Malam Istanbul merupakan satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia.
Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iaitu Steven Gerrard.
Kapten yang berciri dan berjiwa Liverpool. Sayang dan kasihnya terhadap Liverpool melebihi cinta agung Shah Jihan kepada isterinya.
Gerrard dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1980. Dilahirkan di sebuah tempat bernama Whiston, Merseyside, England. Berketinggian 183 cm dan pandai bermain bola sepak.
Captain Marvel Liverpool itu memulakan karier bola sepak apabila menyertai akademi pasukan bola sepak Liverpool pada usia baru mencecah 9 tahun.
Gerrard berada di akademi tersebut sehingga berumur 17 tahun dan dengan bakat yang beliau ada, Liverpool tidak menunggu lama untuk menandatangani kontrak profesional pertama beliau.
Selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang kerana beliau tidak mempunyai side mirror untuk menoleh. Beliau membantu Liverpool meraih pelbagai kejayaan yang gemilang.
Sebut sahaja piala apa yang belum dimenanginya. 2 Piala FA, 3 kali Piala Liga (Carling Cup) , 1 Piala Liga Juara-Juara (Champion League), 1 Piala UEFA, 1 Piala Comunity Shield dan 1 Piala UEFA Super.
Jangan di cari mana piala Liga Perdana Inggeris. Memang tak ada. Itu adalah satu-satunya piala yang beliau inginkan. Pada musim 2013/2014 beliau hampir-hampir berjaya menamatkan badi kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool.
Namun malangnya insiden slip beliau lalu membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pertama menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan kepada Manchester City.
Pada ketika itu, rata-rata penyokong Liverpool berasa sangat sedih dan kecewa kerana Piala Liga yang sepatutnya menjadi milik mereka terlepas ke pasukan lain.
Kembali pada Oktober 2017, ketika Gerrard dijemput untuk menjadi pundit dalam satu perlawanan Liga Perdana. Beliau telah meluahkan rasa sedih kerana gagal untuk menjulang kejuaraan Liga.
Dan ketika beliau meluahkan perasaan itu, legenda United Paul Scholes turut ada di dalam studio dan beliau jelas mencuba untuk mengawal emosinya yang mahu mentertawakan Gerrard.
Reaksi Paul Scholes kepada Steven Gerrard ketika bercakap tentang bagaimana dia tidak pernah memenangi Liga Perdana akan selama-lamanya kekal sebagai salah satu detik terbaik dalam sejarah.
Throwback to Paul Scholes’ reaction when Steven Gerrard says he hasn't won the Premier League… one of the greatest TV moments of all time. Legend! 😂 #mufc
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 14, 2020
Lihat sendiri dia senyum sinis je sambil gigil menahan nak ketawa. Kalau bukan siaran langsung silap-silap dah terbaring dia ketawa.
Scholes sendiri pernah memenangi 11 gelaran Liga Perdana dalam dalam kerjayanya di Old Trafford. Sementara Gerrard sendiri tidak memiliki gelaran liga cuma pernah hampir saja memenangi Liga.
Peristiwa pada musim 2013/14 yang berlaku kepada Gerrard seolah-olah sukar untuk beliau lupakan dan kekal bersemadi dalam ingatannya.
“Hampir setiap hari saya memikirkan kejadian itu, saya rasa jika satu hari nanti pasukan Liverpool berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana, ia akan membantu saya untuk melupakan sejarah hitam itu.”
Kata Gerrard ketika bersama Jamie Carragher dalam satu acara pada bulan Februari lalu.
Musim ini pasukan Liverpool sudah hampir pasti untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana, namun penularan virus Covid-19 mungkin merencatkan usaha mereka.
Premier League To Hold Another Emergency Meeting To Weigh Options https://t.co/GKc2jvfJlm #lfc
— Liverpool News (@NewsLiverpool) March 14, 2020
Tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan rasmi diumumkan oleh pihak FA dan Liverpool masih dilandasan untuk ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana musim 2019/20.