Kisah Tarian Tiang Andrew Redmayne Bawa Australia Ke Piala Dunia 2022

Australia telah berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Peru dalam perlawanan Play-off melalui penentuan sepakan penalti dan terima kasih kepada tarian tiang penjaga gol Australia, Andrew Redmayne.

Perlawanan antara Peru dan Australia ini berakhir dengan keputusan terikat tidak dapat dipisahkan iaitu seri selepas 90 minit permainan sehinggalah tamat diheret waktu tambahan menjadi 120 minit.

Permainan penuh berhati-hati ditampilkan kedua-dua pasukan yang memberi kebosanan tahap maksima di mana hanya tiga percubaan tepat sahaja hadir disepanjang tempoh 2 jam perlawanan.

Peru dan Australia pernah berkongsi kumpulan pada Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Perancis muncul juara dan untuk edisi seterusnya hanya satu pasukan sahaja layak.

Pemenang perlawanan play-off yang dipanggil Inter-Confederation Qualification: Play-off ini terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Jurulatih Australia telah mengambil risiko yang sangat besar apabila menukar penjaga gol untuk penentuan pemenang perlawanan yang dianggap sebagai satu perjudian setara dengan cabutan loteri.

Penjaga gol Sydney FC, Andrew Redmayne menggantikan bekas penjaga gol Brighton, Mat Ryan pada minit ke-120 dan ia terbukti sebagai pertukaran yang memberi penuh inspirasi.

Andrew Redmayne masuk dengan menggalas tanggungjawab dan tekanan yang teramat besar namun telah mempamerkan aksi yang teramat menarik dengan menari-nari, melompat-lompat ke kiri ke kanan dan mencangkung ketika sepakan penalti berlangsung dari sepakan pertama sehingga terakhir.

Australia memulakan sepakan penalti pertama dengan langkah kiri apabila Martin Boyle gagal menyempurnakan sepakan dan Gianluca Lapadula tiada masalah untuk memberi kelebihan kepada Peru.

Pada sepakan ketiga kedudukan kembali seimbang apabila Luis Advincula gagal menjaringkan penalti untuk Peru selepas Craig Goodwin tenang melakukan sepakan.

Selepas tamat lima sepakan kedudukan masih terikat dengan 4-4 dan memasuki fasa sudden death (tiba-tiba mati) disepakan keenam. Andrew Redmayne terus melakukan tarian tiang.

Dalam pada melakukan tarian tiang gol, Andrew Redmayne menghasilkan aksi penyelamatan terbesar dan terhebat dalam kariernya untuk menggagalkan sepakan Alex Valera dan menghantar Australia ke Piala Dunia 2022.

Segalanya tentang Andrew Redmayne sangat menarik dengan tarian dan aksi heroicnya serta ini merupakan penampilan ketiga Andrew Redmayne di pentas antarabangsa bersama Australia.

Selalu bawak jadi tukun kat tepi padang je la dan ternyata aksi luar akal Andrew Redmayne telah menjadi bualan dunia bola sepak.

Kejayaan Australia mara ke Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar ini menjadi penampilan keenam Australia dalam sejarah kewujudan pasukan bola sepak lelaki.

Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut Australia berjaya mara ke Piala Dunia sejak tahun 2006. Tak sia-sia la sertai bola sepak Asia (AFC).

Kemenangan ini secara automatiknya telah meletakkan Australia di kumpulan D Piala Dunia 2022 bersama-sama dengan Perancis, Denmark dan Tunisia.

Boleh dikatakan satu reunion buat Australia, Perancis dan Denmark apabila negara ini berada dalam kumpulan yang sama di Piala Dunia Rusia 2018. Peru terpaksa beralah.

Perjalanan karier Andrew Redmayne yang kini berusia 33 tahun yang pernah bermain untuk pasukan Australia B20 dan B23 agak penuh berliku sebelum menjadi wira Australia hari ini

Selepas bermain bersama pasukan Australia U23 pada 2011 Andrew Redmayne tidak pernah dipanggil ke pasukan Senior sehinggalah pada tahun 2019 dan membuat debut menentang Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan.

Pada tahun 2016 Andrew Redmayne hampir berhenti dari bola sepak dan merancang untuk menjadi seorang guru apabila bergelut di Western Sydney.

Namun perpindahannya ke Sydney FC pada 2017 telah memberi sinar baru dan kini beliau telah berjaya membawa Australia ke Piala Dunia dipenampilan ketiga.

BACA:ย  Jadual Copa America Centenario 2016