AS Roma berjaya mengesahkan tempat beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Europa Conference League selepas kejayaan mereka menewaskan Leicester City awal pagi tadi.
Tidak kisah apa pandangan peminat tentang liga kasta bawahan Eropah ini, namun jika mana-mana pasukan yang menyertai liga tersebut, ia sudah tentu akan menjadi satu kebanggaan andai dapat memenanginya.
Lihat saja bagaimana reaksi Jose Mourinho ketika melihat anak-anak buahnya berjaya mengesahkan tempat beraksi di pentas perlawanan akhir kejohanan tersebut.
José Mourinho is the first manager to reach the final of the UEFA Champions League, UEFA Europa League and UEFA Conference League. 😉
Football heritage.™️ pic.twitter.com/5s6QlyCWYx
— Squawka (@Squawka) May 5, 2022
Walau Roma pada ketika ini sedang berjuang untuk mengakhiri saingan liga di kelompok lima dalam usaha mereka mahu layak ke pentas saingan Eropah, namun hal itu sama sekali tidak mengganggu persembahan mereka di pentas Conference League.
AS Roma vs Leicester City
Satu keputusan yang jelas sekali akan menggembirakan para penyokong Roma selepas melihat kejayaan Mourinho membawa anak-anak buahnya untuk menghampiri Piala pertama mereka musim ini.
Mourinho akan memimpin anak-anak buahnya untuk beraksi bertemu Feyenoord di pentas perlawanan akhir saingan Europa Conference League.
Lawan Roma di peringkat separuh akhir merupakan pasukan yang banyak sejarah dengan Mourinho terutama ketika kariernya dalam saingan Premier League.
The Foxes turun dengan misi wajib menang dalam usaha mereka mahu memenangi gelaran Eropah pertama mereka.
José Mourinho in tears after reaching the Conference final. Might not be the biggest final in his career, but man does this show how much he loves the game. Imagine not loving this man. pic.twitter.com/ZNXoAGqzOq
— Xav Salazar (@XavsFutbol) May 5, 2022
Jelas sekali Leicester City akan melakukan semampu mereka untuk menewaskan AS Roma seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di pentas perlawanan akhir.
Aksi di King Power Stadium sebelum ini berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan jelas sekali Roma akan mempunyai kelebihan kerana leg kedua dilangsungkan di halaman mereka.
Dan anak-anak buah Jose Mourinho itu berjaya memanfaatkan kesempatan bermain di tempat sendiri selepas mereka cemerlang menewaskan Leicester City dengan keputusan 1-0 di Stadio Olimpico.
Tammy Abraham cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Lorenzo Pellegrini dengan gol jaringan beliau itu berjaya menjadi gol kemenangan untuk skuad Roma.
Anak-anak buah Jose Mourinho jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini dan memberi saingan yang luar biasa dasyat kepada Leicester City.
Kemenangan 2-1 menerusi keputusan aggregate itu sudah cukup untuk membawa Roma ke pentas perlawanan akhir seterusnya menyingkirkan Leicester City dari kejohanan ini.
Another club, another final for Jose Mourinho.
It's what he does 🧠 pic.twitter.com/6Il7ZOwIeF
— B/R Football (@brfootball) May 5, 2022
Kejayaan Roma memenangi perlawanan ini telah memancing emosi Jose Mourinho yang dilihat benar-benar terharu di tepi padang.
Kali terakhir The Special One memenangi Piala sebenarnya adalah pada tahun 2017 yang lalu dan jelas sekali beliau sangat berharap untuk memenangi gelaran Conference League tahun ini bersama Roma.
Mourinho beremosi selepas tamat perlawanan
Tular rakaman di media sosial yang memperlihatkan bagaimana beremosinya Jose Mourinho selepas mengetahui AS Roma layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.
Beliau dilihat menitiskan air mata sambil berjalan memeluk barisan kejurulatihan Roma dan reaksi Mourinho itu telah berjaya membuka mata dunia tentang betapa pentingnya bola sepak di mata Jose Mourinho.
Reaksi yang beliau tunjukkan tersangatlah menyentuh hati para peminat dan ramai yang turut sama beremosi melihat tangisan kegembiraan beliau itu.
José Mourinho in tears after reaching the Conference final. Might not be the biggest final in his career, but man does this show how much he loves the game. Imagine not loving this man. pic.twitter.com/ZNXoAGqzOq
— Xav Salazar (@XavsFutbol) May 5, 2022
Jose Mourinho in tears.
You can see what this means to José. He will do anything to bring this city, this club, to glory. And lets be honest, it’s a message to the world that he is still the special one.pic.twitter.com/3ILYrDBNvt
— Lupo TV (@LupoTVofficial) May 5, 2022
Lihat saja bagaimana gembiranya beliau menikmati kejayaan anak-anak buahnya layak ke pentas perlawanan akhir dan andai Roma muncul Juara, sudah tentu beliau akan lebih gembira.
Mourinho memburu gelaran Eropah
Mourinho sememangnya tak lari dari dikritik dan dihentam dari pelbagai pihak sejak beliau bersama Manchester United dan Tottenham Hotspur.
Walau bagaimanapun, dengan kejayaan beliau membantu Roma menjuarai saingan Conference League, Mourinho jelas sekali akan mampu membuktikan kepada dunia tentang siapa sebenarnya beliau dan apa yang mampu beliau lakukan.
Ya, harus diakui yang beliau baru sahaja layak ke pentas perlawanan akhir dan masih ada satu perlawanan sebelum muncul Juara, namun begitu ia tetap tidak menghalang untuk menganggap yang Roma calon kegemaran untuk muncul Juara kerana magis dan pengalaman yang dimiliki oleh Mourinho.
Seandainya hal itu benar-benar berlaku, ia jelas sekali bakal menjadi musim debut yang sungguh menakjubkan untuk Mourinho kerana mampu mengakhiri kemarau kejuaraan AS Roma.
Jose Mourinho merupakan pengurus pertama dalam sejarah yang mampu untuk beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League, Europa League dan Europa Conference League.
4 – José Mourinho is the first manager to reach the final of a major European competition with four different clubs, having done so with Porto (UEFA Cup & Champions League), Inter (Champions League), Man Utd (Europa League) and now Roma (Europa Conference League). Special. pic.twitter.com/fTRYaCVA6k
— OptaJoe (@OptaJoe) May 5, 2022
Oleh yang demikian beliau memiliki begitu banyak pengalaman yang mampu dicurahkan kepada anak-anak buahnya untuk berdepan perlawanan penting seperti perlawanan akhir nanti.
AS Roma akan turun beraksi bertemu Feyenoord pada 25 Mei nanti di Arena Kombetare dan satu hal yang pasti, Mourinho tak pernah kalah dalam mana-mana aksi continental final.
Sumber: GMS