Sikap Murni Tomiyasu Dipuji Mengutip Sampah Ketika Tinggalkan Padang

Pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasuk telah menunjukkan sikap murni yang wajib diteladani malahan mendapat pujian ramai apabila telah mengutip sampah yang lalu lalang dihadapannya ketika meninggalkan padang.

Pemain full-back berusia 24 tahun itu telah membuat tiga penampilan bersama Jepun di Piala Dunia 2022 nyata menikmati kemenangan penuh bermakna dalam perlawanan North London Derby.

Arsenal mudah menundukkan musuh sekampung Tottenham Hotspur yang sangat manis apabila dilakukan di halaman lawan dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan sendiri Hugo Lloris dan Martina Odegaard.

Takehiro Tomiyasu masuk pada minit ke-86 menggantikan Oleksandr Zinchenko bagi membantu The Gunners untuk terus mempertahankan dua jaringan sehingga tamat perlawanan.

Selepas kekecohan yang melibatakan Richarlison serta serangan yang berupa satu tendangan curi ke atas belikat Aaron Ramsdale dan larian Usain Bolt Mikel Arteta menghalang Granit Xhaka dari buat gila, Takehiro Tomiyasu meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan.

Semua pemain Arsenal telah merentasi padang bagi berterima kasih dan meraikan kemenangan itu dengan penyokong sejati yang datang bertandang memberikan sokongan.

Tamat keraian mereka semua kembali ke bilik persalinan dan dalam perjalanan memasuki terowong, Takehiro Tomiyasu ternampak sampah dihadapannya.

Persis seorang ninja dengan pantas Takehiro Tomiyasu menghilangkan sampah itu dengan mengutipnya lalu dibawa ke bilik persalinan untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Peminat Arsenal terutamanya dan peminat bola sepak yang lain ternyata kagum dengan usaha kecil dari Tomiyasu itu namun memberikan impak besar dan melabelkan perlakuan itu itu sebagai ‘Perbuatan yang berkelas tinggi darjatnya’.

Seorang peminat menulis: “Bagaimana kau boleh tak sayang Tomiyasu.”

“Perhatikan Tomiyasu mengutip sampah ketika pasukan memasuki terowong. Walaupun di Spurs, kami kekal sebagai kelas di atas.”

“Tomiyasu mengutip sampah ketika dia keluar dari padang. Perbuatan seperti itu sangat berkelas.”

Jika dilihat kepada negara kelahiran Takehiro Tomiyasu maka ramai akan faham kenapa dia mempunyai sifat terpuji sebegitu rupa. Tomiyasu lahir di Fukuoka, Jepun.

Keperibadian mulia penyokong Jepun dalam menjaga kebersihan dengan mengutip sampah selepas perlawanan di Piala Dunia 2022 terus mendapat pujian ramai dari seluruh dunia.

Rakyat Jepun yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta mengamalkan disiplin tinggi walau di mana berada tidak hanya ketika berada di negara mereka.

Penyokong Jepun bukanlah sekadar mengutip sampah yang dibawa mereka tetapi mereka mengutip kesemua sampah di dalam stadium yang ditinggalkan oleh orang lain.

Mereka tetap membersihkan sampah selepas perlawanan walaupun pasukan Samurai Biru tewas dan perbuatan itu tersemat dalam diri masing-masing dan tidak bergantung kepada keputusan perlawanan.

Begitu juga dengan pasukan kebangsaan Jepun telah meninggalkan bilik persalinan dengan keadaan yang bersih dan berkilat tidak kira apa jua keputusan di padang.

Ternyata Jepun bukan sahaja memenangi hati ramai bukan sahaja melalui aksi padu di padang namun juga disebabkan keperibadian yang tinggi mereka.

FIFA sendiri telah memuji pasukan Jepun dan peminat mereka kerana menjaga kebersihan di Stadium Antarabangsa Khalifa melalui Twitter rasmi mereka.

Kerana itu tidak hairanlah FIFA telah mencalonkan penyokong kebangsaan Jepun dalam calon akhir untuk anugerah Penyokong Terbaik FIFA bagi tahun 2022.

“Peminat Jepun mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana tradisi mereka tinggal di belakang untuk membantu membersihkan stadium selepas perlawanan Piala Dunia.”

Maka apa yang dilakukan oleh Tomiyasu ini merupakan satu sikap yang telah ditanam dalam diri rakyat Jepun sejak lahir lagi.

BACA:  Penyokong Bengang Godfrey Tak Dihukum Lepas Pijak Muka Tomiyasu