Penyokong Bengang Godfrey Tak Dihukum Lepas Pijak Muka Tomiyasu

Ben Godfrey benar-benar bernasib baik kerana tidak dilayangkan dengan layangan kad merah, selepas beliau dilihat memijak muka bintang Arsenal, Takehiro Tomiyasu.

Beliau sepatutnya sudah dibuang padang kerana melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya itu, namun nasib menyebelahinya kerana tidak dihukum atas kesalahan tersebut.

Everton jelas sekali sangat terdesak untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, selepas mereka gagal memperoleh sebarang kemenangan dari lapan perlawanan terakhir.

The Toffees bahkan turut dibelasah teruk oleh seteru sebandar mereka, Liverpool dalam aksi Merseyside derby pada minggu lalu.

Aksi hambar Everton pada ketika ini memperlihatkan director of football mereka, Marcel Brands telah dipecat oleh pihak kelab.

Terbaru, sudah ada rumours yang mengaitkan Rafa Benitez bakal dipecat oleh pihak kelab, dan tempatnya akan digantikan oleh Jose Mourinho.

Bertemu Arsenal, Benitez jelas sekali sangat berharap anak-anak buahnya akan memberikan yang terbaik, dan menamatkan kemarau kemenangan mereka.

Beliau sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Mike Dean dan VAR kerana terlepas satu insiden yang boleh menyebabkan Everton bermain dengan 10 orang pemain sahaja.

Godfrey dilihat memijak muka Tomiyasi pada minit ke-29 permainan, dengan pemain full-back Arsenal itu rebah ketika bergelut dengan Allan, sebelum Godfrey turut terlibat.

Walaupun Godfrey tak nampak yang dia sengaja untuk memijak muka Tomiyasu, namun kekasaran yang beliau lakukan itu sepatutnya dihukum dengan layangan kad merah.

Ia sangat jelas dan nyata yang beliau tidak sepatutnya terus berada di atas padang selepas melakukan aksi kekasaran seperti itu.

Para peminat bahkan sangat terkejut melihat pemain berusia 23 tahun itu tidak dilayangkan dengan layangan kad merah oleh Mike Dean.

“Mike Dean sudah tentu pengadil paling dungu dalam sejarah Premier League, tapi apa guna VAR? Mustahil mereka tak boleh kesan kesalahan seperti itu.”

“Dia pijak muka tu, sengaja atau tidak dia dah meletakkan Tomiyasu dalam situasi boleh berdepan dengan kecederaan teruk. Saya kecewa dengan mutu pengadilan kita.”

“Banyak keputusan dalam perlawanan ini tak berpihak kepada Arsenal, kalau Mike Dean ada sikap anti-Arsenal dia tak patut jadi pengadil.”

“Bukan hanya pengadil, tetapi VAR juga melakukan hal yang sama, kenapa dia boleh tak nampak? Mengarut.”

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa penyokong Everton sudah sepakat mahu tinggalkan stadium pada minit ke-27 permainan sebagai tanda bantahan kepada pihak kelab.

Kekalahan memalukan bertemu Liverpool menaikkan lagi kemarahan para penyokong dan membuatkan mereka bertekad untuk menunjuk perasaan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai dari mereka yang turut serta dengan masih ramai penyokong yang berada dalam stadium ketika berlakunya insiden Godfrey pijak muka Tomiyasu.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada hujung aksi babak pertama menerusi Martin Odegaard untuk skuad kendalian Mikel Arteta itu mendahului aksi babak pertama dengan keputusan 1-0.

Pada aksi babak kedua, pengadil dan VAR dikatakan telah menzalimi Everton selepas gol yang dijaringkan oleh Richarlison dibatalkan kerana beliau didakwa berada dalam kedudukan offside.

Bintang Brazil itu walau bagaimanapun tetap berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 permainan, seterusnya menghidupkan harapan peminat untuk melihat mereka memperoleh kemenangan pertama.

Pada aksi tambahan masa, Demarai Gray muncul sebagai wira Everton selepas beliau meledak gol kedua seterusnya gol kemenangan untuk skuad kendalian Rafa Benitez itu menewaskan Arsenal 2-1.

Everton benar-benar bernasib baik kerana Godfrey tidak dibuang padang, dan lebih beruntung lagi mereka akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama dari sembilan perlawanan terakhir.

Kemenangan ini berjaya membantu Everton untuk naik ke kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga, sementara Arsenal kekal di kedudukan ketujuh.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Arsenal Masih Yakin The Gunners Akan Tamatkan Musim Ini Sebagai Juara EPL Dan UCL