Rojo Dedah Pergaduhan Dengan Zlatan Dan Terselamat Dari Mati Dicekik

Pemain pertahanan Manchester United yang sentiasa cedera, Marcus Rojo telah mendedahkan kisah pergaduhan beliau dengan ahli karate tahap mahaguru, Zlatan Ibrahimovic dan bagaimana beliau masih bernafas selepas dicekik.

Marcos Rojo yang berasal dari Argentina itu dalam pendedahannya memanjatkan rasa syukur selepas Jose Mourinho terpaksa meleraikan pergaduhan besar melibatkan dirinya dengan Zlatan Ibrahimovic yang semakin hilang kawalan.

Zlatan Ibrahimovic dan Marcus Rojo, kedua-duanya beraksi bersama selama dua musim di Old Trafford setelah pemain dari Sweden berpindah dari PSG ke England pada 2016.

Namun walaupun mereka berdua telah memenangi Piala Liga dan Europa League bersama-sama, ketawa bersama, menangis bersama tidak semuanya berjalan lancar dan indah.

Dan pemain antarabangsa Argentina itu mengenang kembali salah satu insiden yang berlaku di bilik persalinan yang disebabkan mulut badan binasa.

Masalah yang membawa kepada pergaduhan mula timbul apabila Rojo memanggil Zlatan Ibrahimovic dengan gelaran ‘Si hidung besar’. Satu tindakan berani.

Oleh kerana mereka ini pemain bola sepak, pergaduhan ini mula tercetus di padang bola yang membawa ke luar padang. Tak puas hati setel luar.

“Dia mahukan setiap bola. Kami sedang mendahului 1-0 di Old Trafford pada ketika itu, dan menguasai bola,” kata Rojo.

“United sedang menyukarkan lawan. Saya beraksi sebagai pemain pertahanan tengah. Saya beraksi dan harus melakukan hantaran separuh padang.

“Kemudian dia [Ibrahimovic mengundur. Saya berpeluang untuk melakukan hantaran membelah garisan lawan. Tetapi pada masa yang sama Pogba keseorangan di sebelah kiri, dan saya memberikan bola kepada beliau.

Zlatan Ibrahimovic telah naik angin dan memaki hamun selepas Marcos Rojo tidak menghantar bola kepada beliau sebaliknya kepada Paul Pogba yang suka bermain fancy tak kena tempat.

“Selepas itu Pogba mulai berlagak menunjukkan kebolehannya, dan Zlatan [Ibrahimovic] mula menyumpah seranah.

“Saya pun berkata: ‘Diamlah. Setiap hantaran pun anda mahu.” Saya menjerit agak kuat pada ketika itu. Kami menamatkan babak pertama dan kembali ke bilik persalinan.

“Di tempat duduk di bilik persalinan, saya membuka kasut but.

Pertelingkahan mulut sesama mereka tidak berakhir dipadang dan dibawa ke bilik persalinan. Zlatan masih tidak berpuas hati dan cuba melibatkan pergaduhan fizikal.

“Kemudian dia datang kemarahan dan menyepak sesuatu. Dia berhenti dan menjerit kepada saya: “Apa kau katakan kepada saya?”

“Saya juga berhenti dan berkata – ‘Apa yang kau katakan kepada saya’ – Dalam diri saya pada ketika itu mengharapkan ada rakan sepasukan yang akan meleraikan kami kerana dia boleh sahaja membunuh saya.

Dan pada ketika Rojo sudah kecut selepas acah-acah berani Mourinho memutuskan untuk masuk campur meleraikan situasi panas yang timbul antara kedua-dua pemain sebelum Rojo putus nafas.

“Dan semua pemain Inggeris, yang berbadan besar cuba meleraikan kami sebelum Mourinho datang menjerit dan menyepak botol. Bilik persalinan pada ketika itu amat bersepah.

“Semuanya bagaimanapun selesai, dan kami menang.”

Pada sangkaan Marcos Rojo semuanya telah selesai dibilik persalinan kerana sebagai pemain bola sepak profesional pergaduhan sebegini adalah normal.

Telahan Rojo meleset kerana Zlatan Ibrahimovic datang mencekik beliau dari belakang dengn jurus cekikan pematah leher. Rojo ketika itu ibarat bila keranda dibawa barulah bercucuran air mata.

“Pada keesokkannya ketika sarapan, leher saya tiba-tiba dicekik dari belakang sehingga saya tidak boleh berpusing. Dan beliau berkata – “Apa yang kau katakan kepada saya?” – dan mula ketawa.

“Nasib baiklah gerakan karate dari Zlatan itu hanyalah gurauan. Pada ketika itu saya berfikir , habislah saya. Mustahil untuk lepaskan diri.”

Marcus Rojo sekali lagi terselamat kerana itu merupakan suatu gurauan biawak daripada Zlatan Ibrahimovic dan jika perkara ini serius mungkin Rojo tidak akan berkesempatan menceritakan kisah ini.

Rojo kini berusia 31 tahun dan tampil dalam 122 perlawanan untuk United sejak menyertai kelab itu dari Sporting Lisbon pada 2014.

Namun kini semakin jelas Rojo tiada dalam perancangan Ole Gunnar Solksjaer selepas hanya tampil dalam sembilan perlawanan sejak musim lalu di bawah kendalian pengurus dari Norway itu.

BACA:  Pengurus Armenia Dakwa Wujud Masalah Antara Mkhitaryan dan Mourinho