Stones Menganjing Pemain Itali Ketika Sesi Latihan Bersama Skuad England

Bintang England, John Stones dengan kejamnya telah menganjing pemain Itali ketika beliau sedang menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan England.

Stones dilihat telah menganjing para pemain The Azzuri menjelang aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 awal pagi esok, yang mana kedua-dua pasukan itu akan bertemu di Wembley.

The Three Lions berjaya menewaskan Denmark 2-1 untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir saingan Euro edisi kali ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate ketika ini sedang benar-benar hampir untuk menjulang Piala European Championship pertama dalam sejarah mereka.

Dan England juga buat pertama kalinya telah berjaya melayakan diri ke aksi perlawanan akhir dalam kejohanan utama sejak dari tahun 1966.

Stones ketika menjalani sesi latihan bersama skuad The Three Lions, beliau dilihat sangat tenang, santai dan langsung tidak gentar untuk berdepan dengan skuad Itali yang sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu ketika ini sedang memegang rekod mengharungi 33 perlawanan tidak terkalahkan.

Ia merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan bahkan rekod tersebut juga merupakan yang terhebat dalam sejarah bola sepak Itali.

Sebuah rakaman dari pusat latihan England telah menyiarkan aksi bagaimana bintang Manchester City yang kini berusia 27 tahun itu menganjing para pemain Itali.

John Stones dikatakan telah menyebut β€œamano” sambil menunjukkan isyarat jari serta ekspresi muka yang jelas menganjing pasukan yang bakal mereka temui dalam aksi perlawanan akhir nanti.

Stones tanpa berselindung telah menyindir Itali dengan menganjing insiden berkait situasi handball yang berlaku ketika aksi separuh akhir skuad Itali sebelum ini.

Ketika aksi Itali bertemu Sepanyol sebelum ini, bola telah terkena tangan Giorgio Chiellini di dalam kotak penalti, namun ia tidak dihukum oleh pengadil perlawanan.

Bercakap menjelang aksi perlawanan akhir Euro 2020, Southgate telah memuji para pemainnya dan beliau sangat yakin England akan menewaskan Itali serta memastikan Piala idaman negara itu menjadi milik mereka.

Pengurus England itu telah menyatakan bahawa:

β€œKita sudah berada di perlawanan akhir dan kita di sini untuk menang.”

β€œSemuanya sangat penting, bagaimana kami membawa nama England dan kami berbangga dengan legasi yang sudah ada, namun sekarang kami mahu mara lebih jauh dan bawa Piala ke bumi England untuk semua orang.”

Baginda Ratu telah mengucapkan tahniah kepada skuad England kerana berjaya untuk mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 dan turut menghargai semangat, komitmen dan maruah yang mereka bawa.

Southgate mengakui yang beliau rasa begitu teruja kerana menerima ucapan dari Baginda Ratu, namun beliau tetap menegaskan yang sasaran utamanya adalah untuk menewaskan Itali dan menjulang Piala kejuaraan Euro 2020.

β€œIa sangat menakjubkan untuk menerima ucapan seperti itu dari Baginda Ratu dan Perdana Menteri kepada kami semua dengan menganggap kami sudah melakukan yang terbaik.”

β€œApa-apa pun kami sudah berada dalam perlawanan akhir dan kami di sini untuk menang.”

Stones ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England

England dan Itali akan bertemu dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 awal pagi esok, dengan perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Wembley.

Kedua-dua pasukan merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini, dek kerana mereka sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Namun hanya yang terbaik akan dinobatkan sebagai Juara dengan pemenang perlawanan akhir antara England bertemu Itali akan diketahui selepas kedua-dua pasukan masuk ke padang awal pagi nanti.

Sumber: SB

BACA:Β  Lompatan Anti Graviti Stones Dianggap Sama Persis Seperti Lompatan Michael Jordan Ketika Kemuncak Kariernya