Cristiano Ronaldo meninggalkan komen pada muat naik di media sosial yang menunjukkan bagaimana penyokong Atletico Madrid menaikkan banner ‘CR7 tidak diundang’.
Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dilihat meninggalkan komen dengan menulis emoji ketawa pada muat naik di Instagram yang menunjukkan para penyokong Atletico Madrid melancarkan kempen menolak bintang Portugal itu.
Para penyokong Atletico Madrid dengan segera memberi amaran kepada pihak kelab supaya tidak menandatangani Cristiano Ronaldo sebaik mereka mendengar khabar angin yang mengaitkan bintang United itu akan ke Wanda Metropolitano.
🚨 This is the Official Statement of the International Union of Supporters Clubs of Atlético de Madrid
❌ They flatly reject the possible signing of Cristiano Ronaldo for being "a player in clear decline" who "represents the antithesis of Atleti's values"
🤔 Do you agree? https://t.co/hRJC4M6Auz
— Mr. Muñoz (@FreddyMoonYoz) July 27, 2022
Sejak Ronaldo mengejutkan kem Manchester United dengan mengumumkan yang beliau mahu meninggalkan kelab pada bulan lalu, nama beliau sebenarnya sudah dikaitkan dengan pelbagai kelab.
Beberapa kelab gergasi Eropah telah dikaitkan dengan bintang berusia 37 tahun itu termasuklah Atletico Madrid.
Walau bagaimanapun, sejak dari berita itu tersebar, penyokong Atletico gigih mendesak pihak kelab supaya menggagalkan usaha untuk membawa Ronaldo ke Wanda Metropolitano.
Satu kenyataan tegas dari kesatuan penyokong yang dikenali sebagai Internacional de Penas del Atletico Madrid telah dikeluarkan sebelum aksi perlawanan persahabatan mereka bertemu Numancia.
Laporan tersebut mendedahkan bahawa:
“Memandangkan kebarangkalian untuk membeli Cristiano Ronaldo adalah lebih dari sekadar khabar angin, kami mendedahkan yang kami sekeras-kerasnya menentang hypothetical incorporation masuk ke kelab kami.”
“Pemain yang disebutkan juga turut memiliki ciri yang bertentangan dengan Atletico Madrid, ia termasuklah dari segi usaha, kemurahan hati, kesederhanaan dan kemanusiaan.”
Cristiano Ronaldo's response to a post on Instagram displaying the Atletico Madrid fans' "CR7 NOT WELCOME" banner: pic.twitter.com/9FbuLB20XF
— Utd District (@UtdDistrict) July 29, 2022
“Walau mustahil tetapi andai pemain yang sedang merosot seperti Cristiano Ronaldo mampu membantu kita memenangi piala, kami tetap tidak menerima kedatangan beliau.”
Ronaldo turut meninggalkan komen pada muat naik penyokong Atletico Madrid yang menjelaskan tentang situasi beliau pada ketika ini.
“Mustahil untuk tak bercakap tentang saya dalam satu hari. Selain itu media tak boleh buat duit. Kamu tahu jika kamu tak menipu kamu tak akan dapat perhatian ramai. Teruskan usaha kamu dan semoga satu hari nanti kamu akan tulis berita yang betul.”
Penyokong Atletico lancar kempen tolak Ronaldo
Penyokong Atletico Madrid telah melancarkan kempen khas untuk menghalang pihak kelab dari meneruskan usaha mereka untuk menandatangani Cristiano Ronaldo dari Manchester United.
Para penyokong Atletico sekeras-kerasnya menentang keputusan pihak kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.
Cristiano Ronaldo yang kini berusia 37 tahun itu sedang dalam usaha beliau mahu mencari jalan keluar dari Old Trafford dengan beliau secara terbuka mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab.
Atletico Madrid fans launch online protest after Cristiano Ronaldo transfer plans emergehttps://t.co/KsER4ap6rw pic.twitter.com/nl8226JFdy
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 24, 2022
Ronaldo telah memberitahu pihak kelab yang beliau mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini seandainya ada kelab lain yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.
Bintang terhebat dunia yang kini berusia 37 tahun itu mahu beraksi di pentas saingan Champions League dan itu adalah alasan utama mengapa beliau mahu meninggalkan kelab.
Walau baru setahun bersama kelab, Ronaldo sudah mendedahkan yang beliau tidak gembira melihat cara pengurusan United menguruskan kelab.
Beliau bahkan turut tidak menyertai skuad United ketika aksi jelajah mereka pada pra musim ini di Thailand dan Australia.
Beliau masih belum membuat sebarang kemunculan bersama skuad Manchester United di bawah kendalian pengurus baharu, Erik Ten Hag.
Chelsea, Napoli dan Paris Saint Germain kesemuanya telah dikaitkan dengan bintang Portugal itu pada musim panas ini dengan Atletico Madrid turut dikatakan berpotensi untuk menjadi destinasi seterusnya dalam karier Ronaldo.
Atletico Madrid fans have made their feelings known and created their own online protest against the signing of Cristiano Ronaldo… 😡 pic.twitter.com/qDGmnL2xBF
— SPORTbible (@sportbible) July 25, 2022
Mendengar berita yang Ronaldo dikaitkan dengan Atletico Madrid, para penyokong mereka segera meluahkan rasa kecewa mereka terhadap hal tersebut.
Para penyokong tersebut bahkan turut melancarkan kempen untuk menghalang pihak kelab dari menandatangani Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini.
Mereka tidak mahu pemain yang pernah beraksi bersama seteru mereka dari tahun 2009 hingga 2018 itu untuk datang ke Wanda Metropolitano dan menyarung jersi kelab.
Para penyokong bersatu untuk melancarkan kempen #ContraCR7 (TentangCR7) di laman twitter untuk menghalang pihak kelab dari menandatangani Cristiano Ronaldo.
“Seandainya dia datang ke Atletico, saya akan batalkan segala langganan saya… Kita tak terima pemain seperti itu.”
“Ini bukan hanya kerana penyokong Atletico, tapi penyokong setiap kelab memang patut tolak Ronaldo.”
Cristiano Ronaldo could be on his way back to Madrid #MUFC https://t.co/u3mSFqKU4O
— talkSPORT (@talkSPORT) July 25, 2022
“Badut yang menampilkan segalanya tak layak bersama Atletico. Dia akan rosakkan bilik persalinan, penyokong dan semua yang berkait dengan dia.”
“Dia toksik yang sebenarnya, di hujung kariernya seperti sekarang saya rasa dia hanya akan datang dan merosakkan sesebuah tempat itu dan kemudiannya pergi.”
Sumber: SPORTbible