Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia Yang Meningkat Nilai Pasarannya

Seperti biasa apabila tamatnya Piala Dunia akan terjadilah peningkatan harga yang berganda-ganda dari pemain bintang yang menyajikan aksi yang mengagumkan disepanjang kejohanan itu.

Pemain bintang pasti berganda-ganda harga yang tidak masuk akal begitu juga dengan pemain berpotensi berjaya membuktikan kehebatan serta pemain yang tiba-tiba menyinar akan menjadi rebutan.

Dalam senarai 25 pemain terbaik yang menyaksikan peningkatan nilai pasaran mereka selepas Piala Dunia telah didedahkan, dengan tiga pemain bernilai lebih €100 juta.

Transfermarkt yang merupakan platform yang memberi nilai pasaran harga semasa pemain telah menamakan dan meletakkan pemain yang nilai pasarannya meningkat selepas kejohanan di Qatar.

β€œPiala Dunia adalah jendela paparan untuk pemain dengan perhatian seluruh dunia mengenainya,” jelas ketua antarabangsa Transfermarkt Christian Schwarz.

β€œKami hanya memberi perhatian kepada pemain, yang menunjukkan peningkatan ketara dan/atau berjaya menerima tumpuan antarabangsa yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan minat terhadap pasaran perpindahan – akibatnya, kemas kini nilai pasaran Piala Dunia ini hanya akan merangkumi peningkatan.”

Daripada kajian mengikut kaedah Transfermarkt, Kylian Mbappe mendahului senarai selepas membintangi Perancis, menjaringkan lapan gol. Dia telah diberikan nilai pasarang sebanyak €180 juta.

Erling Haaland adalah pemain paling berharga di planet ini dari 3 November hingga 23 Disember. Pemain Norway itu mengambil tempat daripada Kylian Mbappe, menamatkan dominasi superstar Perancis itu di peringkat teratas.

Tetapi Mbappe kini menyerang balik, melihat nilai pasarannya meningkat daripada €160 juta kepada €180 juta selepas memenangi Kasut Emas di Piala Dunia, membimbing pasukannya sehingga ke final,

Duo England, Jude Bellingham dan Bukayo Saka adalah dua pemain lain yang diberi nilai pasaran sembilan angka. Pemain tengah Borussia Dortmund, yang banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, mempunyai nilai €110 juta mendahului Saka, yang bernilai €100 juta.

Rakan sepasukan antarabangsa Mbappe, Aurelien Tchouameni mempunyai nilai pasaran €90 juta. Pemain pertahanan Croatia, Josko Gvardiol adalah pemain pertahanan yang bernilai €75 juta mengatasi pertahanan kanan Maghribi, Achraf Hakimi, yang mempunyai nilai €70 juta.

Theo Hernandez, Cristian Romero, Cody Gakpo dan Dayot Upamecano membentuk sepuluh teratas, semuanya bernilai €60 juta.

Enzo Fernandez menyaksikan nilai pasarannya meningkat daripada €35 juta kepada €55 juta, menjadikannya pemenang nilai pasaran terbesar pada 2022.

Ditandatangani untuk hanya sekitar €12m dari River Plate musim panas lalu oleh Benfica yang bakal meraih keuntungan dalam jendela perpindahn jika ada kelab mahu mengaktifkan klausa pelepasan Enzo Fernandez yang bernilai €120 juta pada bulan Januari.

Julian Alvarez juga berpindah dari River Plate Manchester City pada harga Β£14.1 juta dengan kontrak 5 tahun setengah. Kini nilai pasarannya meningkat daripada €32 juta kepada €50 juta.

Alexis Mac Allister, Randal Kolo Muani, Goncalo Ramos, Emiliano Martinez dan Sofyan Amrabat, antara bintang Piala Dunia yang lain, turut tampil.

Lionel Messi tiada dalam senarai ini namun telah menjadi pemain berusia 34 tahun ke atas paling mahal di muka bumi.

1. Kylian Mbappe (PSG/France) – €180 juta

2. Jude Bellingham (Borussia Dortmund/England) – €110 juta

3. Bukayo Saka (Arsenal/England)- €100 juta

4. Aurelien Tchouameni (Real Madrid/France) – €90 juta

5. Josko Gvardiol (RB Leipzig/Croatia) – €75 juta

6. Achraf Hakimi (PSG/Morocco) – €70 juta

7. Theo Hernandez (AC Milan/France) – €60 juta

8. Cristian Romero (Tottenham/Argentina) – €60 juta

9. Cody Gakpo (PSV/Netherlands) – €60 juta

10. Dayot Upamecano (Bayern Munich/France) – €60 juta

11. Richarlison (Tottenham/Brazil) – €55 juta

12. Enzo Fernandez (Benfica/Argentina) – €55 juta

13. Julian Alvarez (Man City/Argentina) – €50 juta

14. Alexis Mac Allister (Brighton/Argentina) – €42 juta

15. Rodrigo de Paul (Atletico Madrid/Argentina) – €40 juta

16. Randal Kolo Muani (Frankfurt/France) – €37 juta

17. Marcus Thuram (Borussia Monchengladbach/France) – €32 juta

18. Goncalo Ramos (Benfica/Portugal) – €30 juta

19. Noussair Mazraoui (Bayern Munich/Morocco) – €28 juta

20. Emiliano Martinez (Aston Villa/Argentina) – €28 juta

21. Adrien Rabiot (Juventus/France) – €25 juta

22. Sofyan Amrabat (Fiorentina/Morocco) – €25 juta

23. Yunus Musah (Valencia/USA) – €25 juta

24. Piero Hincapie (Bayer Leverkusen/Ecuador) – €25 juta

25. Nahuel Molina (Atletico Madrid/Argentina) – €22 juta

BACA:Β  5 Atlet Wanita Tercantik Di Dunia