Senarai Pemain Bola Sepak Terkaya 2022, Mbappe Mendonia!

Takhta pemain bola sepak paling kaya di muka bumi ini bagi tahun 2022 tidak lagi menjadi milik Lionel Messi mahupun Cristiano selepas senarai terbaru dikeluarkan oleh Forbes.

Pemain yang berkuasa pemilik yang ditawarkan kontrak lumayan Kylian Mbappe laju memanjat carta kekayaan untuk berada di tempat pertama.

Walaupun telah hilang tempat sebagai pemain bola sepak paling kaya di bumi ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masih lagi meraih pendapatan tidak kurang $100 juta kurang lebih RM460 juta.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi meraih pendapatan pertama melepasi paras $100 juta adalah pada tahun 2018 ketika usia mereka sudah memasuki 30-an.

Namun Kylian Mbappe tidak memerlukan masa yang panjang untuk meraih pendapatan lebih $100 juta juta hanya pada usia 23 tahun.

Kebiasaannya pendapatan diraih pemain adalah jumlah anggaran dari kontrak semasa, bonus, penajaan, hak imej dan juga perniagaan yang mereka ceburi.

Marilah kita menyelusuri senarai 10 pemain bola sepak terkaya bagi tahun 202 dan dari mana datangnya pendapatan mereka ini:

1. Kylian Mbappe – $128 juta

Secara kasarnya, Forbes telah membuat jangkaan bahawa Kylian Mbappe bakal meraih pendapatan sebanyak $128 juta bagi musim 2022/23 sebelum cukai dan juga yuran ejen.

Pendapatan utama diraih Kylian Mbappe ini datangnya dari hasil pusingan U yang dilakukan ketika hampir saja ke Real Madrid namun memilih untuk kekal.

Mbappe telah menandatangan kontrak lanjutan selama tiga tahun lagi bersama pasukan Kota Paris itu dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga merayu untuk Mbappe kekal.

Di bawah syarat perjanjiannya, MbappΓ© akan meraih kira-kira $110 juta antara gajinya dan bahagian bonus tandatangannya untuk musim ini, menurut kiraan pakar industri.

Itu adalah tambahan kepada anggaran sokongan tahunan sebanyak $18 juta yang MbappΓ© peroleh daripada rakan kongsi yang stabil melalui tajaan termasuk Nike, Dior, Hublot, Oakley dan Panini.

Minatnya di luar padang tidak berakhir di situ, MbappΓ© baru-baru ini muncul di muka depan permainan video FIFA EA Sports untuk tahun ketiga berturut-turut dan turut mengasaskan syarikat pengeluarannya sendiri, Zebra Valley dan menyertai platform NFT fantasi Sorare sebagai duta dan pelabur.

MbappΓ© enggan menyertai sesi pegambaran dan aktiviti penaja lain sebagai protes terhadap perjanjian hak imej pasukan kebangsaan Perancis dengan pemainnya.

Persekutuan Bolasepak Perancis telah mengumumkan akan mengkaji semula perkara itu dan perkara ini boleh meningkatkan lagi pendatapan Mbappe.

Pendapatan Dalam Padang – $110 juta
Pendapatan Luar Padang – $18 juta

2. Lionel Messi $120 juta

Lionel Messi yang agak tenggelam dalam musim pertamanya di PSG kini seperti telah kembali ke prestasi asal dengan sentuhannya magisnya dapat dinikmati peminat bola sepak.

Musim debut Messi bersama PSG jauh rendah dari tahapnya namun kehadiran Lionel Messi selepas setahun telah menjana pendapatan buat kelab sebanyak Β£700 Juta melalui nilai komersinya.

Lionel Messi telah meraih pendapatan yang agak lumayan di luar padang yang mencecah $55 juta dan menurut pakar industri angka itu akan meningkat sebanyak 20% jika Messi berjaya membawa Argentina memenangi Piala Dunia.

Bintang berusia 35 tahun itu secara terbuka mengatakan Qatar 2022 β€œpasti” akan menjadi Piala Dunia terakhirnya. Dia juga dikhabarkan akan mempertimbangkan untuk kembali ke FC Barcelona, di mana dia menghabiskan 17 tahun pertama karier seniornya.

Pendapatan Dalam Padang – $65 juta
Pendapatan Luar Padang – $55 juta

3. Cristiano Ronaldo – $100 juta

Walaupun masa bermain berkurangan secara mendadak lantaran peningkata usia yang sejajar dengan penurunan prestasi, Ronaldo ialah pemain bola sepak yang berpendapatan tertinggi di dunia di luar padang.

Pendapatan Ronaldo sebagai pemain bola sepak tidak setinggi dengan pendapatan sampingan diraihnya melalui rakan kongsi dan penajaan seperti Nike, Herbalife dan Livescore.

Ronaldo adalah contoh terbaik pemain yang mempunyai nilai komersil yang tinggi yang mampu menarik minat penaja dan juga boleh menjatuhkan saham syarikat seperti dialami Coca-Cola.

