Tamat Kontrak Bersama Adidas, Ozil Mahu Cuba Jenama Malaysia

Mesut Ozil dilaporkan kini sedang dalam fasa akhir perjanjian tajaan beliau bersama Adidas yang telah berjalan selama tujuh tahun setengah.

Kontrak jangka panjang antara dirinya dengan syarikat gergasi sukan itu bernilai £22 juta dan kini dilaporkan bakal berakhir.

Ejennya sendiri sudah mengesahkan bahawa kontrak itu tidak akan diperbaharui kerana Adidas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa isu berkaitan imej dan disiplin Ozil.

Antaranya, Adidas juga telah menyatakan kekecewaan mereka ke atas Mesut Ozil yang sebelum ini dengan terbuka telah mengkritik kerajaan China di atas layanan buruk mereka terhadap masyarakat Islam Uighur.

Arsenal turut mengeluarkan kenyataan media dengan menyatakan bahawa mereka tidak mahu dikaitkan dengan pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mesut Ozil.

Kesan daripada tindakan pemain Arsenal itu, beliau telah diboikot di China dan Adidas sendiri turut terkesan dengan impak atas hal yang berlaku.

Kebanyakkan peminat bersimpati dengan Ozil kerana pemain itu sebenarnya bukan bercakap tentang Uighur hanya kerana suku kaum itu beragama islam, tetapi beliau bercakap atas dasar kemanusiaan sesama manusia.

Selain itu ada juga laporan yang menyatakan bahawa Adidas tidak suka dengan tindakan Ozil selepas dari Piala Dunia 2018.

Ketika itu Mesut Ozil secara terang-terangan mengkritik penyokong Jerman yang bersikap rasis terhadapnya.

Ozil ketika itu menyatakan, di Jerman, apabila menang, kesemua pemain dianggap wira negara, namun ketika kalah, mana-mana pemain imigran akan dianggap sebagai bukan bangsa Jerman.

Ekoran dari keputusan Adidas itu, Mesut Ozil dilaporkan kini sedang dalam proses untuk membangunkan jenama beliau sendiri.

Terdapat laporan di tanah airnya bahawa pembuat barangan sukan gergasi dari Jerman itu telah membuat keputusan tersebut ekoran impak yang ditinggalkan ketika dunia diserang Koronavirus.

Namun, merurut ejen kepada pemenang Piala Dunia bersama Jerman itu, Adidas tidak menamatkan kontrak Ozil sebaliknya mereka cuma tidak mahu menyambung kontrak kerana tiada kesepakatan antara kedua belah pihak.

Beliau turut menyatakan bahawa Ozil kini sedang berusaha untuk mempromosikan jenama beliau sendiri yang dipanggil M10.

“Tidak ada isu penamatan kontrak yang berlaku.”

Kata Sogut kepada The Athletic.

“Kontrak ini akan berakhir, ia berakhir seperti mana dalam perjanjian kontrak atau kontrak lain yang anda miliki dengan kelab.”

“Saya berikan contoh, ianya sama sahaja seperti sekiranya kontrak Mesut tamat dengan Arsenal tahun hadapan, Arsenal tidak akan mengatakan perkara ini dalam tempoh sebulan sebelum mereka ‘membuang’ dia.”

Ozil dan penasihatnya baru-baru ini telah melancarkan gedung dalam talian untuk jenama peribadinya, M10, yang mana mereka menjual pakaian sukan berjenama dan menampilkan watak kartun Ozil dalam iklan sosial media.

Namun sehingga kini masih belum ada sebarang ura-ura yang mengatakan bahawa M10 mempunyai perancangan untuk menghasilkan kasut bola sepak.

Oleh itu, ejen beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan.:

“Ini bermakna Ozil boleh berada di padang dengan pelbagai jenis kasut yang berbeza setelah kontraknya dengan Adidas berakhir.”

Sogut mengatakan bahawa Ozil memang sudah tidak sabar untuk mencuba pelbagai jenis kasut yang berbeza dan klasik setelah dia bebas untuk melakukannya kelak.

“Selepas kontrak ini tamat, dia tidak perlu memakai sesuatu hanya kerana menurut kehendak penaja lagi.”

“Mungkin dia akan memakai Puma selama beberapa hari, kemudian suatu hari dengan jenama Nike, dan mungkin beliau akan pakai jenama dari Indonesia dan Malaysia. Siapa tahu?”

“Sekarang semuanya terserah kepada dia. Ada beberapa kasut klasik dari zaman dulu yang dia mahu pakai.”

Dari Malaysia tu kalau dia pakai kasut bola jenis kain yang klasik tu style juga kan?

BACA:  Arsene Wenger Dedah Punca Mengapa Ozil Gagal Menyerlah Di Piala Dunia