Sir Alex Ferguson Kagum Dan Bangga Dengan Pencapaian Gerrard Sebagai Pengurus

Sir Alex Ferguson telah memuji cara pengurusan Steven Gerrard dan menunjukkan bagaimana beliau mengetahui bahawa pengurus baru Aston Villa itu sudah mahir dalam seni dunia pengurusan.

Legenda Manchester United yang ketika ini berusia 79 tahun itu merupakan peminat setia Rangers yang juga pernah beraksi bersama pasukan gergasi Scotland itu.

Beliau dalam temu bual bersama The Guardian telah ditanya tentang pandangannya berkait hasil kerja Gerrard sepanjang terlibat dalam dunia pengurusan.

Gerrard berjaya membantu Rangers memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh sedekad ini, dengan skuadnya berjaya menjuarai saingan Scottish Premiership selepas mengharungi satu musim tanpa kalah.

Walau bagaimanapun, Ferguson merasakan sumbangan Gerrard diluar padang dan ketika sesi latihan harus diberikan pujian selain kejayaannya membawa Rangers menjuarai liga.

“Oh, dia sudah melakukannya dengan sempurna. Dia benar-benar melakukannya, baik dalam mahupun di luar

Jelas Ferguson.

“Temu bual bersama media boleh buat kamu hilang pekerjaan dalam pengurusan. Tapi sidang media Steven’s sangat mengagumkan.”

“Dia santai, dia bersahaja, dia berikan jawapan yang tepat. Dia sangat cemerlang kerana ia merupakan satu seni.”

Cara Sir Alex menganggap berurusan dengan media merupakan satu seni sememangnya tidak mengejutkan, dengan beliau sendiri mahir dalam permainan minda media ini sejak awal kariernya.

Namun segelintir wartawan yang pernah menduduki sidang media bersama Sir Alex mungkin sedikit terkejut mendengar ayat ketenangan dan santai itu merupakan kunci ketika berdepan dengan media.

Ia kerana Fergie terkenal dengan sikap bengisnya ketika mood beliau tak baik atau mungkin ketika berdepan dengan soalan yang beliau tak gemari.

Walau bagaimanapun, pemenang 13 kali gelaran Premier League itu telah membuat kenyataan yang tepat tentang kepentingan seseorang pengurus untuk berdepan dengan media merupakan hal terpenting berbanding yang lain.

Peminat Rangers kebanyakkan berpuas hati dengan sumbangan Gerrard yang banyak membantu mengubah skuadnya menjadi salah sebuah pasukan yang digeruni.

Peminat turut kagum melihat Gerrard menguruskan pemainnya terutama seperti isu melibatkan Glen Kamara yang dihina ketika aksi bertemu Slavia Prague dalam aksi saingan Europa League.

Keputusan Gerrard untuk memulakan karier pengurusannya bersama Rangers pada tahun 2018 dilihat sangat berisiko, ia kerana Celtic pada ketika itu terlalu jauh lebih bagus berbanding mereka.

Satu-satunya cara untuk Gerrard buktikan keputusan beliau tepat adalah dengan membantu Rangers menewaskan seteru utama mereka itu.

Selain berjaya membuatkan Sir Alex Ferguson kagum dengan cara pengurusan beliau, Gerrard turut berjaya memikat bekas pengurus United itu ketika dirinya masih seorang pemain.

Fergie sememangnya sangat berminat dengan bekas pemain midfield Liverpool itu, namun dek kerana cintanya Gerrard kepada The Reds, maka sukar untuk Ferguson mendapatkan khidmatnya.

Gerrard sememangnya pemain paling setia dengan Liverpool dan seandainya beliau meninggalkan Anfield, belum tentu beliau akan menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada ketika itu.

Ferguson turut bercakap kepada The Guardian berkait dokumentari terbarunya, Sir Alex Ferguson: Never Give In.

Gerrard sah menjadi pengurus Aston Villa

Aston Villa telah mengesahkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus kelab yang baharu selepas mereka memecat Dean Smith minggu lalu.

Gerrard meninggalkan Juara bertahan saingan Scottish Premiership, Rangers untuk menyertai Aston Villa, seterusnya memulakan karier barunya sebagai pengurus di England.

Beliau telah menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun setengah untuk mengendalikan Aston Villa yang merupakan kelab Inggeris pertama akan beliau kendalikan.

Aston Villa juga dilaporkan sudah membayar pampasan bernilai £3 juta ke £4 juta kepada Rangers untuk mereka mendapatkan khidmat Gerrard bersama pembantunya, Gary McAllister.

Ini bukanlah kali pertama untuk Gary McAllister melatih Aston Villa, dengan beliau juga merupakan pembantu jurulatih kelab ketika era kendalian Gerard Houllier pada musim 2010/11.

Kehebatan beliau menjadi pengurus di Scotland memperlihatkan Gerrard berjaya memenangi anugerah SFWA Manager of the Year, PFA Scotland Manager of the Year dan SPFL Manager of the Year.

Aston Villa akan menjadi kelab kedua yang dikendalikan oleh Steven Gerrard selepas beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada tahun 2016 yang lalu.

Sumber: Amazone Prime

BACA:  Dianggap Lembik, Saka Teruk Kena Tibai Dengan Steven Gerrard