Chelsea Merupakan Pasukan Yang Paling Solskjaer Risaukan

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menganggap Chelsea sebagai pencabar terbesar mereka dalam merebut kejuaraan Premier League musim ini.

Menurut sumber laporan dari media UK, pengurus dari Norway itu menganggap anak-anak buah Thomas Tuchel sebagai skuad yang sangat bahaya.

Ia kerana beliau merasakan bekas penyerang setan merah, Romelu Lukaku kini sedang berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya.

Walau bagaimanapun, laporan sama turut menyebut yang Solskjaer percaya bahawa skuadnya merupakan pilihan utama untuk menjuarai saingan liga musim ini.

Beliau turut percaya skuad yang beliau miliki pada ketika ini sebenarnya lebih bagus berbanding skuad treble United pada tahun 1999.

Tidak keterlaluan untuk katakan yang ramai bersetuju dengan kerisauan Solskjaer terhadap Chelsea, dengan The Blues telah memulakan kempen musim ini dengan sangat baik.

Mereka memenangi European Super Cup pada awal musim, seterusnya mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dari tiga perlawanan awal saingan Premier League.

Kejayaan Chelsea membawa pulang satu mata ketika beraksi 10 pemain di Anfield turut membuka mata ramai pihak selepas melihat betapa cemerlangnya mereka bertahan dalam perlawanan tersebut.

Solskjaer mungkin tidak begitu gerun dengan Liverpool dan Manchester City, namun The Citizens sebenarnya turut perlu diberi perhatian.

Manchester City telah memantapkan jentera serangan mereka dengan menandatangani Jack Grealish, sementara Liverpool pula, walau tidak berbelanja besar, namun mereka musim ini berjaya menurunkan skuad terbaik yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun, tidak hairan untuk melihat mengapa Manchester United begitu yakin untuk memenangi gelaran liga pertama mereka musim ini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

United melalui musim panas yang cukup menakjubkan dengan mereka berjaya menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund, Raphael Varane dari Madrid dan mereka turut berjaya menandatangani semula Cristiano Ronaldo dari Juventus.

Para peminat mula berharap lebih apa lagi selepas melihat mereka tidak terkalahkan sepanjang musim baharu ini.

Walau sudah melalui urusan perpindahan yang menakjubkan, masih tetap ada segelintir yang meragui kemampuan United, dengan bekas bintang setan merah, Roy Keane dan Gary Neville percaya masih ada kelemahan pada skuad.

Mereka turut yakin yang kelemahan itu akan menghalang United untuk muncul sebagai Juara liga buat pertama kalinya sejak dari tahun 2013.

Walau bagaimanapun, pengurus pasukan lain juga dijangka akan berusaha untuk memberi cabaran dengan mereka menganggap United ancaman sebenar pada musim ini.

Bercakap menjelang bermulanya musim baharu ini, pengurus City, Pep Guardiola memberitahu media yang skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bersama Tottenham Hotspur, Leicester dan Arsenal bakal menjadi pencabar utama pada musim ini.

Tambahan pula, Jurgen Klopp merasakan yang saingan liga musim ini akan menjadi sangat menarik, dengan kelab seperti United sama sekali tidak sembunyikan keinginan mereka untuk bergelar Juara.

Melihat kepada skuad-skuad yang bersaing dalam saingan Premier League musim ini, tidak keterlaluan untuk katakan yang saingan musim ini bakal jadi sangat sengit dan mengujakan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ole Bakal Tandatangani Dua Lagi Pemain Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup