Pemain bola sepak Cameroon yang telah pun bersara, Samuel Eto’o telah memohon maaf atas perlakuan ganasnya selepas dia kelihatan melutut muka seorang lelaki di luar stadium Piala Dunia di Qatar.
Samuel Eto’o, 41 yang merupakan Presiden Bola Sepak Cameroon terlibat dalam pertengkaran selepas kemenangan Brazil 4-1 ke atas Korea Selatan pada malam Isnin.
Dalam tweet bertajuk “minta maaf ikhlas saya” dia berkata dia kesal atas “perbalahan ganas” dan kerana “hilang sabar dan bertindak balas dengan cara yang tidak sepadan dengan personaliti saya”.
Eto’o berkata lelaki itu “mungkin penyokong Algeria” dan mendakwa menerima “provokasi tanpa henti”, “penghinaan” dan “dakwaan menipu” daripada beberapa penyokong negara itu sejak perlawanan kontroversi antara Cameroon dan Algeria pada Mac.
Rakaman itu menunjukkan Eto’o, yang merupakan presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon, dikelilingi peminat ketika dia berjalan meninggalkan Stadium 974 di Doha.
— Samuel Eto'o (@SamuelEtoo) December 6, 2022
Dalam kenyataannya, Eto’o menulis:
“Pada 5 Disember, selepas perlawanan Brazil-Korea Selatan, saya telah bergaduh secara ganas dengan seseorang yang mungkin penyokong Algeria.”
.
“Saya ingin memohon maaf kerana hilang sabar dan bertindak balas dengan cara yang tidak sepadan dengan personaliti saya. Saya memohon maaf kepada orang ramai atas kejadian malang ini.”
.
“Saya berikrar untuk terus menentang provokasi tanpa henti dan gangguan harian beberapa penyokong Algeria. Sememangnya, sejak perlawanan Cameroon-Algeria pada 29 Mac di Blida.”
.
“Saya telah menjadi sasaran penghinaan dan dakwaan menipu tanpa sebarang bukti. Semasa Piala Dunia ini, peminat Cameroon telah diganggu dan diganggu oleh orang Algeria mengenai perkara yang sama.”
.
“Saya ingin menyebut bahawa senario kekalahan Algeria adalah kejam tetapi sangat sesuai dengan peraturan dan etika sukan kita. Semua rayuan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Algeria kepada bidang kuasa yang berwibawa telah ditolak.”
.
“Oleh itu, saya menyeru pihak berkuasa Algeria dan Persekutuan supaya mengambil tanggungjawab mereka untuk menamatkan iklim tidak sihat ini sebelum tragedi yang lebih serius berlaku.”
.
“Kepada peminat Fennecs, saya berharap mereka mendapat ketenangan dan berjaya mengatasi kekecewaan kekalahan yang menyakitkan, kini di belakang kita.”
Eto’o Mengamuk
Seorang pempengaruh media sosial You Tube atau Youtuber dari Algeria telah ditomoi dengan agak ganas lagi keras oleh Samuel Eto’o yang menyaksikan satu serangan lutut telah dilepaskan tepat ke muka.
Video bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Chelsea, Samuel Eto’o kelihatan melutut peminat di muka rakaman mengejutkan yang dikongsi di media sosial lalu menjadi tular.
Samuel Eto’o, kini merupakan presiden persekutuan bola sepak Cameroon juga merupakan pemain legenda negaranya yang telah menjaringkan 56 gol dalam 118 perlawanan diperingkat kebangsaan.
Kempem Cameroon telah berakhir di Qatar untuk Piala Dunia 2022 dan Eto’o hadir untuk menyaksikan perlawanan Brazil menumpaskan Korea Selatan 4-1 pada pusingan 16 terakhir.
👊 Agresión de Samuel Eto'o a un aficionado a la salida del partido entre Brasil y Corea
📻 #PartidazoCOPE pic.twitter.com/yZTmdD16o3
— El Partidazo de COPE (@partidazocope) December 6, 2022
Tetapi selepas perlawanan, Eto’o telah meluangkan masanya untuk berinteraksi dengan peminat. Bekas pemain berusia 41 tahun itu sedang bergambar dengan orang ramai tetapi dengan tiba-tiba naik angin.
Menurut laporan awal, tindakan Youtuber dari Algeria yang bernama Sadouni SM itu yang membuat rakaman telah menimbulkan kemarahan kepada Samuel Eto’o. Rakam pun marah? Ke Ada sebab lain?
Dalam video yang disiarkan oleh La Opinion, Eto’o pada mulanya berjalan melepasi individu itu tetapi kemudian klip itu menunjukkan dia kembali ke arahnya dalam keadaan marah.
Selepas menyedari dirinya dirakam, Eto’o telah mengejar Youtuber tersebut dan telah menolaknya ke tanah ketika orang ramai cuba meredakan keaadan.
🚨🚨🚨 Images inacceptables de Samuel Eto’o frappant un youtuber Algérien au Qatar 😡 pic.twitter.com/Yd2Qne2cgR
— Algérie Football Média 🇩🇿 (@DZFOOTBALLDZ) December 6, 2022
Ketika Eto’o kelihatan seperti berjaya ditahan orang ramai, dia kemudian menggelecek dan berjaya melepaskan diri lalu telah melepaskan satu jurus serangan maut dengan menggunakan lutut.
