Penyokong Liverpool Nyanyikan Lagu ‘Ole’s At The Wheel’ Di Old Trafford

Penyokong Liverpool telah menguasai gelanggang keramat Manchester United, Stadium Old Trafford dengan menyanyikan lagu ‘Ole’s At The Wheel’ sebagai tanda sokongan kepada pengurus Manchester United itu.

Ketika ramai peminat Setan Merah yang mahukan Ole Gunnar Solskjaer keluar dengan tanda pagar #OleOut penyokong Liverpool tampil memberi semangat dan dorongan dengan lagu pemberi semangat.

Old Trafford yang merupakan sebuah teater impian menjadi pentas buat penyokong Liverpool membuat persembahan nyanyian mereka secara beramai-ramai.

Manchester United telah dimalukan dengan semalu-malunya apabila dibelasah begitu sahaja di hadapan penyokong sendiri dengan jaringan 5 gol yang hanya mampu dilihat.

Ketika ratusan atau mungkin ribuan penyokong Setan Merah meninggalkan stadium selepas separuh masa pertama kemudian jumlah itu meningkat selepas gol kelima, penyokong Liverpool semakin lantang di Old Trafford.

Penyokong Liverpool dengan penuh semangat mahukan Ole terus kekal dengan nyanyian ‘Ole’s At The Wheel’ tanpa henti. Mesti sakit hati Ole dengar kan?

Satu kepedihan buat peminat Manchester United yang pasti bernanah telinga dan kemenangan besar buat penyokong Liverpool di dalam dan juga di tepi padang.

Lagu Ole At The Wheel ini mula kedengaran nyanyiannya selepas pengurus dari Norway itu dilantin sebagai pengurus interim mengambil alih kedudukan dari Jose Mourinho yang dipecat.

Pada ketika itu Ole terpaling disayangi walaupun pada ketika itu ada seorang penulis the sukan telah melabel Ole sebagai seorang scammer.

Lantaran kasih sayang yang membuak-buak itu saluran Youtube rasmi Manchester United juga telah memuat naik video lagu Ole At The Wheel berserta lirik bai.

Video itu berlatar belakang suasana selepas perlawanan menentang Fulham.

Ole’s at the wheel,
Tell me how good does it feel,
We’ve got Sanchez, Paul Pogba and Fred,
Marcus Rashford is Manc born and bred,
The Greatest of English football,
We’ve won it all,
Du, du, du du, du, du, du du du …
(Ulang sampai Ole kena pecat…)

Lagu Ole At The Wheel ini merupakan lagu saduran dari lagu asal kumpulan rock Inggeris dari Manchester, The Stone Roses yang berjudul Waterfall, lagu yang agak popular pada tahun 1991.

Chimes sing Sunday morn
Today’s the day she’s sworn
To steal what she never could own
And race from this hole she calls home
Now you’re at the wheel
Tell me how, how does it feel?
So good to have equalized
To lift up the lids of your eyes
As the mile they disappear
See land begin to clear
Free from the filth and the scum
This American satellites won
She’ll carry on through it all
She’s a waterfall
She’ll carry on through it all
She’s a waterfall
See the steeple pine
The hills as old as time
Soon to be put to the test
To be whipped by the winds of the west
Stands on shifting sands
The scales held in her hands
The wind it just whips her away
And fills up her brigantine sails
She’ll carry on through it all
She’s a waterfall
She’ll carry on through it all
She’s a waterfall

Manchester United 0-5 Liverpool

Banyak perlawanan derby yang hebat berlangsung malam ini dari pelbagai liga di negara Eropah menjadikan ahad ini sebagai super sunday yang sebenar dan sudah pasti North West Derby ini paling dinanti-nanti.

El Clasico diantara Real Madrid dan Barcelona berlangsung lebih awal, Ajx vs PSV, Roma Napoli, Inter vs Juventus dan Marseille vs PSG antara perlawanan yang sedap di hari ahad.

Seawal minit kelima Liverpool sudah dihadapan hasil jaringan mudah dan sangat menganjing dari Naby Keita selepas menyempurnakan hantaran bersahaja Mohamed Salah.

Entah apa yang terjadi kepada pertahanan Machester United, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof dan Harry Maguire ke laut, hanya Luke Shaw berdepan dengan Mohamed Salah.

Tindakan Luke Shaw yang sedikit lambat naik menyebabkan Salah tidak offside dan mudah menghantar bola kepada Naby Keita.

