Jurgen Klopp menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Rafa Benitez dengan beliau menolak untuk melakukan keraian yang kebiasaannya beliau lakukan ketika meraikan gol anak buahnya bertemu Everton.
Beliau yang sudah mula mahu melakukan keraian itu segera membatalkan niatnya sebaik melihat Rafa Benitez ada di hadapannya.
The Reds berkunjung ke Goodison Park untuk aksi Merseyside derby bertemu Everton, dengan Jordan Henderson berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 dalam perlawanan itu.
Class ⚽https://t.co/y2PBUUtqhA
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 3, 2021
Klopp sebaik melihat gol jaringan Henderson itu dengan segera mahu meraikan gol tersebut dengan cara kebiasaannya beliau lakukan.
Namun beliau dengan segera mengubah keputusannya dan membatalkan niatnya untuk terus meraikan gol tersebut secara berlebih-lebihan.
Pengurus berusia 54 tahun itu berpusing dan berada dalam keadaan bersedia untuk memulakan keraian beliau, namun sebaik melihat Rafa, beliau berpaling dan menundukkan diri.
Beliau menunjukkan rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Rafa Benitez dengan tindakan Jurgen Klopp itu mencuri perhatian para peminat.
Look at the respect Klopp has for Rafa 🥺 pic.twitter.com/S13gGO0tjy
— 𝐸𝓁𝓈 (@lfcels) December 2, 2021
I love klopp he didn’t overdo his celebration because he knows it’s Rafa Benitez. He’s just class pic.twitter.com/hBpQXNPpGs
— Natasha (@tashaaa2000) December 2, 2021
Para peminat merasa benar-benar kagum dengan sikap rendah diri Klopp yang sangat menghormati Rafa Benitez hingga tak mahu meraikan gol jaringan anak buahnya.
“Dia dah mula nak hayunkan tangan, tapi bila nampak Rafa, dia tundukkan diri, dia sangat menghormati Rafa.”
“Ya saya pun perasan detik itu, semangat kesukanan yang tinggi, ini derby, dia berhak raikan gol dengan cara dia, tp dia pilih untuk hormati Rafa.”
“Dia mampu kawal, sikap yang patut dipuji, bukan mudah untuk kawal emosi gembira di waktu seperti itu, rasa hormat dia pada Rafa buat dia mampu untuk kawal.”
“Saya tak tahu macam mana saya mahu tunjukkan rasa hormat saya pada Klopp, dia seorang pengurus yang hebat dan manusia yang mengagumkan.”
Liverpool pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan Premier League dengan mereka hanya satu mata sahaja dibelakang Manchester City yang sedang berada di kedudukan kedua.
Liverpool juga hanya dua mata sahaja dibelakang Chelsea yang kini merupakan pendahulu saingan Premier League selepas mengharungi 14 perlawanan.
Bercakap selepas kejayaan membenam Everton 4-1, Jurgen Klopp meluahkan rasa bangga beliau melihat persembahan hebat anak-anak buahnya di Goodison Park.
“Ini adalah antara persembahan terbaik yang kami pamerkan di Goodison.”
Jelas Klopp kepada BBC match of the Day.
Was laughing my ass off when Klopp was about to celebrate Henderson’s goal, he made eye contact with Rafa, like “oh shit, that’s his former team. I’m gonna turnaround and celebrate this way” 😂 #Liverpool #PremierLeague pic.twitter.com/SZlBIQXGgb
— Luis D.A. (@LuTB84) December 2, 2021
Mo Salah terus mengukuhkan status beliau sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas cemerlang meledak dua gol dalam perlawanan ini.
Salah pemain terhebat dunia pada ketika ini
Tidak ada hal yang boleh menafikan fakta bahawa Mohamed Salah merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.
Beliau jelas sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan Salah terlalu hebat untuk dibandingkan dengan mana-mana pemain pada ketika ini.
Beliau merupakan pemain pertama yang beraksi dalam lima liga utama di benua Eropah, yang berjaya terlibat dengan 20 gol liga sepanjang musim ini.
21 goal involvements in the @premierleague so far this season and it's only December.@MoSalah is incredible 🤯 pic.twitter.com/NbIAqQAwm9
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 1, 2021
Dari 14 perlawanan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, Salah berjaya menjaringkan 13 gol dan turut mencatatkan 8 assists.
