Steven Gerrard sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain centre-back Liverpool pada jendela perpindahan Januari ini nanti.
Legenda terhebat sepanjang zaman Anfield itu telah dilantik sebagai pengurus Aston Villa awal bulan lalu, selepas pihak kelab memecat Dean Smith.
Apa yang menariknya, kehadiran Gerrard jelas telah mengubah Aston Villa sepenuhnya dengan mereka kini kembali menjadi pasukan pertengahan yang agak digeruni.
📰 Gerrard apparently wants Joe Gomez and Liverpool apparently want a Barca centre-back.
Do we believe it? 🤔 https://t.co/sRFnRGJqDH
— This Is Anfield (@thisisanfield) November 29, 2021
Sebelum kehadiran Gerrard ke bumi Villa Park, mereka sebenarnya bergelut dengan masalah prestasi dan sudah hampir untuk berada di zon penyingkiran.
Villa yang ketika itu dibawah kendalian Dean Smith merekodkan lima kekalahan secara berturut-turut dan kerana itulah beliau telah dipecat oleh pihak kelab.
Selepas kehadiran Steven Gerrard, Aston Villa berjaya merekodkan dua kemenangan berturut-turut, dengan pengurus dari England itu kini memegang rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Premier League.
Perlawanan pertama Aston Villa di bawah kendalian Steven Gerrard adalah ketika bertemu Brighton and Hove Albion dengan anak-anak buah Graham Potter itu sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika itu.
❗️𝐑𝐄𝐏𝐎𝐑𝐓: Aston Villa head coach Steven Gerrard will try and get Liverpool's Joe Gomez on loan in January.
Source: @MirrorFootball 🗞🏴 pic.twitter.com/qUqrmBZNfq
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) November 28, 2021
Beliau kemudiannya meneruskan rentak kecemerlangannya dengan memimpin Aston Villa untuk menewaskan Crystal Palace 2-1 pada hujung minggu lalu.
Ketika Gerrard dilantik sebagai pengurus kelab, Aston Villa sedang berada di kedudukan ke-16 dan mereka tergolong dalam senarai kegemaran untuk tersingkir pada hujung musim ini.
Selepas kelab dikendalikan oleh Gerrard, dengan Villa sendiri sudah mencatatkan dua kemenangan secara berturut-turut, mereka kini naik ke kedudukan ke-13 dalam carta saingan liga.
Satu permulaan yang sangat baik untuk Steven Gerrard, dan tidak mustahil pada hujung musim nanti, legenda Liverpool itu akan mampu memimpin Villa untuk mengakhiri saingan musim ini di kedudukan enam teratas.
Aston Villa are said to be interested in a move for Liverpool defender Joe Gomez, as Steven Gerrard plans to improve his squad in the January transfer window, according to reports. #avfc pic.twitter.com/CM9WgRJVFa
— The Villa Vision 🦁 (@TheVillaVision) November 29, 2021
Untuk memperkuat skuadnya pada jendela perpindahan Januari ini, Steven Gerrard dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Joe Gomez sebagai pemain pinjaman.
Beliau memerlukan khidmat pemain centre-back itu untuk memantapkan barisan pertahanan Villa, dengan Liverpool sendiri pada ketika ini sudah memiliki ramai pemain pertahanan lain dalam skuad mereka.
Permintaan dari Steven Gerrard itu sepertinya bakal dipenuhi oleh pihak kelab, dengan Liverpool sendiri semakin pasti untuk membenarkan Gomez beraksi bersama Aston Villa pada jendela perpindahan Januari ini.
Kemampuan Steven Gerrard untuk mengendalikan Aston Villa sememangnya tidak boleh dinafikan lagi, dengan pihak kelab sendiri sebelum ini pernah menyatakan keterujaan mereka terhadap bekas pengurus Rangers itu.
🚨 NEW: Steven Gerrard is aiming to test the water by seeing if Liverpool would be willing to loan Joe Gomez out to Aston Villa for the second half of the season. [Mirror] #LFC pic.twitter.com/Vi5FiL1TvR
— Liverpool Region (@liverpoolregion) November 29, 2021
Pimpinan kelab menegaskan yang mereka sebenarnya sudah mengagumi Gerrard sejak dari hari pertama legenda Liverpool itu ditemu duga lagi.
Gerrard pukau pimpinan kelab ketika temu duga
Christian Purslow dan Johan Lange sama sekali tidak meragui kemampuan Gerrard dalam menggalas tugas sebagai pengendali kelab yang baru.
Inside the interview: How “outstanding” Steven Gerrard blew #avfc away in a five-hour meeting #BePrepared https://t.co/40wspPlDjd
— John Percy (@JPercyTelegraph) November 18, 2021
Ia kerana mereka benar-benar terpukau dengan semangat dan perancangan yang Gerrard tunjukkan ketika sesi temuduga sebelum ini.
