Seorang Lagi Atlet Judo Tak Mahu Kotorkan Tangannya Bertemu Atlet Israel

Seorang lagi atlet judo menarik diri dari sukan Olimpik Tokyo kerana beliau dijadualkan akan bertemu dengan atlet dari Israel.

Ini merupakan kali kedua atlet judo kategori 73kg menarik diri atas alasan yang sama dengan kedua-dua atlet tidak mahu beraksi bertemu atlet Israel.

Pihak penganjur telah mendedahkan yang atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool tidak hadir ketika aksi pertemuan bertemu Tohar Butbul di pusingan 32 semalam, walaupun beliau ada ketika sesi timbang berat sebelum itu.

Abdalrasool turut menggunakan alasan yang sama seperti Nourine Fethi yang mana kedua-dua mereka turut mahu bersolidariti untuk Palestin.

Yayasan Judo antarabangsa tidak terus mengumumkan alasan mengapa Abdalrasool tak mahu bertanding dan pihak penganjur juga menolak untuk menjawab pertanyaan berkait hal tersebut.

Abdalrasool jadi atlet kedua menarik diri selepas Nourine

Kesatuan Olimpik Sudan sendiri tidak terus mengeluarkan kenyataan berkait insiden tersebut dan memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu.

Abdalrasool sepatutnya dijadualkan bertemu atlet dari Algeria, Fethi Nourine sebelum ini, namun Nourine terlebih dahulu sudah menarik diri kerana pemenang pertemuan antara mereka akan bertemu atlet Israel, Butbul di pusingan 16.

Nourine mendedahkan yang beliau tidak mahu beraksi bertemu Butbul kerana beliau mahu memberikan solidariti kepada Palestin.

Fethi Nourine tak mahu kotorkan tangan

Atlet Algeria, Fethi Nourine telah dihantar pulang dan digantung oleh Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF), selepas beliau membuat keputusan untuk menarik diri dari Sukan Olimpik kerana berpotensi akan bertemu lawan dari Israel.

Fethi Nourine menyatakan yang sokongan beliau terhadap perjuangan Palestin menyebabkan sukarnya untuk beliau beraksi bertemu Tohar Butbul.

Beliau dengan tegas menyatakan kepada Algerian TV bahawa dirinya tidak akan pernah mengotorkan tangannya sendiri dan keputusannya sudah muktamad.

“Kami bekerja keras untuk sampai ke Sukan Olimpik, dan berita itu datang secara mengejut, sangat mengejutkan.”

Atlet berusia 30 tahun itu sepatutnya bertemu dengan wakil dari Sudan, Mohamed Asdalrasool pada hari Isnin nanti dalam perlawanan pertamanya untuk kategori lelaki kelas 73kg.

Seandainya beliau memenangi perlawanan itu, beliau berkemungkinan akan beraksi bertemu Butbul, yang sudah mara ke pusingan seterusnya secara automatik.

Ini bukanlah kali pertama beliau melakukan hal sama dengan Nourine pada tahun 2019 turut pernah menarik diri dari kejohanan dunia atas alasan yang sama.

Pada ketika itu, jurulatih beliau, Amar Benikhlef, telah menyatakan kepada media Algeria bahawa:

“Kami sangat tidak bernasib baik dengan undian. Kami dapat lawan dari Israel dan kerana itu kami undur diri. Kami sebenarnya membuat keputusan yang tepat.”

Serangan Israel ke bumi Palestin pada awal tahun ini dianggap yang paling teruk dengan mereka masih tak henti-henti memutar belit fakta seolah merekalah mangsa.

Konflik antara kedua-dua negara telah berlanjutan sejak bertahun dahulu dan tindakan Israel menzalimi Palestin telah menyebabkan mereka dikecam teruk oleh masyarakat seluruh dunia.

Tidak perlu menjadi Islam, cukup adanya timbang rasa dan rasa kemanusiaan dalam diri tentu semua pihak akan sedar kezaliman Israel dan akan mengutuk perbuatan mereka itu.

Kebanyakan atlet dari Iran dan Egypt sering kali menolak untuk beraksi bertemu atlet dari Israel dalam apa jua dunia sukan.

Nourine Fethi merupakan Juara judo dari Algeria dengan beliau pernah menjuarai kejuaraan Judo di benua Afrika sebanyak tiga kali dan berada di kedudukan ke-31 dalam dunia.

Beliau sedar sukarnya untuk sampai ke Sukan Olimpik namun pada masa sama turut sedar yang kemanusiaan serta sokongan terhadap Palestin lebih dari semua itu.

Nourine Fethi dan jurulatihnya, Amar Benikhlef, kedua-dua mereka akan disiasat oleh IJF dan tindakan susulan akan diambil sekiranya perlu.

Semoga saja tiada tindakan tegas yang akan dikenakan ke atas pahlawan dari Algeria itu dan pihak IJF akan beri kemaafan kepada kedua-dua mereka.

Ketika di Olimpik Rio 2016, Jawatan kuasa Olimpik antarabangsa telah menghantar pulang atlet Egypt, Islam El Shehaby sebelum habis kejohanan kerana beliau menolak untuk bersalaman dengan atlet Israel.

Sumber: Quds News

BACA:  Detik Sungguh Berinspirasi Melihat Thompson Tetap Menamatkan Larian Walau Dibelenggu Kecederaan