Bang!!! Lutut separa terbang Eto’o tepat ke muka Youtuber dari Algeria itu yang terus rebah ke tanah dan agak ajaib dia masih mampu untuk bangun serta jelas kelihatan terkejut.
Eto’o kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan tidak memberikan jawapan apabila wartawan bertanya kepadanya apa yang telah berlaku. Sementara itu, Youtuber itu dibantu untuk berdiri semula.
Tidak diketahui dengan tepat apa yang berlaku sehingga mencetuskan reaksi sedemikian daripada Eto’o, yang dikatakan ‘tidak waras’.
Le youtubeur algérien qui s'est fait agresser a décidé de porter plainte contre Etoo pour agression et pour avoir cassé sa caméra aussi. https://t.co/qp4MCf1sXh pic.twitter.com/UB6jmM0UJT
— Chebli Ishaq (@IshaqChebli) December 6, 2022
Samuel Eto’o ialah duta warisan Piala Dunia 2022 dan menyaksikan persembahan menakjubkan Brazil bersama bekas bintang NFL Chad Johnson di Stadium 974.
Menurut laporan dari wartawan bola sepak Algeria, Youtuber itu telah bertanya soalan mengenai pengadil dari Gambia bernama Bakary Papa Gassama:
“Samuel Etoo, presiden persekutuan Cameroon dengan ganas memukul Youtuber Algeria selepas dia bertanya soalan mengenai pengadil Gassama.”
YouTuber Algeria yang diserang telah memutuskan untuk memfailkan aduan terhadap Eto’o kerana menyerang dan juga merosakkan kameranya.
Gassama Punca Eto’o Lutut Ke Muka
Samuel Eto’o marah kerana Sadouni SM telah bertanya mengenai pengadil dari Gambia yang bernama Bakary Papa Gassama yang mencetuskan kontroversi dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia antara Algeria dan Cameroon.
Tetapi menurut laporan lain menyatakan Sadouni SM bukan setakat bertanya tetapi telah mengejek Eto’o dengan jeritan ‘Gassama’ dan ‘penipu’ di tempat awam. Mana tak naik angin member.
Dalam perlawanan itu, Bakary Papa Gassama telah membuat beberapa keputusan kontroversi yang sukar diterima oleh Algeria yang menyaksikan Cameroon layak dengan kemenangan 2-1.
Eto'o has been trolled by Algerian fans since Cameroon beat Algeria in WCQ
Papa Gassama's officiating in that match was seen as contentious in 🇩🇿 so fans have been yelling "Gassama" or "Cheater" at Eto'o in public
Still an inexcusable reaction for a FECAFOOT president https://t.co/m6FjSYNYIF
— Maher Mezahi (@MezahiMaher) December 6, 2022
Algeria menewaskan Cameroon 1-0 pada perlawanan pertama dan tewas pada perlawanan kedua 2-1, agregat seri 2-2 menyaksikan Cameroon layak dengan peraturan gol di tempat lawan.
Selepas perlawanan, Persekutuan Bola Sepak Algeria menghantar permintaan kepada FIFA untuk perlawanan ulangan, menyatakan prestasi pengadil tidak memuaskan.
Algeria tidak berpuas hati dengan pengadil Gambia, Bakary Gassama, yang telah membatalkan beberapa gol untuk Algeria meraih kemenangan.
I present my case to @FIFAcom regarding the second leg between Algeria-Cameroon, in which I believe arbitrary irregularities were carried out with regards to Bakary Gassama. pic.twitter.com/ecCUxzg3P4
— Dean Ammi (@AlgerianFooty) March 31, 2022
Cameroon mendahului awal, menyamakan kedudukan secara agregat. Penyerang Algeria, Islam Slimani, dibatalakn dua gol, satu kerana ofsaid dan satu kerana keputusan bola terkena tangan.
Gol itu pada asalnya dibenarkan berdiri, tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Gassama selepas dia berunding dengan Pembantu Pengadil Video atau VAR.
Algeria menjaringkan gol pada minit ke-118 untuk mendahului agregat 2-1,dan kelihatan seperti akan menuju ke Piala Dunia, tetapi Karl Toko Ekambi menjaringkan gol pada minit ke-124 untuk memberikan kemenangan kepada Cameroon dengan peraturan gol tempat lawan.
According to the Algerian press,here is the photo of the meeting between @SamuelEtoo and Bakary Gassama, referee of the Algeria – Cameroon match
This shameful press accuses Samuel Eto'o of having bribed the referee to favour Cameroon during the match. #237Showbiz #Cameroon pic.twitter.com/kFPFriEAYE
— #237Showbiz🇨🇲 (@237Showbiz) March 31, 2022
Perlawanan itu bukan kali pertama Gassama menjadi tumpuan kontroversi. Semasa kejohanan AFCON, Mesir membantah Gassama menjadi pengadil pertembungan mereka menentang Cameroon.
Bantahan Mesir tidak dilayan, Gassama terus mengadili perlawanan panas itu, melayangkan kad merah kepada jurulatih Mesir Carlos Queiroz di akhir perlawanan.
Disebalik kontroversi yang dicetuskan Gassama, dia masih dipilih FIFA untuk menjadi pengadil di Piala Dunia Qatar 2022 dan ini merupakan Piala Dunia ketiga Gassama selepas 2014 dan 2018.