaking Klopp''s hand:
"It's a bit cowardly in my opinion." #awlive [bt]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 19, 2021
Joleon Lescott pula berpendapat bahawa kelakuan Diego Simeone yang melarikan diri dan tidak berjabata tangan dengan Klopp sebagai pengecut.
“Agak pengecut la pada pandangan aku.” Ujar Lescott.
Ada sebab untuk Simeone berkelakuan sebegitu mungkin kerana kecewa dengan kad merah yang diterima Antoine Griezmann dan juga sepakan penalti yang dibatalkan oleh VAR.
Keputusan yang betul dibuat oleh pengadil dan VAR yang tidak memihak kepada Atletico Madrid.
Atletico Madrid 2-3 Liverpool
Liverpool kembali mendapatkan barisan terkuat mereka dalam perlawanan Champions League peringkat kumpulan B menentang Atletico Madrid dengan kehadiran semula Alisson Becker dan Fabinho.
Diego Simeone sememangnya terkenal dengan permainan bertahan yang tidak masuk akal apabila jika bertemu pasukan yang hebat bagi memastikan mereka tidak kehilangan mata.
Namun begitu Mohamed Salah meneruskan aksi liar dan lincah dengan satu lagi gerakan solo yang teramat padu melepasi empat cabaran pemain Atletico Madrid sebelum melepaskan rembatan.
Salah menggelecek bermula dari kanan padang dengan memotong masuk ke kawasan kotak sebelum gol padu dihasilkan dengan sedikit biasan berlaku pada minit ke-8.
9 – Mohamed Salah has become the first player in @LFC history to score in nine consecutive matches for the club. Inevitable. pic.twitter.com/SRNNYCum5Q
— OptaJoe (@OptaJoe) October 19, 2021
Minit ke-13 menyaksikan Naby Keita menggandakan kedudukan melalui satu voli cantik selepas Felipe gagal mengeluarkan bola dengan kemas telah sampai kepada Keita.
Dengan dua gol bolos dalam tempoh lima minit, Atletico Madrid akhirnya sedar dari lamunan dan melakukan kebangkita.
Antoine Griezmann merapatkan kedudukan pada minit ke-20 dengan gol yang amat menarik sebelum menggandakan kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-34.
Gol berpunca dari gerakan solo Jaoa Felix yang menghantar bola kepada Griezmann yang terus melakukan satu sentuhan gol.
Perlawanan terus menjadi semakin sedap sehingga tamat 45 minit pertama.
2-2 – Liverpool have both scored and conceded twice in the first half of a UEFA Champions League match for the first time. Desmond. pic.twitter.com/5T8wmiqvXS
— OptaJoe (@OptaJoe) October 19, 2021
Kehandalan Allison Becker telah menafikan jaring gol Liverpool dari terus dibolosi oleh pemain Atletico Madrid dengah tiga atau empat aksi menyelamat dilakukan sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, kubu Atletico Madrid diuji dengan sundulan Sadio Mane dan Jan Oblak menafikan sebelum Alisson Becker menyelamatkan percubaan Atletico Madrid sekali lagi.
Wira Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang menjaringkan dua gol kebangkitan telah dilayangkan kad merah selepas menerajang leher Roberto Firmino dalam perebutan bola. Hero to Zero.
Tiada dakwa dakwi lagi keputusan pengadil perlawanan adalah tepat walaupun ada bantahan kerana perbuatan Griezmann itu merupakan satu tindakan yang agresif dan berbahaya pada minit ke-52.
2+1 – Antoine Griezmann is the first player in UEFA Champions League history to score twice and be sent off. Comedown.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 19, 2021
Satu tindakan yang sia-sia dari Griezmann yang memberi kesan kepada pasukan. Diego Simeone tampak tidak berpuas hati lagi dan diberikan teguran oleh pengadil.
Kerancakkan dan kesedapan perlawanan terus merosot selepas Atletico Madrid bermain 10 orang namun Atlerico masih lagi mampu bermain dengan baik sehingga masa permainan memasuki minit ke-75.
Pada minit ke-76 Mario Hermoso telah melakukan aksi tidak masuk akal apabila telah menolak Diogo Jota dengan menggunakan siku di dalam kotak penalti.
Penalti diberikan kepada Liverpool dan mudah buat Mohamed Salah meletakkan Liverpool kembali di depan dengan satu sepakan leret menghantar Jan Oblar terbang ke arah bertentangan.
Liverpool have won a #UCL game against Atletico Madrid for the first time in their history.
Fifth time lucky. 😅 pic.twitter.com/IcaRZkkMWz
— Squawka Football (@Squawka) October 19, 2021
Lima minit kemudian giliran Atletico Madrid pula mendapat sepakan penalti selepas Jose Gimenez telah dijatuhkan oleh Diogo Jota.
Perlawanan dihentikan seketika bagi menunggu keputusan dari penilaian yang dilakukan oleh Video Assistant Referee (VAR), kemudian pengadil ke tepi padang untuk melihat skrin bagi penilaian terakhir.
Pengadil menukar keputusan awal dan menarik kembali sepakan penalti kerana tiada kecurangan dari Diogo Jota.
Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Ateltico Madrid untuk terus merubah keputusan dan kesan kad merah Griezmann semakin dirasai dan memberi kesan kepada pasukan.
Only two English teams have beaten Atlético Madrid away from home in the Champions League:
🏴 Chelsea
🏴 Liverpool 🆕🔴🔵 Rojiazul > Rojiblanco 🔴⚪️ pic.twitter.com/bHvGlflpqo
— William Hill (@WilliamHill) October 19, 2021
Liverpool tiada masalah untuk mempertahankan kelebihan satu gol walaupun masa kecederaan selama 6 minit diberikan pengadil.
Liverpool mencatatkan kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan mengumpul 9 mata dengan menghasilkan 11 gol dan 5 bolos.
Secara logiknya Liverpool boleh dikatakan sudah layak ke pusingan kalah mati.
Atletico Madrid: Oblak, Felipe, Kondogbia, Hermoso, Koke, Trippier, Lemar, De Paul, Carrasco, Joao Felix, Griezmann.
Subs: Lecomte, Gimenez, Suarez, Correa, Renan Lodi, Llorente, Herrera, Matheus Cunha, Vrsaljko.
Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Milner, Henderson, Keita, Salah, Firmino, Mane.
Subs: Fabinho, Konate, Gomez, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Jota, Tsimikas, Origi, Phillips, Kelleher, Williams.
Referee: Daniel Siebert (Germany)