Menurut laporan dari Daily Telegraph, bekas ketua pasukan England itu menjadi calon kegemaran untuk mengendalikan Aston Villa selepas melalui lima jam sesi temuduga yang penuh mengujakan.
Laporan tersebut turut menyatakan tentang bagaimana Gerrard memukau kelab dengan perancangan masa depan beliau dan bagaimana kagumnya kelab melihat persediaan beliau pada ketika itu.
Gerrard menunjukkan perancangan beliau menggunakan ‘Powerpoint presentation’ tentang kekuatan dan kelemahan setiap pemain yang ada dalam skuad Aston Villa pada ketika ini.
#avfc chief executive Christian Purslow today hailed Steven Gerrard's appointment as "a fantastic moment in Villa's history". Gerrard emerged as the club's No.1 choice after impressing the board during a five hour interview: https://t.co/OAX9qGTxvf
— matt maher (@mjmarr_star) November 18, 2021
Bekas pengurus Rangers itu turut ditanya beberapa soalan tentang bagaimana beliau mahu membawa philosophy dan kaedah latihan serta corak permainan beliau.
Jawapan yang Gerrard berikan membuatkan tukang temuduga beliau hilang kata-kata dan hanya mampu mengagumi sahaja segala perancangan beliau.
“Ia merupakan temuduga yang sungguh luar biasa menakjubkan dan membuatkan kami langsung tidak ragu-ragu yang dia adalah orang yang paling tepat.”
Jelas Purslow.
“Dari sudut pandangan saya, kami memang terpukau dan teruja, dan kami benar-benar jelas dengan segala penerangan serta perancangan dia.”
I loved that Steven Gerrard interview, he looks so determined and ready to throw himself into the role.
He may be a young coach, but there is no doubt that Gerrard will bring a "no excuse" culture/mentality to #avfc. pic.twitter.com/QGzO7oiunC
— Andrew Ashburn (@AndrewAshburn) November 15, 2021
Laporan sama turut menjelaskan tentang bagaimana Lange menggunakan data dan analitik untuk memilih 20 senarai pendek calon pengurus untuk menggantikan Dean Smith.
Aura serta semangat para pemain juga dilihat berbeza sejak ketibaan Steven Gerrard, dengan pengurus baharu kelab itu juga turut sudah mengadakan perjumpaan bersama para pemain, untuk menjelaskan apa yang beliau mahu dari setiap pemain.
Kehebatan dan kemampuan Steven Gerrard sememangnya tidak boleh diragukan kerana beliau memiliki rekod yang sungguh menakjubkan sebagai seorang pengurus.
Inside the interview: How Steven Gerrard blew Aston Villa away in five-hour meeting / @JPercyTelegraph
Plus: Analysis on how Gerrard can get the best out of two strikers and Emiliano Buendia from @ZeqiriDan https://t.co/HGV94HlDy6
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) November 18, 2021
Gerrard meninggalkan Juara bertahan saingan Scottish Premiership, Rangers untuk menyertai Aston Villa, seterusnya memulakan karier barunya sebagai pengurus di England.
Beliau telah menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun setengah untuk mengendalikan Aston Villa yang merupakan kelab Inggeris pertama akan beliau kendalikan.
Aston Villa Football Club is delighted to announce the appointment of Steven Gerrard as our new Head Coach. 🟣
— Aston Villa (@AVFCOfficial) November 11, 2021
Aston Villa juga dilaporkan sudah membayar pampasan bernilai £3 juta ke £4 juta kepada Rangers untuk mereka mendapatkan khidmat Gerrard bersama pembantunya, Gary McAllister.
Ini bukanlah kali pertama untuk Gary McAllister melatih Aston Villa, dengan beliau juga merupakan pembantu jurulatih kelab ketika era kendalian Gerard Houllier pada musim 2010/11.
Legenda Liverpool yang kini berusia 41 tahun itu mula mengurus Rangers pada tahun 2018, dan berjaya membantu gergasi Scotland itu untuk memenangi gelaran liga musim lalu.
Beliau berjaya menghentikan dominasi Celtic dari memenangi gelaran liga ke-10 berturut-turut, seterusnya membantu Ranger memenangi gelaran liga ke-55 mereka dengan rekod cemerlang tanpa kalah sepanjang musim.
OFFICIAL: Steven Gerrard is confirmed as Aston Villa’s new coach ✍️ pic.twitter.com/n8cBPeP3Xl
— B/R Football (@brfootball) November 11, 2021
Kehebatan beliau menjadi pengurus di Scotland memperlihatkan Gerrard berjaya memenangi anugerah SFWA Manager of the Year, PFA Scotland Manager of the Year dan SPFL Manager of the Year.
Aston Villa akan menjadi kelab kedua yang dikendalikan oleh Steven Gerrard selepas beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada tahun 2016 yang lalu.
Sumber: LFC