Pasukan paling power dimuka bumi, Liverpool juara betahan dan penakluk Eropah mara selepas menang dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan E menentanG RB Salzburg dalam misi untuk untuk melayakkan diri sebagai pasukan 16 terbaik.
Kemenangan wajbd dicari RB Salzburg untuk layak dan Liverpool hanya tidak perlu tewas dan seri sudah memadai dan menang akan menjadikan mereka juara kumpulan dan tidak ke Europa League.
Napoli telah mengiringi Liverpool ke pusingan 16 terbaik, selaku naib juara kumpulan E selepas mudah menewaskan GENK empat gol tanpa balas di Stadium Sao Paolo.
The boss on…
▪️ an impressive performance
▪️ the intensity of the game
▪️ the limits for the Reds
▪️ whether he can explain Salah’s stunning finish#SALLIV | #UCL https://t.co/ga28beoo2x— Liverpool FC (@LFC) December 10, 2019
Takumi Minamino,Erling Braut Haaland dan Hwang Hee-Chan yang tidak kenal erti putus asa nyata menyusahkan baraisan pertahanan yang dikepalai Virgil van Dijk dan rakan-rakan.
Alisson Becker juga terpaksa bekerja keras dalam memastikan gawang Liverpool tidak bolos dengan percubaan daripada Takumi Minamino, Erling Braut Haaland dan Hwang Hee-Chan.
Erling Braut Haaland yang mempunyai rekod jaringan yang mengagumkan dengan 28 gol dalam 21 permainan nyata gagal menembusi Alisson Becker.
Naby Keita menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-57 melalui satu sundulan bebas yang memberi sedikit kelegaan buat Liverpool.
Kira-kira 100 saat kemudian, Mohamed Salah telah menjaringkan gol yang disebut-sebut dari sudut sukar dan dijaringkan melalui kaki yang lemah iaitu kaki kanan.
Pada separuh masa pertama Salah terlepas peluang terbaik namun berjaya menjaringkan gol yang disebut-sebut daripada sudut sukar dan melawan hukum fizik.
Ada yang masih tidak dapat fikir bagaimana Salah menjaringkan gol itu.
I’m still don’t understand how Salah finished that 😳
— _ (@lfc_allting) December 10, 2019
What a goal from Mohamed Salah!! pic.twitter.com/fzpuCNfcTR
— Samue (@SamueILFC) December 10, 2019
Malah ada yang mencadangkan supaya Mohamed Salah dianugerahkan dengan hadiah Nobel diatas jasa menjaringkan gol yang sebegitu hebat, padu dan gila.
'Salah should win Nobel Prize for Physics' – Salah's stunner helps secure Champions League progress.Mohamed Salah has sent Twitter into a spin after scoring a marvellous second goal for Liverpool in a vital Champions League game. https://t.co/LsiEhgoXzA
— Captain Fantastic8 (@nattyroons) December 11, 2019
Kalau kau tengok video ulang tayang berkali-kali dari pelbagai sudut kau akan rasa jaringan tersebut biasa-biasa saja dan sepatutnya masuk bagi pemain profesional.
Tiada apa yang berlawanan dan menentang hukum fizik dari jaringan yang dihasilkan Salah ini.
Jaringan tersebut juga merupakan gol yang ke-200 Salah sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional untuk kelab dan negaranya, Mesir.
Mohamed Salah has now scored 200 career goals 👑
🏴 Liverpool 82
🇮🇹 Roma 34
🇨🇭 Basel 20
🇪🇬 Al Mokawloon Al Arab 12
🇮🇹 Fiorentina 9
🏴 Chelsea 2🇪🇬 Egypt 41#SALLIV pic.twitter.com/kMIdgUBAna
— Goal (@goal) December 10, 2019
Pecahan 200 gol Salah bersama kelab dan negara :
Liverpool – 82 gol
Roma – 34 gol
Basel – 20 gol
Al Mokawloon Al Arab – 12gol
Fiorentina – 9 gol
Chelsea – 2 gol
Egypt – 41 gol