Reaksi Williams Ketika Baru Sedar Beliau Dikasari Oleh Eriksen Sungguh Priceless

Pemain full-back Norwich, Brandon Williams telah menunjukkan reaksi yang sungguh menakjubkan ketika beliau sedar yang Christian Eriksen telah mengasari dirinya.

Beliau awalnya nampak bengang kerana dijatuhkan oleh pemain lawan dan ketika beliau berpaling, reaksi Brandon segera berubah kerana sedar individu yang mengasari beliau adalah Eriksen.

Insiden mengharukan itu berlaku ketika aksi babak pertama dalam perlawanan yang menemukan antara Norwich City bertemu Brentford di Carrow Road.

Williams yang ketika ini beraksi bersama The Canaries sebagai pemain yang dipinjamkan dari Man Utd berjaya melepaskan bola dari kawalan Eriksen.

Pemain kebangsaan Denmark itu walau bagaimanapun tidak mahu melepaskan Brandon melepasinya dengan beliau memeluk bintang muda itu rebah bersamanya.

Jika dilihat pada rakaman insiden tersebut, pemain Brentford yang memakai jersi bernombor 21 itu sengaja memeluk dan menjatuhkan Brandon Williams.

Williams rebah dan ketika beliau jatuh reaksi wajahnya jelas terlihat yang beliau sedang bengang dengan pemain yang menjatuhkannya.

Beliau bahkan turut berpaling dan hampir mencekak baju Eriksen sebelum reaksinya berubah sepenuhnya selepas sedar siapa yang menjatuhkannya.

Sebaik beliau sedar Christian Eriksen yang menjatuhkannya, Brandon Williams terus memeluk bintang Denmark yang sedang terbaring itu, lalu mereka segera bangun bersama.

Insiden yang berlaku dalam tempoh beberapa detik itu jelas sekali berjaya membuatkan ramai peminat beremosi serta turut terhibur pada masa yang sama.

Bulan lalu, selepas melengkapkan perpindahannya menyertai saingan Premier League, Eriksen menerima standing ovation ketika melakukan debutnya untuk Brentford.

Ia merupakan aksi pertama beliau selepas berehat selama lapan bulan kerana diserang cardiac arrest ketika aksi saingan Euro 2020 yang lalu.

Bahkan pemain berusia 30 tahun itu turut diraikan penuh meriah oleh para penyokong dari kedua-dua pasukan ketika beliau dimasukkan pada minit ke-52 permainan dalam aksi saingan Premier League bertemu Newcastle.

Para pemain Newcastle United sendiri turut menunjukkan rasa hormat serta penghargaan kepada Eriksen dengan mereka memberi tepukan ketika bintang Denmark itu mahu masuk ke padang.

Eriksen sepertinya masih boleh bermain dengan beliau pada Januari lalu telah menandatangani kontrak jangka masa pendek bersama Brentford.

Seandainya tiada apa-apa masalah, Christian Eriksen jelas sekali sangat berharap agar beliau akan kembali dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan Denmark tahun ini.

“Impian saya adalah untuk beraksi bersama Denmark di pentas Piala Dunia Qatar. Saya mahu bermain.”

Jelas Eriksen kepada media Denmark, DR.

“Itulah apa yang ada di fikiran saya selama ini. Itu matlamat saya, itu impian saya. Tidak kira sama ada saya dipilih atau tidak, tapi impian saya adalah untuk kembali.”

“Saya sangat yakin saya boleh kembali kerana saya tak rasa ada perbezaan.”

“Secara fizikal saya sudah kembali dapatkan tahap terbaik. Itulah matlamat saya dan saya masih ada sedikit masa, sambil itu saya mahu bermain bola sepak, dan buktikan yang saya kembali di tahap yang sama.”

Tidak lama selepas beliau diserang dengan Cardiac arrest ketika aksi saingan Euro tahun lalu, Doktor khas skuad Denmark menjelaskan tentang bagaimana usaha beliau menyelamatkan Eriksen yang diambang maut pada ketika itu.

Dr Morten Boesen bercakap selepas tamat perlawanan dan menjelaskan tentang insiden itu dengan peminat seluruh dunia tekun mendengar penjelasan beliau.

“Kami semua telah dipanggil untuk masuk ke padang ketika Christian rebah.”

Jelas Dr Boesen menurut iNews.

“Saya tak berapa nampak, tapi semakin jelas ketika dia pengsan. Ketika kami tiba, dia terbaring dan masih bernafas.”

“Kami rasa nadi, dan dengan segera gambaran kami mula berubah maka kami segera melakukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa.”

“Ada bantuan yang sangat menakjubkan dari doktor stadium dan semua petugas kecemasan, dan dengan gabungan semua itu kami dapat apa yang kami perlukan.”

“Kami berjaya selamatkan Eriksen yang bercakap dengan saya sebelum dia di bawa ke hospital.”

Ia sangat menakjubkan untuk melihat Christian Eriksen kembali beraksi dan semoga saja beliau mampu mencapai matlamat yang beliau sasarkan selama ini, untuk kembali beraksi bersama skuad Denmark.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Christian Eriksen Ledak Gol Hasil Dari Sentuhan Pertamanya Ketika Bertemu Belanda