Ferdinand: “Maaf Rooney Kau Punya Ada Kena Shinpad, Ini Baru Gol Lipat Sebenar”

Rio Ferdinand masih lagi euforia dengan gol Alejandro Garnacho ketika pemain itu menentang Everton. Di mana Garnacho melakukan gol sepakan basikal yang luar biasa.

Libasan itu menjadi inspirasi kepada kemenangan Man United ke atas Everton dan mencerahkan lagi peluang United untuk mencabar kejuaraan musim ini.

Garnacho menerima bola daripada Diogo Dalot, dia memasang kekudanya dan terus merembat masuk dengan libasan gunting.

Garnacho sendiri tak dapat menjelaskan perasaannya: “Saya sangat gembira. Itu luar biasa. Saya sendiri sebenarnya tak pasti sama ada bola itu dah masuk. Saya cuma lihat reaksi penyokong. Saya gembira gol itu masuk. Perjalanan musim ini masih panjang namun ini hebat sekali.”

Rio Ferdinand terus memuat naik tweet menyatakan bahawa anugerah gol tercantik musim ini sudah ada pemenang.

Gol itu sudah pastinya dibandingkan dengan gol ikonik Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney. Namun Ferdinand lebih suka untuk mebandingkannya dengan gol Waye

Kemudian dalam podcastnya dia meminta maaf kepada Rooney kerana menurutnya gol Garnacho ini lebih clean hit atau bukannya terbias pada betis seperti Rooney.

Ditanya sama ada dia pilih masa satu, Ferdinand berkata: “Garnacho! Satu terkena shin pad. Satu terkena betul betul pada boot. Sorry Wazza.”

“Saya masa tu kat rumah tengok dengan family saya. Dan itu macam balistik [peluru]. Itu gila.”

“Anak saya yang kecik tu sampai patah gigi dia sebab dia cuba meniru libasan itu di ruang tamu. Mungkin jutaan budak lain di dunia ini pun buat benda sama.”

“Gol itu lebih bagus daripada gol Rooney. Dia menjarakkan diri sedikit daripada gol, sudut gol itu, memang luar biasa. Momen tak masuk akal.”

“Kawan saya ada cakap Messi dah unfollow dia. Sebab dia berani bercakap, siapa GOAT, dia pilih Ronaldo, dia cakap macam tu masa kat skuad kebangsaan Argentina.”

Kemenangan itu memastikan Man United kini menjadi pasukan paling cemerlang dalam enam perlawanan terakhir. Mereka juga sudah menang 4 perlawanan di tempat lawan secara berturut turut.

BACA:  Berinspirasikan Kudus, Maksud Sebenar Di Sebalik Keraian Lepak Santai Di Papan Iklan Garnacho