Ramalan Supercomputer Buat Penyokong Arsenal Rasa Lega

Ramalan terbaru dari Supercomputer telah memberi kelegaan kepada para penyokong Arsenal dengan mereka diramalkan tidak akan tersingkir dari saingan Premier League musim ini.

Walau bagaimanapun, mengikut ramalan tersebut, Arsenal sebenarnya dijangka akan mengakhiri saingan liga di kedudukan terburuk dalam sejarah mereka di abad ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu pada ketika ini sedang berada di kedudukan tercorot dalam carta liga, selepas mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan awal saingan Premier League.

The Gunners memulakan kempen saingan musim ini dengan mencatatkan kekalahan 2-0 di tangan pendatang baru liga, Brentford.

Mereka kemudiannya mencatatkan kekalahan dengan keputusan yang sama ketika aksi bertemu seteru sebandar mereka, Chelsea.

Arsenal kemudiannya menunjukkan kebangkitan mereka selepas membelasah West Brom 6-0 dalam aksi pusingan kedua Carabao Cup.

Walau bagaimanapun, kebangkitan itu tidak bertahan lama, dengan Arsenal kemudiannya dibelasah 5-0 oleh Manchester City dalam aksi perlawanan ketiga saingan Premier League.

Mikel Arteta yang kini menjadi manusia paling teruk dikecam sangat berharap agar anak-anak buahnya kembali bangkit menjelang aksi pertemuan bertemu Norwich hujung minggu ini.

Walau bagaimanapun, menurut ramalan dari BonusCodeBets, Arsenal berkemungkinan tidak akan tersingkir dari saingan Premier League, namun mereka akan mengakhiri saingan liga di kedudukan kesembilan.

BonusCodeBets melaporkan yang algorithm Supercomputer menganalisis kebarang kalian keputusan akhir liga musim ini, menggunakan data dari keputusan perlawanan dan statistik pemain.

Arsenal gembira dengan ramalan Supercomputer

Kajian tersebut dibuat untuk meramalkan kedudukan akhir semua pasukan dalam carta liga berdasarkan statistik semasa.

Supercomputer meramalkan yang Manchester United, walaupun mereka telah melalui musim panas yang menakjubkan, namun ia tidak cukup untuk membantu mereka menjuarai liga.

Manchester City pula dijangka akan berjaya untuk mempertahankan gelaran liga mereka, sementara Chelsea pula diramalkan akan berada di kedudukan kedua.

Setan merah dijangka akan mengakhiri saingan liga musim ini di kedudukan ketiga, sementara Liverpool pula akan melengkapkan kedudukan empat teratas yang akan mara ke saingan Champions League musim hadapan.

Senarai berikut merupakan ramalan kedudukan akhir saingan Premier League musim ini, menurut kajian semasa dari Supercomputer.

Ramalan kedudukan liga menurut supercomputer

20. Norwich City

19. Watford

18. Burnley

17. Crystal Palace

16. Newcastle United

15. Brentford

14. Southampton

13. Wolverhampton Wanderers

12. Aston Villa

11. Brighton and Hove Albion

10. Leeds United

9. Arsenal

8. West Ham United

7. Everton

6. Leicester City

5. Tottenham Hotspur

4. Liverpool

3. Manchester United

2. Chelsea

1. Manchester City

Juru cakap BonusCodeBets dalam satu kenyataannya telah menyatakan bahawa:

“Kepulangan semula Cristiano Ronaldo telah mencuri perhatian media dan semua orang, namun Manchester United masih tak mampu untuk memenangi liga, ia adalah hasil dari kajian supercomputer kami.”

“Masih ada harapan untuk penyokong Arsenal, ya mereka sedang melalui permulaan musim yang teruk, namun mereka tidak akan tersingkir.”

“The Gunners tentunya tidak akan bersaing di zon penyingkiran, namun hal sama tidak boleh dikatakan pada Norwich, Watford dan Burnley yang berkemungkinan akan tersingkir.”

Keputusan ini merupakan ramalan dari Supercomputer mengikut kajian statistik semasa, dan segalanya boleh berubah mengikut persembahan setiap pasukan dalam aksi saingan liga selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsene Wenger Berang Dengan Keputusan Pengadil Berikan Penalti