Belum masuk separuh musim, beliau sudah berjaya meledak 13 gol dan ia jelas merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Beliau juga dalam perlawanan ini telah mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan dua gol dalam aksi Merseyside derby, sejak kali terakhir dilakukan oleh Fernando Torres pada September 2008.
Lebih menakjubkan lagi, Mohamed Salah merupakan pemain Liverpool pertama yang berjaya menjaringkan gol atau mencatatkan assists dari tujuh perlawanan di tempat lawan dalam saingan Premier League secara berturut-turut.
2 – Mohamed Salah is the first Liverpool player to score twice away at Everton in the Merseyside derby since Fernando Torres in September 2008. Bracing.
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2021
12 – @MoSalah has been directly involved in at least one goal in each of his last 12 Premier League appearances (11 goals, 7 assists), the third player to achieve that feat after Stan Collymore (12, March – August 1995) and Jamie Vardy (15, August – December 2015). Powerhouse.
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2021
Secara keseluruhannya pada musim ini, Mohamed Salah berjaya menjaringkan 19 gol dari 19 penampilan dan turut mencatatkan 8 assists.
Dari 12 penampilan dalam saingan Premier League, Mo Salah setidak-tidaknya akan terlibat dengan satu gol dan beliau merupakan pemain ketiga dalam sejarah yang berjaya melakukan hal itu selepas Stan Collymore dan Jamie Vardy.
Boleh dikatakan hampir kesemua rekod yang ada dalam saingan Premier League pada ketika ini telah berjaya dipecahkan oleh Salah dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.
Beliau yang awalnya dianggap ‘One season Wonder’ berjaya konsisten sehingga ke hari ini, dan terus menerus menjadi mesin pencetak gol yang paling cemerlang.
Find another sport for Mohamed Salah.
Football is too easy 🔥 pic.twitter.com/PFRyQRhIIU
— GOAL (@goal) December 1, 2021
Tidak dinafikan juga, Salah merupakan individu yang bertanggungjawab memimpin Liverpool untuk menjadi antara pasukan yang paling digeruni lawan pada ketika ini.
Mana-mana pasukan sahaja yang turun beraksi bertemu Liverpool, Salah sudah tentu akan menjadi pemain yang akan diberikan kawalan paling ketat berbanding pemain lain.
Ketika aksi bertemu Everton awal pagi tadi, Mo Salah berjaya mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.
Mohamed Salah berjaya melakukan 84.6% hantaran tepat, 55 sentuhan, 5 percubaan (paling banyak), menjaringkan dua gol, melakukan satu tackle sempurna, 1 ball recovery dan memenangi satu duel.
Apa yang menjadikan Salah terlalu hebat berbanding pemain penyerang lain?
Watching it all the way 👀
Class, @MoSalah 👏 pic.twitter.com/awwkgjoMNM
— Liverpool FC (@LFC) December 1, 2021
Beliau merupakan antara pemain penyerang yang paling banyak membantu barisan pertahanan ketika berdepan serangan pantas dari pasukan lawan.
Salah sememangnya jenis pemain yang sesuai dengan taktikal dan corak permainan dalam sistem Jurgen Klopp kerana beliau mempunyai stamina serta kepantasan yang sungguh dasyat.
Selain memiliki kualiti penyudah yang menakjubkan, Salah juga turut berhak untuk dianggap sebagai playmaker yang dasyat dengan hantaran-hantaran beliau yang sungguh mengagumkan.
Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Premier League pada ketika ini, dan Salah juga merupakan pemain paling banyak mencatatkan assists.
Seandainya beliau mampu konsisten, dan membantu Liverpool untuk setidak-tidaknya memenangi salah satu antara Premier League atau Champions League, Salah berhak dianugerahkan dengan anugerah Ballon D’or.
Mo Salah was asked what he thought about being ranked 7th in the Ballon d'Or 🤐 pic.twitter.com/OoTtTELCDM
— ESPN FC (@ESPNFC) December 1, 2021
Beliau pada musim ini berada di tahap berbeza dengan Salah bukan hanya mendominasi saingan Premier League, bahkan beliau turut ‘memiliki’ mana-mana saja padang yang beliau turun beraksi.
Sumber: SPORTbible