Mohamed Salah mencuba dengan satu rembatan namun tersasar. Manchester United kembali membalas dengan satu rembatan kencang juga sipi-sipi tersasar ke sebelah kiri gawang.

Kesilapan Harry Maguire yang melanggar Luke Shaw menyebabkan Naby Keita terlepas dan menghantar bola terus kepada Trent Alexander Arnold yang berada di kanan.

Trent Alexander Arnold terus menghantar hantaran rendah ke dalam kotak penalti yang pantas disambar oleh Diogo Jota untuk gol kedua.

Selepas 14 minit, Manchester United sudah ketinggalan dua gol.

Pada minit ke-24 perlawanan dihentikan kerana pemain veteran, James Milner mengalami kecederaan lalu terus dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan menarik selepas memperdayakan Andrew Roberton namun percubaan itu tenang ditepis keluar oleh Allison Becker.

David De Gea melakukan aksi menyelamat yang hebat dalam situasi satu lawan satu dengan Mohamed Salah yang berjaya lolos hasil satu lagi kesilapan pemain sendiri.

Teruk pertahanan Manchester United di ayamkan, Mohamed Salah mencuba berjaya dihadang dan bola sampai kepada Naby Keita yang terus menyuap kepada Salah untuk gol ketiga.

Kekoyakan mula terjadi, Cristiano Ronaldo telah menendang Curtis Jones dan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan tercetus sehingga perlawanan dihentikan.

Cristiano Ronaldo dikenakan kad kuning atas tindakan tidak cerdik itu dan permainan kembali bersambung. Selepas gol kedua Liverpool, Setan Merah terus mati akal.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat, satu lagi gol mudah sebelum tamat separuh masa pertama yang juga berpunca dari kebaraian akibat tidak teraturnya barisan pertahanan Manchester United.

Bersambung babak kedua, Mohamed Salah terus menjaringkan gol kelima Liverpool dan hatrik buat dirinya selepas mudah menyempurnakan hantaran sedap Jordan Henderson.

Gol berpunca daripada kesilapan Paul Pogba yang baru masuk menggantikan Mason Greenwood yang kehilangan bola mudah kepada Jordan Henderson ditengah padang.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pengubat hati selepas menerima hantaran daripada Harry Maguire dengan satu gerakan dan rembatan padu.

Namun penilaian dari Video Assistant Referee (VAR) menyaksikan Cristiano Ronaldo offside dan gol tersebut telah dibatalkan.

Pada minit ke-60 bala menimpa Manchester United kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Naby Keita.

Anthony Taylor melayangkan kad kuning pada awalnya namun selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) keputusan itu diubah kepada kad merah.

Jelas tinggi tapak kaki yang diangkat oleh Paul Pogba, Naby Keita terus dikeluarkan dan terpaksa diusung.

Bermain 10 orang menjadikan Manchester United tampak lebih tenang dan lebih berakal, Liverpool masih tidak puas dan masih dahagakan gol.

Trent Alexander Arnold datang dengan satu rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar David De Gea untuk sepakan penjuru yang tidak membuahkan hasil.

Edison Cavani hampir saja menjaringkan gol saguhati namun tolakannya dari jarak dekat telah hinggap ke palang dan tidak melepasi garisan gol.

Kedudukan lima gol tanpa balas kekal sehingga tamat perlawanan. Manchester United bermain lebih baik dengan 10 orang atau Liverpool sekadar menanti masa permainan tamat?

North West Derby yang selalunya berlangsung sengit nyata tidak menjadi kenyataan namun sangat menghiburkan dengan penguasaan Liverpool yang menakluk perlawanan dengan penuh bergaya.

Kad merah Paul Pogba, aksi kekasaran tidak masuk akal Cristiano Ronaldo yang menyebabkan kekecohan pemain yang hampir membawa kepada pergaduhan masih lagi wujuh dalam derby ini.

Kesebelasan Utama Man Utd (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford; Ronaldo.

Pemain Simpanan : Henderson, Bailly, Dalot, Lingard, Matic, Pogba, van de Beek, Cavani, Sancho.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Keita, Henderson, Milner; Salah, Firmino, Jota.

Pemain Simpanan : Adrian, Mane, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:  Selepas Mourinho, Giliran Ole Cari Gaduh Dengan Botol Tepi Padang