Supercomputer Ramal England Juara Euro 2024

Komputer super telah digunakan untuk meneka pasukan mana yang bakal menjadi juara Euro 2024. Dan ianya telah meramalkan England sebagai juara.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu kini berada di peringkat suku akhir. Sekaligus membuatkan ramalan super computer ini semakin menjadi kenyataan.

Supercomputer ini telah menggunakan data daripada Opta untuk menilai prestasi dan juga kebarangkalian. Ianya digunakan untuk menilai kesemua pasukan menerusi simulasi digital yang dibuat.

Dan hasil kajian daripada supercomputer itu, ia meramalkan England bakal juara dengan peratusan 19.9%.

Jauh di hadapan pasukan kedua yang diramalkan sebagai pilihan kedua untuk juara iaitu Perancis dengan 19.91%.

Pilihan ketiga adalah Jerman dengan peratusan 13.26% menurut kajian itu lagi.

Pasukan tuan rumah itu menunjukkan aksi baik pada awal kempen namun agak bergelut pada aksi berikutnya. Tetapi mereka tetap berjaya mara ke suku akhir.

Ini diikuti oleh Sepanyol dan Portugal yang masing masing memiliki kebarangkalian bergelar juara sebanyak 9.6% dan 9,2%.

Seterusnya baru diikuti oleh Belanda. Komputer yang sama meramalkan Georgia adalah negara paling sedikit kemungkinan boleh bergelar juara dengan peratusan hanya 0.13%. Pasukan tersebut sudah pun balik kerana tewas di peringkat peringkat 16 akhir.

England ketika ini diperkuat oleh bintang bintang muda dan senior yang berbakat besar. Di barisan serangan mereka ada Harry Kane yang dibantu oleh Jude Bellingham, Bukayo Saka dan Phil Foden.

England akan menentang Switzerland dalam aksi suku akhir selepas ini. Mereka memiliki peluang cerah untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir sekali lagi.

Ini memandangkan kedudukan ranking mereka lebih baik daripada pasukan tersebut.

England sebelum ini menjadi finalis edisi 2020, di mana mereka kalah dalam perlawanan akhir di tangan Itali. Pasukan juara bertahan, Itali sudah pun bungkus awal.

Adakah England akhirnya berjaya memenangi Euro pertama dalam sejarah mereka. Dan membawa pulang ‘bola sepak’ setelah kali terakhir melakukannya pada 1966.

Slogan Football Is Coming Home merujuk kepada bola sepak moden hari ini dimainkan mengikut peraturan yang dibuat oleh FA Inggeris pada satu masa dulu. Dan sebab itu mereka menganggap bola sepak ini rumahnya di England.

Sebagai tambahan, supercomputer yang sama meramalkan Arsenal bakal bergelar juara EPL musim lalu dan Man United diramal akan menjadi juara UCL musim depan.

Masalahnya kini United tidak layak ke UCL untuk musim depan.

Supercomputer Dan AI Ramalkan Juara UCL Dari 2024 Hingga 2051

BACA:  Ejekan Dan Kritikan Ibarat Pengorbanan Besar Maguire Untuk Pasukan