Andy Robertson telah membuktikan beliau merupakan seorang ketua yang berkaliber dan berdedikasi dengan menghadiahkan semua rakan sepasukan, serta staff skuad Scotland ketika semua tiba di padang latihan.
Beliau dengan lapang dada memberikan hadiah sebagai tanda sokongan kepada skuad kebangsaan Scotland untuk aksi saingan Euro tahun ini.
Skuad kendalian Steve Clarke telah memilih Middlesbrough sebagai destinasi untuk mereka hadapi saingan Euro pada tahun ini.
🍪, ⌚ and 🎧 – Andy Robertson treated the Scotland squad nicely pic.twitter.com/zgsDqofHjF
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 11, 2021
Scotland telah diundi untuk berada dalam kumpulan D dalam kejohanan Euro kali ini bersama England, Czech Republic dan Croatia.
Pertahanan kiri Liverpool, Robertson telah memberikan hampers bernilai lebih £900 kepada semua pemain dan staff yang terlibat dengan skuad kebangsaan Scotland.
Hadiah tersebut merupakan sekotak hampers yang mengandungi pelbagai barangan berbeza untuk setiap orang.
Antara barang yang ada dalam kotak tersebut adalah minuman ruji Scotland termasuk satu litre Irn-Bru, satu tin Tennet’s dan sebotol wiski label biru Johnnie Walker.
Robbo juga menghadiahkan kepada mereka seutas jam tangan Apple yang bernilai £379, earphones tanpa wayer berjenama Bang&Olufsen E8 Sport dan barangan peribadi Scotland edisi FIFA 21.
🎁🏴 "He’s a great guy, a great captain, and he’s the one to take us forward."
Classy gesture from Robbo 👏https://t.co/DZznKuwnMW
— This Is Anfield (@thisisanfield) June 11, 2021
Robertson memuat naik di twitter untuk berkongsi gambar kotak tersebut, sambil mengucapkan terima kasih kepada pemilik barangan tersebut atas penglibatan mereka.
Ejensi bola sepak, PLG Groupset mengagihkan kotak tersebut bagi pihak Robertson dan turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:
“Ketua pasukan Scotland, Andy Robertson, ada kejutan untuk semua pemain dan staff skuad Scotland, dengan menghadiahkan mereka sekotak hadiah unik menjelang perlawanan pembukaan pasukan pada 14 Jun nanti.”
“Bagi meraikan ulang tahun yang ke-23 tahun Scotland untuk menyertai pertandingan antarabangsa, Andy telah menyediakan hadiah yang istimewa untuk dihadiahkan kepada seluruh skuad Scotland sebagai tanda penghargaan.”
Thank you to all the brands that made this possible, very much appreciated 💙🏴 pic.twitter.com/cftsYMMkuc
— Andy Robertson (@andrewrobertso5) June 9, 2021
🎁 Kevin Nisbet says Andy Robertson gave everyone in the Scotland squad one of these gift boxes on arrival at their Euro training camp.
🏴 They include an Apple Watch, earphones and lots of Scotland related items. pic.twitter.com/ksvdHz38FX
— Andrew Maclean (@AndrewMaclean_) June 10, 2021
Hal ini telah disambut dengan sangat baik oleh para pemain Scotland dengan penyerang utama, Kevin Nisbet memuji Robertson atas usaha murninya ini.
“Ketika kami sampai, Robbo telah menyediakan hadiah yang banyak untuk kami dari diri dia sendiri, dan semuanya merupakan barangan berkait Scotland.”
Jelas Nisbet kepada Daily Mail.
“Ia sangat menyentuh hati. Ia membuatkan skuad semakin rapat. Dia seorang pemain yang hebat, dia ketua pasukan yang hebat dan pemimpin. Dia orang paling layak untuk bawa kami terus maju.”
🎁 Kevin Nisbet says Andy Robertson gave everyone in the Scotland squad one of these gift boxes on arrival at their Euro training camp.
🏴 They include an Apple Watch, earphones and lots of Scotland related items. pic.twitter.com/ksvdHz38FX
— Andrew Maclean (@AndrewMaclean_) June 10, 2021
“Semua orang rasa dihargai, kerana dia membuat semua ini atas usaha dan cara dia sendiri.”
Scotland akan memulakan aksi saingan Euro 2020 mereka bertemu Czech Republic di Hampden Park pada 14 Jun nanti.