Spurs Secara Rasmi Umum Antonio Conte Sebagai Pengurus Baru

Tottenham Hotspurs ternyata serius untuk memperkasakan kembali pasukan apabila melantik Antonio Conte sebagai pengurus baru melalui satu pengumuman rasmi melalui laman sesawang rasmi kelab.

Selepas 24 jam Nuno Espirito Santos dipecat, Tottenham Hotspur tidak menunggu lama untuk menggantikan kekosongan jawatan pengurus mereka dan segera cuba mendapatkan persetujuan Antonio Conte.

Sejurus selepas Nuno Espirito Santos kehilangan jawatan, Antonio Conte setuju untuk mengambil alih dan terus terbang ke London untuk perbincangan akhir.

Kurang 12 jam semua perkara telah mencapai kata sepakat dari pihak Conte dan juga Spurs berkenaan tempoh kontrak dan gaji serta hanya menunggu tandatangan dibuat dan diumumkan secara rasmi.

Antonio Conte hanya diikat dengan kontrak jangka agak pendek kurang dua tahun yang akan berakhir pada musim panas 2023 dan dengan pilihan untuk disambung kontrak.

Kontrak agak bijak dari Spurs kerana rekod Conte bersama kelab tidak lama kerana beliau seorang yang tegas dan tidak akan tunduk dengan kebodohan pemilik kelab.

Daniel Levy juga terkenal sebagai pemilik keras kepala dan boleh menjadi scammer terhandal.

Berikut merupakan pengumuman rasmi Spurs:

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Antonio Conte sebagai Ketua Jurulatih dengan persetujuan kontrak sehingga musim panas 2023, dengan pilihan untuk dilanjutkan.

Antonio telah memenangi kejuaraan dalam Serie A, termasuk hatrik Scudettos bersama Juventus, Liga Perdana dan juga mengendalikan Itali, membawa Azzurri ke suku akhir Euro 2016.

Dilahirkan di Lecce, Antonio memulakan kerjaya bermainnya di pasukan kampung halamannya (1985-1991) sebelum mencapai status legenda di Juventus (1991-2004).

Sebagai pemain tengah, dia memenangi lima Scudetto dengan La Vecchia Signora, Piala UEFA pada 1993 dan Liga Juara-Juara pada 1996. Dia memperoleh 20 caps untuk Itali dan merupakan sebahagian daripada skuad yang mencapai status naib juara Piala Dunia 1994 dan Euro 2000.

Antonio memulakan kerjaya kejurulatihannya sebagai pembantu di Siena pada 2005 dan pernah berkhidmat di Arezzo, Bari – di mana dia memenangi Serie B – dan Atalanta sebelum kembali ke Juventus pada 2011.

Dia memenangi gelaran itu pada musim pertamanya, 2011/12, melengkapkan kejuaraan. Melalui kempen tanpa kalah dan menyamai rekod kelab 28 perlawanan tanpa kalah yang dibuat oleh Fabio Capello. Dia melengkapkan hatrik gelaran dengan kejayaan pada 2012/13 dan 2013/14 dengan Juve mengumpul rekod Serie A 102 mata.

Antonio mengendalikan pasukan kebangsaan Itali pada 2014 dan membawa mereka ke suku akhir Euro 2016, mengungguli kumpulan mereka dan menewaskan Belgium dan Sepanyol di sepanjang perjalanan.”

Pada Jun lalu Antoni Conte dilaporkan telah menolak tawaran yang dibuat oleh Tottenham Hotspur yang cuba melamar sebagai pengurus baharu menggantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Tawaran dikemukan oleh Tottenham Hotspur itu telah ditolak Antonio Conte kerana projek yang dicadangkan dengan kemasukan Conte selaku pengurus sangat tidak meyakinkan.

Menurut Sky Sports Italia, perbincangan antara Tottenham Hotspur dan Antonio Conte tidak menemui titik persamaan dan telah gagal.

Pada ketika itu Conte dilaporkan risau dan sangsi tentang kemampuan Spurs untuk bersaing ekoran spekulasi perpindahan Harry Kane dan juga sasaran tidak masuk akal tetapi kedekut.

Antonio Conte dilaporkan mahu membawa leibh 4 orang staff beliau ke Spurs namun Spurs tidak bersetuju dan menolak permintaan Conte ini.

Cadangan gaji yang ditawarkan juga membawa kepada perbezaan sehingga €3 juta dan paling power pelaburan dan projek untuk menang secepat mungkin.

Bekas bekas Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici yang kini bersama Spurs antara punca kenapa Conte bersetuju menyertai Spurs ketika ini dan cadangan ditawarkan kini lebih masuk akal.

Spurs telah datang kepada Conte dan menawarkan projek untuk masa depan bersama dengan janji Spurs akan dibina mengikut acuan Conte dan Conte akan membimbing.

Conte dijanjikan kuasa penuh ditambah pula dengan fasiliti terbaik dunia, stadium, pusat latihan dan Conte akan menjadi tuan sebenar kepada pasukan.

BACA:  Conte Pertahan Taktik 'Parking Bas' Chelsea Ketika Tewas Tipis Kepada Manchester City