Sebab Mengapa Marcelo Bielsa Lebih Berhak Dihormati Berbanding Pengurus EPL Lain

Bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa dipuji oleh penyampai Sky Sports, Michael Bridge kerana tidak mengeluh dan mampu menguruskan skuad dengan baik walau berdepan masalah kekurangan pemain.

Leeds United merupakan pasukan yang paling teruk dilanda krisis kekurangan pemain yang terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan sakit (positif C0V-19).

Walau bagaimanapun, Marcelo Bielsa langsung tidak pernah mengeluh dan sentiasa akur sahaja untuk tetap menurunkan skuadnya beraksi mengikut jadual yang ditetapkan.

Penghujung November hingga hujung Disember tahun lalu, merupakan detik paling sukar untuk Leeds United dengan mereka ketika itu terpaksa memanggil pemain dari skuad akademi untuk sertai skuad senior.

Beberapa kelab lain dalam saingan Premier League turut berdepan masalah sama dan rata-rata dari mereka meminta untuk perlawanan mereka ditangguhkan.

Kebanyakan dari mereka mengalami masalah kecederaan pemain dan masalah pemain positif C0V-19, namun tidak seteruk apa yang dilalui oleh Leeds United.

Mengapa Bielsa berhak dipuji? Ia kerana beliau tidak meminta untuk menangguhkan perlawanan dan mengikut sahaja segala jadual yang ditetapkan.

Ada satu ketika, Leeds ketika itu dijadualkan bakal turun beraksi bertemu Arsenal pada Disember tahun lalu dan mereka ketika itu memiliki hanya sembilan sahaja pemain senior yang boleh diturunkan.

Hal itu memaksa Marcelo Bielsa untuk menurunkan pemain right back berusia 20 tahun, Cody Drameh dan pemain muda berusia 19 tahun, Joe Gelhardt dalam kesebelasan utamanya.

Dengan 10 pemain terpaksa menjalani rawatan, Bielsa terpaksa menamakan pemain berusia 15 tahun, Archie Gray dalam senarai pemain simpanan skuadnya pada ketika itu.

Leeds United dalam perlawanan itu terpaksa akur dengan kekalahan 4-1 si tangan skuad kendalian Mikel Arteta, namun mereka tetap mampu mempamerkan aksi persembahan yang menghiburkan.

Leeds pamer aksi permainan yang sungguh menakjubkan pada aksi babak kedua dengan mereka turut berjaya menjaringkan gol menerusi Raphinha.

Pada hari yang sama juga, kebanyakan perlawanan lain dalam saingan Premier League terpaksa ditangguhkan kerana kelab tidak mempunyai pemain yang cukup untuk bermain.

Ya, walau mereka tidak berdepan masalah sama seperti Leeds, namun mereka masih takut untuk menurunkan skuad terbaik dan memilih untuk meminta Premier League menangguhkan perlawanan.

Bielsa ketika itu menegaskan yang beliau sebenarnya bersetuju untuk Leeds tetap turun beraksi walau skuadnya mengalami masalah kekurangan pemain, kerana beliau tidak mahu mengganggu perjalanan liga.

Ironinya, tidak lama selepas itu Arsenal yang membelasah Leeds 4-1 itu meminta kepada Premier League agar menangguhkan perlawanan mereka bertemu Tottenham Hotspur, hanya kerana ada dua pemain yang disahkan positif.

“Saya perlu katakan, ketika pengurus lain meminta perlawanan mereka ditangguhkan, Marcelo Bielsa tenang meletakkan pemain berusia 15 tahun dalam senarai pemain simpanan dia dan saya tak dengar dia mengeluh. Dia jenis orang yang ikut saja apa yang berlaku.”

Jelas Bridge kepada GivemeSport.

Bila Kalvin Phillips dan Patrick Bamford boleh diturunkan?

Masalah kecederaan Leeds United semakin berkurangan sejak tamat aksi bertemu Arsenal, namun mereka masih turun tanpa kehadiran beberapa pemain utama sehingga ke hari ini.

Lima pemain utama mereka terpaksa diketepikan ketika aksi kekalahan besar di tangan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu dengan Liam Cooper, Kalvin Phillips dan Patrick Bamford masih lagi sedang menjalani rawatan.

Terdapat laporan dari The Athletic yang melaporkan bahawa Kalvin Phillips dan Patrick Bamford yang dianggap antara pemain terbaik Leeds bersama Raphinha, dijangka akan kembali beraksi ketika aksi bertemu Aston Villa di Elland Road pada 10 Mac nanti.

Walau bagaimanapun, ketika Bielsa terlibat dengan temu bual terakhirnya sebelum beliau meninggalkan kelab, beliau masih belum mengumumkan bila tarikh sebenar kedua-dua pemain itu akan boleh kembali beraksi.

Leeds United bakal sekali lagi berdepan jadual yang padat dan perlawanan yang sukar selepas mereka sebelum ini beberapa kali dibelasah dalam saingan Premier League.

Kehadiran dua pemain tersebut jelas sekali sangat diperlukan agar mereka mampu untuk mengelak dari berdepan kekalahan yang teruk.

Sumber: GMS

BACA:  Bielsa Mengaku Hantar 'Spy' Intip Sesi Latihan Derby County