Peminat Arsenal Masih Yakin The Gunners Akan Tamatkan Musim Ini Sebagai Juara EPL Dan UCL

Peminat Arsenal masih optimistik bahawa pasukan mereka akan merangkul 2 kejuaraan besar musim ini iaitu EPL dan UCL.

Dalam sejarah kelab Arsenal, kali terakhir mereka memenangi EPL adalah pada musim 2003/04. Dan untuk UCL mereka tidak pernah sesekali memenanginya.

Revolusi Mikel Arteta musim lalu membuatkan mereka hampir menjuarai EPL. Dan mereka kembali semula ke UCL musim ini.

Arsenal masih bersaing dalam EPL walaupun mereka keciciran mata dalam 4 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir mereka.

Terbaru mereka kalah 2 kali berturut turut di tangan kelab London iaitu West Ham dan Fulham. Membuatkan kini mereka berada di tanggan 3A dalam carta liga.

Arsenal bagaimanapun masih berada dalam persaingan kejuaraan EPL. Dan mereka seperti yang kita tahu sudah mara ke kalah mati UCL musim ini.

Declan Rice meminta peminat dan pemain Arsenal agar tidak mudah panik dengan apa yang berlaku. Dan meminta semua orang untuk bangkit.

Rice berkata: “Ini bukannya masa untuk berfikiran negatif. Kita harus kekal positif.”

“Kita ada pengurus yang hebat dan kelompok pemain yang sangat bagus. Jadi, tidak perlu untuk panik, masih ada banyak perlawanan lagi untuk kita mainkan.”

Kenyataan Declan Rice itu benar benar membuatkan ramai peminat Arsenal bersemangat mendengarnya.

Salah seorang peminat Arsenal berkata: “Beberapa keputusan yang teruk tidak bermakna pasukan itu teruk. Dan saya masih benar benar berharap kita akan memenangi kedua dua trofi EPL dan UCL pada tahun ini.”

Seorang lagi peminat berkata: “Arsenal akan memenangi EPL dan UCL.”

Seterusnya, yang lain pula berkata: “Sudah tentunya kita boleh melakukannya. Masih ada banyak perlawanan lagi. Namun ini semua akan bergantung kepada macamana cara Arteta menggunakan skuad ini. Jika dia melakukan kesilapan yang sama macam musim lepas, terlebih guna pemain penting, dan tidak mahu memberikan pemain simpanan minit permainan, sekarang ini pemain yang regular dalam pasukan akan keletihan, dan mudah dijangka lawan.”

Murithi memberikan kata kata semangat: “Masa untuk bergerak dan bersatu semula.”

Sementara abang Shariff berkata: “Kita perlukan [kejuaraan] liga. Ayuh fokus untuk memenanginya pada pusingan kedua.”

Adakah Arsenal akan berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini? Dengan kualiti skuad yang mereka ada, Arsenal dilihat memiliki peluang untuk melakukannya.

BACA:  Sah Semua Pasukan Premier League Tarik Diri Dari Pakatan Super League