Saat Bintang Muda MU Koyak Kerana Tidak Dapat Keluar Daripada Poket Asnawi Mangkualam

Bintang muda Manchetser United, Alejandro Garnacho ternyata koyak rabak apabila melakukan tackle keras terhadap Asnawi Mangkualam ketika perlawanan persahabatan di antara Argentina dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada malam tadi.]

Bersama Manchester United, Garnacho dikenali sebagai bintang muda meningkat naik dan telah berjaya menjaringkan beberapa gol untuk skuad kendalian Erik ten Hag.

Dalam perlawanan menentang Indonesia pada malam tadi Garnacho dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-60 perlawanan.

Pemain muda itu menjadi perhatian ramai ketika dimasukkan namun demikian gagal menterjemahkan penampilannya kali ini seperti yang diharapkan setelah dirantai dengan kemas oleh pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam.

Jelas sekali sorakan padu penyokong tuan rumah menjadi tonik untuk Asnawi menampilkan persembahan cemerlang sepanjang perlawanan, termasuk berperanan besar merantai gerakan penyerang sayap lincah itu.

Selepas beberapa kali gagal melepasi halangan Asnawi, Garnacho akhirnya hilang sabar.

Dalam satu situasi selepas ditackle secara kemas oleh pemain pertahanan itu, Garnacho memberikan reaksi tindak balas dengan satu tackle berbahaya ke arah Asnawi.

Mujurlah ia tidak mencederakan Asnawi dan pada ketika itu pengadil juga tenang dan hanya memberikan amaran lisan kepada pemain berusia 18 tahun itu.

Perlawanan menentang Indonesia adalah perlawanan kedua penampilan Garnacho dan sehingga kini beliau masih gagal mencetak nama sebagai penjaring.

Sebelum itu Leandro Paredes dan Cristian Romero masing-masing menjaringkan satu gol untuk membenarkan Argentina menang tipis 2-0.

Walaupun Garnacho melalui detik sukar dalam perlawanan ini kerana kehebatan Asnawi, kedua-dua pemain kemudiannya berdamai dan mengikuti satu sama lain di Instagram.

BACA:  Reaksi Alejandro Garnacho Saat Tahu MU Beri Jersi No.7 Kepada Mount