Pemain penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung Min dilaporkan telah dipanggil semula untuk menyertai khidmat negara di Korea.
Son dijangka akan menyertai khidmat negara atau latihan ketenteraan selama empat minggu di Korea.
Beliau telah pulang ke negara asalnya Korea Selatan minggu lalu selepas mengatahui bahawa semua aksi premier league digantung hingga 30 April.
son heung min is getting ready to serve for the military in his home country of south korea#Respect pic.twitter.com/vRbmdSNtya
— Achilles Transfer News (@Coops_97_) April 2, 2020
Kesemua aksi bola sepak di England telah digantung sehingga 30 April kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin memburuk di sana.
Menurut sumber dari Daily Mail, Son menunggu tarikh rasmi sepak mula premier league yang mungkin bakal digantung lebih lama dari yang dijangka.
Son sangat berharap agar beliau sempat menghabiskan latihan ketenteraannya sebelum aksi liga kembali bersambung.
Son akan melapor diri ke pusat latihan pada 20 April ini dan beliau akan menyertai latihan itu selama empat minggu.
#Son_Heung_Min #World_News Son Heung-min Returns to South Korea to Complete 4 Weeks of Military Training https://t.co/HliymmP0jo
— What The Sport (@_whatthesport) April 1, 2020
Pemain berusia 27 tahun itu kini sedang dikuarantinkan selama 14 hari selepas beliau baru sahaja tiba di Korea Selatan dari London minggu lalu.
Program latihan ketenteraan sepatutnya mengambil masa selama 21 bulan. Tetapi Son telah berjaya mendapat pengurangan waktu selama 20 bulan jadi beliau hanya perlu sertai latihan itu selama sebulan sahaja.
Selepas berjaya membantu pasukan bola sepak Korea Selatan memenangi pingat emas di Sukan Asia 2018, Son telah diberi peluang untuk diperpendekkan tempoh latihannya.
Son kini sedang dalam proses penyembuhan dari kecederaan lengan yang dihidapi. Pada Februari lalu, Son telah tercedera ketika sedang beraksi di premier league menentang Aston Villa.
#Son_Heung_Min #Top_Stories Tottenham Star Son Heung-min Provides Positive Injury Update After Fracturing Arm https://t.co/p0uWzse0Fa
— What The Sport (@_whatthesport) March 25, 2020
Namun walau dalam keadaan begini, Son tetap mahu menyertai latihan itu dan menghabiskannya secepat mungkin.
Pada awalnya, Son dijangka akan berehat sepanjang baki musim ini gara-gara kecederaan yang dihidapi.
Tetapi selepas menerima rawatan dari doktor kegemaran beliau di Korea, Son sudah bersedia untuk kembali beraksi bila-bila masa dari sekarang sekiranya premier league kembali bersambung.
Ada kemungkinan premier league tidak dapat bersambung semula pada 30 April seperti yang dirancang.
English Premier League to finish in World Cup style https://t.co/ZsE73MIMLz pic.twitter.com/u1HlqDgRyk
— SavannaNews.com (@Savannanewszw) March 29, 2020
Pihak FA dan premier league akan kembali bermesyuarat pada hujung minggu ini untuk membincangkan tindakan selanjutnya.
Menurut keputusan terakhir mesyuarat yang mereka lakukan pada minggu lalu, pihak FA mempertimbangkan untuk menghabiskan baki liga perdana musim ini menggunakan format seperti Piala Dunia.
Semua pemain, pengurus, krew dan kesemua yang terlibat akan dikuarantinkan di satu tempat dan mengadakan perlawanan setiap hari tanpa penonton lalu disiarkan secara langsung di television.
REVEALED: Premier League plan to resume season behind closed doors at the start of MAY in order to finish by July 12 to avoid TV contract rebates of up to £762m https://t.co/5szMMuYSaE
— MailOnline Sport (@MailSport) March 30, 2020
Menurut Independent, premier league sedaya upaya akan melakukan apa sahaja untuk menghabiskan juga baki perlawanan liga musim ini.
Sekiranya Premier League musim ini dibatalkan, ia akan mendatangkan kerugian besar kepada banyak pihak.
Jadi keputusan untuk tetap menghabiskan baki musim ini adalah antara keputusan terbaik untuk kesemua pihak.