Senarai Penuh Pemenang Anugerah Piala Dunia 2022

Senarai penuh pemenang anugerah Piala Dunia 2022 telah pun diketahui selepas Argentina telah dinobatkan sebagai juara buat kali ketiga dalam sejarah kejohanan selepas mengatasi Perancis.

Antara anugerah peribadi yang diberikan kepada pemain terbaik memenuhi kriteria adalah Golden ball, golden boot, golden glove dan FIFA Young player trophy.

Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan FIFA 2020, hadiah wang Piala Dunia FIFA Qatar 2022 berjumlah USD 440 juta tukaran semasa bernilai RM1.815 bilion.

• Juara: USD 42 juta

• Naib Johan: USD 30 juta

• Tempat ketiga: USD 27 juta

• Tempat keempat: USD 25 juta

• Tempat ke-5-8: USD 68 juta (USD 17 juta setiap pasukan)

• Tempat ke-9-16: USD 104 juta (USD 13 juta setiap pasukan)

• Tempat ke-17-32: USD 144 juta (USD 9 juta setiap pasukan)

Secara ringkas inilah kedudukan empat pasukan terbaik Piala Dunia 2022:

Juara – Argentina
Naib Juara – Perancis
Ketiga – Croatia
Keempat – Maghribi

FIFA Fair Play Award: England

Golden Ball

Lionel Messi telah memenangi Golden Ball atau Bola Emas adidas untuk Piala DuniaQatar 2022, dengan Kylian Mbappe dan Luka Modric memenangi Bola Perak dan Gangsa.

Lionel Messi telah menjadi orang pertama dalam sejarah memenangi Bola Emas adidas dua kali di Piala Dunia FIFA. ‘La Pulga Atomica’ memberikan tujuh gol dan tiga assist, mencipta pelbagai rekod dan membantu Argentina memenangi trofi itu buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun di Qatar 2022.

Lionel Messi memenangi Bola Emas di Brazil 2014, di mana dia membantu Argentina menamatkan naib juara.

Dengan gol di Final, Lionel Messi menjadi pemain pertama yang pernah menjaringkan gol dalam peringkat kumpulan, Pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan Final itu sendiri dalam sejarah Piala Dunia FIFA.

Golden Boot

Kylian Mbappe telah memenangi Kasut Emas adidas di Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Penyerang Perancis itu menjaringkan lapan kali, lebih satu daripada Lionel Messi, yang mengumpul But Perak. Dengan empat gol Olivier Giroud merampas Kasut Gangsa.

Mbappe menjaringkan tiga gol dalam peringkat kumpulan dan lima dalam fasa kalah mati, termasuk hatrik pada perlawanan akhir, yang mana Perancis akhirnya tewas menerusi sepakan penalti.

Dia menjadi pemain kedua yang menjaringkan lebih daripada enam gol sejak 1974. Ronaldo juga telah menjaringkan lapan gol untuk Brazil pada 2002.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mengumpulakn 12 gol Piala Dunia secara keseluruhan, hanya kurang satu daripada rekod Perancis yang dipegang oleh Just Fontaine.

Golden Boot – Klyian Mbappe (Perancis)
Silvere Boot – Lionel Messi (Argentina)
Bronze Boot – Olivier Giroud (Perancis)

Golden Glove

Emiliano Martinez dari Argentina telah dianugerahkan Sarung Tangan Emas Piala Dunia FIFA berikutan kepahlawanannya untuk La Albiceleste semasa larian bersejarah mereka ke Final.

Disepanjang tujuh perlawanan Piala Dunia 2022, Emiliano telah melalui tiga perlawanan tanpa bolos dan telah memberikan Argentina ketenangan dan kestabilan di bahagian belakang.

Namun anugerah ini bukan dinilai kepada jumlah perlawanan terbanyak tanpa bolos atau clean sheet namun dinilai prestasi sepanjang kejohanan dan pecabar terdekat Martinez adalah Dominik Likakovic (Croatia) dan Yassine Bounou (Maghribi).

Emiliano Martinez Dominik Likakovic dan Yassine Bounou mempunyai persamaan yang nyata merupakan pakar penyelamat sepakan penalti yang sangat dominan di penentuan sepakan penalti sepanjang Piala Dunia 2022.

Best Young Player

Anugerah Best Young Player di Piala Dunia 2022 menjadi milik pemain muda Argentina, Enzo Jeremias Fernandez yang bermain di posisi tengah.

Di Piala Dunia 2018 ketika Perancis muncul juara, Kylian Mbappe merupakan pemenang Best Young Player yang memberi pengiktirafan kepada pemain muda

Anugerah Pemain Muda FIFA telah dianugerahkan buat kali pertama pada Piala Dunia 2006 di Jerman dan diberikan kepada Lukas Podolski dari Jerman.

Anugerah itu diberikan kepada pemain terbaik dalam kejohanan yang berusia paling lama 21 tahun.

BACA:  10 Pemain Bola Sepak Yang Pernah Jatuh Miskin Dan Ada Yang diisytiharkan Muflis