Real Madrid Dapat Lampu Hijau Untuk Tandatangani Bintang Chelsea

Real Madrid dilaporkan sudah mencapai kata sepakat dengan Chelsea untuk mendapatkan khidmat Antonio Rudiger selepas kontraknya tamat musim panas nanti.

Abang kepada Rudiger, Sahr Senesie yang juga merupakan ejen beliau dilaporkan telah bertemu dengan wakil dari Real Madrid beberapa minggu lalu untuk melakukan rundingan.

Hal ini telah dilaporkan oleh The Independent dengan mereka mendakwa kesemua pihak sudah bersetuju untuk memastikan perpindahan itu berlaku.

Walau bagaimanapun, setakat ini hanya persetujuan sahaja yang berjaya dicapai oleh kedua-dua pihak, dengan Rudiger masih belum menandatangani apa-apa perjanjian lagi dengan Madrid.

Oleh yang demikian, kedudukan Real Madrid untuk memuktamadkan perjanjian tersebut masih belum selamat kerana pemain masih belum menandatangani apa-apa perjanjian.

Hal ini juga sebenarnya memberi ruang kepada Bayern Munich untuk mencuba nasib dengan gergasi Bundesliga itu juga turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Rudiger.

Manchester United dan Tottenham Hotspur merupakan dua kelab Inggeris yang juga turut sangat berminat untuk menandatangani pemain kebangsaan Jerman itu.

Walau bagaimanapun, Rudiger dilaporkan lebih memilih untuk menyertai pasukan di luar England dengan Real Madrid dan Bayern Munich dari sebelum ini sudah menjadi keutamaan beliau.

Pemain centre-back itu menyertai The Blues dari AS Roma dengan yuran perpindahan bernilai £29 juta pada Julai 2017 dengan beliau turut menikmati karier yang sungguh gemilang di Stamford Bridge.

Beliau berjaya memenangi empat kejuaraan utama bersama Chelsea seperti Champions League, Europa League, UEFA Super Cup dan Piala FA.

Rudiger pada musim ini tidak dinafikan lagi yang beliau sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, selepas beliau membuat 20 penampilan dalam semua pertandingan dan turut menjaringkan dua gol.

Pada ketika ini, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya untuk aksi bersama Chelsea, dan mungkin beliau akan menandatangani pra kontrak bersama Real pada Januari nanti seandainya beliau benar-benar mahu berpindah ke Santiago Bernabeu.

Real Madrid selain berjaya mendapatkan persetujuan untuk menandatangani Antonio Rudiger, mereka pada musim panas ini akan turut kehilangan legenda kelab.

Marcelo bakal tinggalkan Madrid musim panas ini

Pemain pertahanan legenda Real Madrid, Marcelo dijangka akan meninggalkan kelab selepas 15 tahun menabur bakti bersama gergasi Sepanyol itu.

Kontrak pemain kebangsaan Brazil itu dijangka akan tamat pada Jun akan datang, dengan laporan terbaru dari media Sepanyol, Ole melaporkan yang Marcelo tidaerk mahu menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Marcelo dijangka akan kembali beraksi bersama Fluminense selepas kontraknya bersama kelab tamat pada penghujung musim ini nanti.

Beliau meninggalkan kelab dari Rio de Janeiro itu pada Januari 2007 untuk menyertai Real Madrid dan kini Marcelo memutuskan yang beliau mahu bersara di kelab yang menaikkan namanya.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menikmati pelbagai kejuaraan baik secara individu mahupun berpasukan sepanjang karier gemilangnya bersama Los Blancos.

Beliau berjaya membantu Real Madrid untuk memenangi liga gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League sepanjang kariernya di Santiago Bernabeu.

Statistik beliau secara peribadi juga sebenarnya sungguh menakjubkan dengan beliau setakat ini sudah membuat 533 penampilan bersama Real Madrid dengan menjaringkan 38 gol dan turut mencatatkan 101 assists sepanjang tempoh tersebut.

Walau hari-hari gemilang beliau bersama Real Madrid sudah lama berlalu, Marcelo akan terus dikenang sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Pemain full-back itu merupakan ketua pasukan Real Madrid pada ketika ini, namun beliau setakat ini hanya sempat membuat lima penampilan sahaja dalam semua pertandingan.

Satu-satunya penampilan beliau dalam saingan La Liga pada musim ini adalah ketika kejayaan mereka menewaskan Elche 2-1 pada Oktober lalu.

Pada ketika ini, tumpuan utama Marcelo tentunya untuk berusaha mendapatkan minit permainan yang mencukupi agar beliau dapat tahap kecergasan terbaiknya semula.

Ketika aksi Real Madrid bertemu Inter Milan dalam saingan Champions League Marcelo tidak diturunkan untuk beraksi dengan beliau sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Los Blancos berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Inter Milan awal pagi tadi, seterusnya mengesahkan tempat ke aksi pusingan kalah mati sebagai Juara kumpulan.

Mara sebagai Juara kumpulan akan beri kelebihan kepada Real Madrid untuk mendapat undian yang lebih mudah di pusingan 16 terbaik nanti.

Hujung minggu ini anak-anak buah Antonio Conte itu akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid dalam aksi saingan La Liga.

Real Madrid pada ketika ini berada di kedudukan pertama dalam carta saingan liga dengan mereka 10 mata mengatasi Atletico Madrid yang berada di kedudukan keempat.

Seandainya Marcelo tidak diturunkan dalam perlawanan itu atau mana-mana perlawanan lain selepas ini sekalipun, beliau akan tetap dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Terlalu banyak kenangan manis yang beliau cipta bersama kelab dengan beliau juga merupakan nadi penting Real Madrid ketika era kegemilangan mereka sebelum ini.

Para peminat tentunya sangat berharap agar Real Madrid akan memenangi satu lagi piala sama ada liga atau Champions League, untuk Marcelo julang sebelum beliau meninggalkan kelab.

Bukan hanya para peminat, bahkan pemain dan kelab sendiri juga tentunya mahu berusaha untuk memenangi sesuatu dan dijadikan sebagai hadiah perpisahan kepada bintang Brazil itu.

Marcelo ketika kemuncak kariernya, beliau tidak pernah hilang dari senarai kesebelasan terbaik pilihan FIFA dan itu membuktikan yang beliau jelas sekali merupakan pemain full-back terhebat di generasi ini.

Di usia 33 tahun, sepertinya tiada masalah untuk Marcelo terus bermain dalam saingan kompetetif dan tidak akan mengejutkan juga andai beliau nanti bakal menjadi pemain terpenting Fluminense.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bale, Marcelo Dan Hazard Antara 6 Pemain Yang Real Mahu Lepaskan Januari Ini