Ronaldo juga mempunyai 486 juta pengikut yang mengagumkan di Instagram dan bayaran untuk satu post di Instagram adalah antara yang tertinggi di dunia.

Pendapatan Dalam Padang – $40 juta
Pendapatan Luar Padang – $60 juta

4. Neymar Jr.- $87 juta

Neymar mencipta sejarah pada 2017 dengan rekod perpindahan $263 juta ke Paris Saint-Germain. Pada Mei 2021 ada cubaan menyingkir Neymar tetapi tidak menjadi kenyataan.

Neymar disambung kembali kontrak dan akan kekal sehingga 2025. Neymar kembali cemerlang musim ini dan berjaya menambah Ooredoo Group sebagai penaja sebelum Piala Dunia.

Pendapatan Dalam Padang – $55 juta
Pendapatan Luar Padang – $32 juta

5. Mohamed Salah – $53 juta

Mohamed Salah mendapat pendapat kasar sebanyak $53 juta dan sebahagian besarnya datang daripada lanjutan kontrak baharu selama 3 tahun untuk terus kekal di Anfield hingga 2025.

Kontrak Mohamed Salah bersama adidas sebagai bintang global antara sumber pendapatan yang datang dari luar padang dan jika Mesir berjaya layak ke Piala Dunia pasti akan ada peningkatan tambahan diraih Salah.

Pendapatan Dalam Padang – $35 juta
Pendapatan Luar Padang – $18 juta

6. Erling Haaland – $39 juta

Sensasi baru Premier League, Erling Haaland yang terus menggegarkan bumi England sejak awal musim yang setakat ini telah mencipta 3 hatrik kurang 10 perlawanan.

Ketika ini pendapatan Haaland hampir keseluruhannya datang daripada gajinya bersama Manchester City yang dilaporkan setinggi RM4 juta seminggu atau kurang lebih $900 ribu seminggu.

Forbes menganggarkan Haaland memperoleh $4 juta dalam bentuk penajaan setiap tahun daripada penaja seperti Hyperice, Samsung dan Viaplay, tetapi jumlah itu dijangka meroket meningkat.

Laporan melaporkan perjanjian kasut Haaland seterusnya boleh bernilai sebanyak $18 juta setiap tahun. Perjanjiannya sebelum ini dengan Nike tamat tahun ini.

Pendapatan Dalam Padang – $35 juta
Pendapatan Luar Padang – $4 juta

7. Robert Lewandowski – $35 juta

Robert Lewandowski akhirnya beralih arah ke Liga Sepanyol selepas sedekad bertani di Bundesliga bagi mencari cabaran baru bersama Barcelona dengan nilai perpindahan sekitar $45 juta.

Perpindahan ini membolehkan Lewandowski menikmati pendapatan $27 juta dari perjanjian itu dan meneruskan ketajaman di depan gol seperti tahun-tahun sudah.

Warganegara Poland itu ditaja oleh Nike dan mempunyai rangkaian pakaian β€œRL9” sendiri. Tahun ini, beliau menamatkan perjanjian jangka panjang dengan Huawei.

Pendapatan Dalam Padang – $27 juta
Pendapatan Luar Padang – $8 juta

8. Eden Hazard – $31 juta

Eden Hazard yang tiada perkembangan dan aksi membanggakan sepanjang 4 musim bersama Real Madrid lantaran kecederaan berada dikedudukan kelapan dengan pendapatan $31 juta.

Pemain Belgium ini hanya menjaringkan 6 gol dalam 72 perlawanan La Liga dan juga Champions League yang memberi definisi sebenar kepada istilah makan gaji buta.

Pendapatan Dalam Padang – $27 juta
Pendapatan Luar Padang – $4 juta

9. AndrΓ©s Iniesta – $30 juta

Legenda Barcelona, Andreas Iniesta yang kini beraksi di Jepun bersama Vissel Kobe agak mengejutkan untuk berada dalam senarai 10 teratas dan diusia 38 tahun masih lagi meraih pendapatan $30 juta.

Andreas Iniesta melancarkan jenama pakaian sukannya sendiri pada September yang dipanggil Capitten, ia memulakan produknya dengan pelancaran edisi terhad dan menyasarkan pasaran Jepun.

Iniesta juga akan muncul dalam dokumentari mengenai Piala Dunia FIFA.

Pendapatan Dalam Padang – $25 juta
Pendapatan Luar Padang – $5 juta

10. Kevin De Bruyne – 29 juta

Pemain perancang yang berbisa yang menjadi punca suapan kepada jaringan Haaland ini mempunyai ikatan kontrak bersama 11 jenama termasuklah Nike, Wow Hydrate, Credit Karma dan Therabody.

Pendapatan Dalam Padang – $25 juta
Pendapatan Luar Padang – $4 juta

BACA:Β  10 Bekas Pemain Yang Kembali Ke Kelab Sebagai Pengurus