Perlawanan sedap Serie A minggu ini sudah pasti antara penyandang juara banyak tahun berturut-turut, Juventus menentang pendahulu liga kini AC Milan yang mahu mengembalikan zaman kegemilangan mereka.
Kemenangan sudah pasti mahu dicari oleh kedua-dua pasukan terutamanya Juventus yang berada di tangga kelapan liga dengan perbezaan 10 mata kepada AC Milan.
Jurang sudah pasti mahu dirapatkan dan bagi AC Milan sudah pasti perbezaan mata mahu terus dibesarkan kerana hanya satu mata sahaja di depan Inter Milan.
Federico Chiesa membuka tirai jaringan pada minit ke-18 selepas permainan satu dua yang mempesonakan bersama Paulo Dybala.
Federico Chiesa has scored in back-to-back Serie A games for the first time since February 2020.
What a start to 2021 for him. pic.twitter.com/ksehmFudrX
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Sungguh bijak dan menarik hantaran mengundur Dybala kepada Chiesa.
Davide Calabria kemudiannya telah menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan meletakkan bola ke bucu gawang Juventus.
Dibabak kedua Federico Chiesa kembali meletakkan Juventus di hadapan dengan satu low drive atau rembatan leret yang kencang.
Milan’s defeat to Juventus means that all 98 teams in Europe’s top five divisions have lost at least one league game this season.
Every league is wide open. 🍿 pic.twitter.com/D8o2klLrZI
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Weston McKennie melengkapkan kemenangan penuh bergaya Juventus dengan gol ketiga dari jarak dekat dan tiada apa lagi yang mampu dilakukan AC Milan.
Dua gol Federico Chiesa dab satu gol dari McKennie sudah cukupp untuk memadamkan rekod tanpa kalah AC Milan di Serie A musim ini.
Wojciech Szczesny cemerlang dalam perlawanan ini apabila telah melakukan 8 save dan menjadi save paling banyak pernah beliau lakukan untuk Juventus di Serie A.
Wojciech Szczesny made eight saves against AC Milan.
The most he has ever made in a Serie A game for Juventus. 🧤 pic.twitter.com/fmxK0D0mET
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
AC Milan cemerlang apabila tidak pernah kalah dalam 15 perlawanan sehinggalah perlawanan ke-16 bertemu Juventus.
Kemenangan ini telah melonjakkan Juventus ke tangga keempat Serie A tetapi masih ketinggalan 7 mata dibelakang AC Milan.
Juventus juga mempunyai kelebihan satu perlawanan dan mampu mengurangkan jurang kepada 4 mata.
Milan: Donnarumma; Dalot, Kjær, Romagnoli, Hernandez; Calabria, Kessie; Castillejo, Hakan, Hauge; Leao.
Juventus: Szczesny; Danilo, De Ligt, Bonucci, Frabotta; Chiesa, Bentancur, Rabiot, Ramsey; Dybala, Ronaldo.