Hasilkan Jaringan Persis Wonder Goal Akrobatik Ikonik Rooney, Garnarcho Turut Siuuu Di Goodison Park

Ubi muda Manchester United Alejandro Garnacho melakukan replikasi wonder goal seperti yang pernah dilakukan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo, dan jaringan itu mungkin adalah antara yang terhebat pernah dihasilkan di dalam sejarah Premier League dalam kemenangan 3-0 ke atas Everton di Goodison Park pada tengah malam tadi.

Rata-rata penyokong United seperti dilanda histeria apabila bintang dari Argentina itu memberikan gol pendahuluan buat skuad kendalian Erik ten Hag seawal minit ke-3 perlawanan.

Jaringan tersebut dihasilkan bermula dengan hantaran cukup sempurna oleh Diogo Dalot ke dalam kota penalti sebelum Garnacho menyudahkannya dengan jurus akrobatik dari jarak 15 meter untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan England, Jordan Pickford.

Jaringan tersebut dianggap magis oleh pemain berusia 19 tahun itu menyebabkan waktu di Goodison Park seolah-olah terhenti.

Jaringan tersebut begitu menyamai jaringan ikonik Wayne Rooney ketika membantu Manchester United menewaskan seteru setempat mereka Manchester City pada 2011.

Garnacho kemudiannya menyambut jaringan tersebut dengan keraian Siuu yang dipopularkan oleh idolanya Cristiano Ronaldo.

Gary Neville yang bertugas melakukan ulasan untuk Sky Sports kemudiannya berkata:

“Saya berpendapat itulah jaringan overhead kick terbauk pernah saya lihat!”

Setakat ini pemain muda itu telah menjaringkan 7 gol dan menghasilkan 5 assist daripada 53 penampilan untuk United dalam semua pertandingan.

Jaringan tersebut juga hampir pasti akan diberikan anugerah Gol Terbaik Premier League untuk bulan November ini.

Penyokong Man United yang kagum dengan kualiti jaringan tersebut turut menganggap ia lebih sempurna daripada jaringan yang pernah dihasilkan oleh Rooney dan Ronaldo.

Ronaldo turut pernah menghasilkan jaringan akrobatik sedemikian ketika beraksi bersama Real Madrid dalam perlawanan menentang Juventus lima tahun lalu.

Dalam perlawanan pada malam tadi, United turut menambah jaringan melalui sepakan penalti Marcus Rashford pada minit ke-56 perlawanan selepas Anthony Martial dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan.

Walaupun Everton cuba kembali ke dalam perlawanan melalui beberapa ancaman berbahaya, Red Devils kemudiannya melebarkan kelebihan kepada 3-0 hasil jaringan Martial yang menyempurnakan lorongan kemas Bruno Fernandes.

BACA:  Lukaku Mahu Rekod Jaringannya Lebih Dihormati