Robertson Dedah Pernah Koyak Ketika Beraksi Bertemu Adama Traore

Bintang handalan Liverpool, Andy Robertson mengakui bahawa pemain terbaik Wolves, Adama Traore berjaya mengoyakkan mentalnya ketika beraksi di Molineux musim ini.

Ketua pasukan Scotland itu merupakan antara pemain pertahanan kanan terbaik dalam saingan premier league bahkan boleh dianggap terbaik dunia ketika ini.

Namun beliau sendiri mengakui bahawa mentalnya sangat koyak ketika bertemu Adama Traore dalam perlawanan yang berkesudahan Liverpool menang 2-1 itu.

Dalam satu rancangan podcast bersama Peter Crouch, ketika berbincang tentang situasi satu lawan satu antaranya dengan Adama Traore, Robertson menjelaskan bahawa:

“Secara jujurnya, Traore berjaya mengoyakkan saya musim ini.”

“Dia pemain yang luar biasa. Tanpa ragu-ragu saya berani katakan dia pemain terpantas. Saya rasa dia mampu untuk memberi semua pertahanan di premier league berlari dahulu 15 meter dan beliau akan mengejar dari belakang lalu menang.”

“Perlumbaan antara Big Virg dengannya antara yang paling menarik untuk ditonton namun Van Dijk mempunya kelebihan kakinya yang lebih panjang.”

Crouch kemudian bertanya tentang seberapa pantasnya Adama kepada Robertson dan beliau menjawab:

“Kecepatannya memang tidak masuk akal. Dia berlari dengan sangat pantas. Saya perhatikan dia berjalan-jalan disekitar dan saya sempat berfikir dia tidak memberi sebarang ancaman dalam perlawanan itu dan dia mungkin akan dikeluarkan selepas ini.”

“Kemudian apabila dia mendapat peluang dan saya melihat dia berlari dengan sangat pantas, saya cuma berfikir macam mana dia boleh sepantas itu? Mana mungkin ada pemain pertahanan mampu hadapi kelajuannya.”

Robertson turut mengimbau kembali detik beliau berhadapan dengan bekas bintang Chelsea, Eden Hazard sewaktu beraksi di Hull City dahulu.

“Ketika saya masih beraksi bersama Hull City, saya turun beraksi bertemu Hazard. Ketika itu dia baru saja memenangi anugerah pemain terbaik tahunan dan dia juga berjaya membuat saya koyak ketika aksi di Stamford Bridge itu.”

Robertson menyertai Liverpool dari Hull City pada tahun 2017 dengan yuran perpindahan €9 juta. Pembelian yang sangat berbaloi yang mana nilai pemain itu kini sudah lebih dari €50 juta.

Robertson merupakan pemain penting dalam sistem Jurgen Klopp dan beliau telah berjaya menyumbangkan satu gol serta tujuh assist untuk Liverpool sepanjang musim ini di pentas premier league.

Dari 2017 sehingga kini, Andrew Robertson telah berjaya membantu Liverpool untuk menjulang beberapa Piala utama seperti liga Juara-juara, FIFA Club World Cup dan Super Cup.

Beliau juga telah berjaya membawa Liverpool ke puncak saingan liga musim ini dengan skuad the reds itu cuma memerlukan enam mata sahaja lagi untuk memenangi Piala Liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Saingan liga dijangka akan bermula tidak lama lagi dengan beberapa garis panduan yang harus diikuti untuk keselamatan semua pihak.

Liverpool cuma memerlukan dua kemenangan saja lagi untuk ditabalkan sebagai Juara sebaik saingan premier league kembali bersambung.

BACA:  "Boleh Bantu Mereka Berhenti Merokok"- Komen Robertson Selepas Dilempar Dengan Lighters