Scholes Tuduh Messi Punca Garnacho Bermasalah Disiplin Awal Musim

Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes telah membuat dakwaan luar biasa, bahawa ‘bermain dengan Lionel Messi’ telah membawa kepada masalah sikap untuk Alejandro Garnacho.

Komen ini dibuat berikutan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam Liga Europa, dengan gol yang dijaringkan oleh pemain berusia 18 tahun itu. Dia bermain dengan mengagumkan

Itu adalah gol senior pertamanya untuk kelab dan ia adalah gol yang dilakukan dengan cemerlang selepas menerima bola hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo.

Walaupun ia merupakan satu lagi kemenangan yang baik untuk pasukan Erik ten Hag, namun Manchester United terpaksa berpuas hati dengan hanya menduduki tempat kedua dalam kumpulan, mereka di belakang pasukan Sepanyol.

Dan kini berdepan risiko berdepan Barcelona atau Juventus pada pusingan seterusnya.

Bagi Garnacho, terdapat dakwaan tentang masalah sikap pemain itu, yang berlaku pada permulaan musim. Dan perkara itu disahkan oleh Bruno Fernandes dalam wawancara selepas perlawanan malam tadi.

Walaupun ramai peminat Man United agak kecewa dengan komen Bruno Fernandes yang dianggap tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang pemain, namun Paul Scholes pula tampil menyambut komen itu dengan pandangan pedasnya.

Scholes juga mengambil contoh tentang permulaan yang buruk pada awal musim oleh penyerang muda United itu.

Dan kini dia berjaya mengubahnya. Erik Ten Hag juga sudah membayangkan bahawa Garnacho akan terus menjadi pemain penting United terutama sekali ketika pemain seperti Sancho dan Antony terpaksa direhatkan.

Scholes kemudian dengan pantas menuding jari kepada Lionel Messi sebagai punca masalah disiplin Garnacho.

Scholes merasakan, Garnacho mulai sedikit besar kepala selepas dipanggil dalam pasukan kebangsaan Argentina dan bermain bersama dengan Lionel Messi. Ianya telah membawa kepada masalah disiplin pemain itu.

Dia mulai merasakan bahawa dia akan menjadi pemain utama dalam pasukan Manchester United.

“Dia melakukannya dengan baik malam ini, tetapi dia tahu kami masih mengharapkan banyak daripadanya. Dia tidak memulakan yang terbaik semasa pramusim dan mungkin tidak mempunyai sikap yang sepatutnya dia ada.”

“Jelas sekali ianya tanggungjawab sangat besar untuknya pada musim panas. Dia bermain dengan Messi, dan mesti dia memikirkan bahawa dia sekarang ini menjadi sebahagian daripada pasukan [utama] ini.”

“Tetapi dia telah mengubahnya sekarang dan anda boleh lihat itu dengan persembahannya di atas padang.”

“Dia menyatakan itu itu dalam pramusim, jadi mungkin dia terlalu besar untuk kasutnya pada musim panas,” kata Scholes kepada BT Sport.

“Dia memang pergi bersama Argentina dan bermain dengan Messi, dan mungkin dia telah kembali dan berfikir ‘ini saya dan saya sebahagian daripada pasukan ini’.”

“Dia masih muda, dia akan belajar dan kita akan lihat manfaatnya,” jelas bekas pemain tengah yang dikenali dengan keupayaannya melakukan hantaran tak masuk akal di atas padang.

Garnacho telah beraksi lima kali untuk pasukan senior musim ini, tetapi juga telah menjadi sebahagian daripada pasukan B-21 bermain dalam Trofi EFL dan Liga Perdana 2.

Namun untuk membuat penampilan sulung untuk negaranya di peringkat senior, dia secara mengejutkan dimasukkan dalam 44 skuad lelaki sementara untuk Argentina untuk Piala Dunia.

Garnacho seringkali dianggap sebagai pemain muda yang bakal menjadi bintang seperti Marcus Rashford di Manchester United. Pemain akademi yang terus menjadi bintang masa depan kelab itu.

Namun harus diakui perjalanan untuk anak muda dari Argentina ini masih jauh lagi.

BACA:  Scholes Anggap Pogba Budak Bermasalah Dan Tak Layak Main Untuk Man Utd