5 Atlet Wanita Tercantik Di Dunia

David Beckham merupakan seorang legenda bola sepak yang paling digilai oleh para wanita sejak dahulu hingga kini.

Selain memiliki wajah yang kacak, beliau juga mempunyai personaliti yang menarik, Beckham sentiasa mementingkan penampilan beliau terutama rambutnya.

Beckham bukan saja dikatakan sebagai pemain bola sepak paling kacak, bahkan beliau turut dinamakan sebagai atlet paling kacak didunia.

Jika David Beckham dinamakan sebagai atlet lelaki paling kacak di dunia, siapa pula atlet wanita paling cantik di dunia?

Cantik ini skopnya terlalu meluas, setiap orang mempunyai penilaian mereka sendiri tentang kecantikan seseorang.

Ada yang menilai kecantikan dari sudut pandangan wajah, ada yang menilai dari sudut potongan badan, ada yang menilai dari penampilan dan ada juga yang menilai dari perwatakan.

Jadi cantik di mata kita tidak semestinya sama cantik di mata orang lain, benar bukan?

Hasil penilaian dari beberapa pakar kecantikan seluruh dunia, mereka telah menyenaraikan lima atlet wanita paling cantik di dunia.

Penilaian dilakukan dari semua segi terutama paras rupa, berikut senarai lima atlet wanita tercantik di dunia.

5.) Allison Stokke-Pole Vault

Stokke merupakan seorang atlet lompat bergalah untuk Negara Amerika. Beliau mula menceburi dunia sukan ini sejak zaman persekolahannya lagi.

Beliau telah berjaya memecahkan pelbagai rekod ketika beraksi di peringkat Universiti sehingga ditabalkan sebagai atlet paling cemerlang untuk Universiti Of California, Berkeley.

View this post on Instagram

Track daze // 📷: @onexwonder

A post shared by Allison Stokke Fowler (@allisonstokke) on

Stokke turut mencuba nasib untuk layak ke Olimpik Musim Panas London 2012, namun tidak berjaya kerana aksi kurang memuaskan beliau dalam kelayakan Olimpik U.S.

Kecantikan atlet ini menjadi tarikan apabila namanya mula disebut-sebut di sosial media. Kecantikan beliau turut menjadikan Stokke atlet yang lebih baik.

Selain menjadi atlet, dek kerana mempunyai kecantikan yang luar biasa, beliau turut menjadi model pakaian sukan.

4.)  Skylar Diggins-WNBA

Diggins merupakan seorang bekas atlet terkenal di sebuah Universiti South Bend. Beliau dikenali sebagai Indiana Miss Basketball di sana.

View this post on Instagram

Can't wait till she back on the court #4

A post shared by Skylar Diggins (@_skylardiggins_) on

Antara pencapaian terbaik beliau ketika peringkat Universiti adalah, National Gatorade Player Of The Year, Gatorade Female Atlete Of The Year, McDonald’s All American dan bermacam lagi.

Diggins memainkan peranan sebagai penjaga gol untuk Notre Dame, di mana beliau mengetuai pasukan itu untuk tiga Final Fours dan dua kejohanan NCAA berturut-turut.

Beliau beraksi dalam WNBA sejak tahun 2013 bersama pasukan Tulsa Shock dan The Dallas Wings. Namun kerjayanya terhenti seketika pada tahun 2015 kerana mengalami kecederaan ACL.

Selain bermain bola keranjang beliau juga merupakan model sambilan untuk Nike dan turut terlibat sebagai penemuramah di ESPN.

3.)  Maria Sharapova-Tenis

Maria Sharapova merupakan seorang pemain wanita terbaik dunia tenis sejak 15 tahun lalu. Mungkin sekarang beliau tidak secantik dahulu, tetapi ketika usia remaja beliau antara atlet tercantik di dunia.

Tetapi walau di usia begini beliau masih lagi antara atlet tercantik di dunia. Beliau telah berjaya memenangi kesemua acara Grand Slam dalam sepanjang kariernya.

Sharapova turut berjaya memenangi pingat perak di sukan Olimpik. Kes kontroversi beliau pada tahun 2016 ketika terbuka Australia menyebabkan beliau digantung dua tahun dari bermain tenis.

Selain menjadi atlet tenis, Maria Sharapova turut menjadi model untuk syarikat gergasi seperti Canon dan Nike.

2.)  Paige Spiranac-Golf

Spiranac merupakan salah seorang pemain golf profesional bersama San Diego Universiti Golf Team.

Beliau telah menyertai dua acara Ladies European Tour dan berjaya memenangi Cactus Tour.

Spiranac merupakan atlet paling terkenal di media sosial. Beliau juga pernah beraksi untuk University of Arizona dan San Diego State University, beliau turut menerima penghargaan dalam Persidangan Barat All-Mountain pada musim 2012/13 dan 2013/14.

Kini beliau sering memuat naik video mengajar cara bermain golf di laman Instagramnya, jadi siapa berminat nak belajar boleh singgah ke Instagram beliau.

1.) Sabina Altynbekova – Bola Tampar

Atlet wanita tercantik di dunia jatuh kepada Sabina Altynbekova. Beliau merupakan seorang atlet bola tampar untuk pasukan kebangsaan Kazakhstan.

View this post on Instagram

S. 🦋

A post shared by Sabina Altynbekova | S20 🦋 (@altynbekova_20) on

Mempunyai ketinggian 182 cm serta berat 59kg cukup untuk menunjukkan betapa cantik dan menariknya potongan badan beliau.

Sabina mula dikenali ketika beliau mewakili pasukan kebangsaannya dalam Asean Volleyball U-19 di Taipei.

Kecantikan paras rupa dan ketinggian yang dimiliki menjadikan beliau sebagai tarikan media ketika itu dan banyak gambar-gambar Sabina dalam kejohanan itu juga turut menular di media sosial.

Jadi tiada satu hal pon yang boleh dijadikan alasan untuk menidakkan fakta bahawa Sabina adalah atlet wanita tercantik di dunia.

BACA:  Senarai Pemain Bola Sepak Terkaya 2022, Mbappe Mendonia!