Rafa Benitez Dedah 2 Pemain Yang Beri Impak Paling Besar Dalam Karier Gerrard

Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah menamakan dua pemain yang paling beri pengaruh kepada karier Steven Gerrard ketika kariernya di Anfield.

Benitez mengendalikan Liverpool dari tahun 2004 hingga 2010 dengan beliau turut membantu kelab untuk memenangi gelaran Champions League serta FA Cup.

Gerard pada ketika itu merupakan ketua pasukan Liverpool dan sepanjang lima tahun bersama Benitez, beliau cemerlang memimpin skuad dari Merseyside itu.

Tidak dinafikan juga yang Gerrard berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya ketika beraksi di bawah kendalian Rafael Benitez.

Beliau memenangi anugerah Football Writers Player of The Year pada tahun 2009 selepas Liverpool pada ketika itu mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua.

Rafa Benitez percaya ada dua penandatanganan Liverpool yang berjaya memberi impak yang sungguh dasyat kepada karier Steven Gerrard.

Kedua-dua pemain itu dikatakan membantu Steven Gerrard untuk lebih bersinar di Anfield.

Fernando Torres jelas sekali antara pemain yang telah memberikan impak yang dasyat dalam karier Steven Gerrard.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu berjaya mencipta gandingan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Steven Gerrard sebelum beliau meninggalkan Anfield.

Gandingan mereka turut dianggap sebagai gandingan yang paling menggerunkan dalam saingan Premier League pada ketika itu.

Liverpool juga turut pernah meminjam Javier Mascherano dari West Ham United sebelum membelinya secara tetap pada musim berikutnya.

Urusan perpindahan itu dikatakan telah membenarkan Steven Gerrard untuk bermain lebih menyerang dan memantapkan lagi gandingan beliau bersama Torres.

Beliau memberitahu The Coaches Voice bahawa:

“Jika kita lihat pada karier saya bersama Liverpool, segelintir orang akan ingat nama pemain penting dari awal hingga ke akhirnya bersama Liverpool.”

“Antara kunci utama tentang Gerrard adalah ketika kami menandatangani Torres, kami gerakkan ke Gerrard ke belakang Torres kerana kami mungkin berpotensi untuk tandatangani Mascherano, Lucas Leiva dan Alonso.”

“Ia jadi seimbang, Gerrard dapat kebebasan untuk menyerang dan masuk ke kotak dan mengikuti Torres. Kita ada Kuyt yang bekerja keras dan pemain sayap.”

“Tapi perkara paling penting adalah tentang kebebasan untuk Gerrard bermain di belakang penyerang, Torres berada di atas dan dia boleh berlari dari belakang pertahanan.”

“Kemudian kami ada dua pemain midfield yang boleh membuat hantaran seperti Alonso atau pertahankan bola seperti Mascherano.”

“Kami beli Lucas Leiva ketika dia masih berusia 19 tahun dan dia berada di Liverpool selama 10 tahun, jadi ia beri kamu keseimbangan.”

Kedua-dua pemain itu meninggalkan Liverpool pada tahun 2010 dan 2011 dengan Mascherano menyertai Barcelona, sementara Torres pula menyertai Chelsea.”

Pemergian kedua-dua pemain itu jelas sekali memberi impak yang besar kepada skuad Liverpool, dengan The Reds pada ketika itu melalui zaman kejatuhan mereka yang mendadak.

Rafa Benitez merasakan yang Mascherano dan Torres merupakan dua pemain yang telah memberikan impak yang dasyat dalam karier Steven Gerrard ketika era Liverpool di bawah kendalian beliau.

Steven Gerrard juga turut pernah mendedahkan yang beliau sememangnya sangat gembira dapat beraksi bersama kedua-dua pemain itu.

Steven Gerrard pada ketika ini merupakan pengurus skuad Aston Villa, dengan para peminat sangat berharap satu hari nanti beliau bakal kembali ke Anfield.

Beliau dilihat berpotensi untuk menjadi antara pengurus terhebat dalam dunia bola sepak, dan kerana itulah para peminat berharap yang beliau bakal menjadi pengganti kepada Jurgen Klopp satu hari nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Steven Gerrard Akan Tandatangani Bintang Liverpool Januari Ini